Ketika itu Panglima sendiri sepenuh masa menjadi blogger dan sahabat lain juga banyak ruang masa bersama. Namun selepas itu pergerakan ini semakin perlahan selepas ia berjaya menghimpunkan sejumlah pejuang siber kerana masing masing melihat semakin ramai yang muncul memenuhi medan tempur.
Namun apabila timbul 'apa yang timbul' maka usaha memperkasa BPN perlu disusun kembali, kerana kekhuatiran kita kepada masa depan Islam, Melayu dan Malaysia jika golongan blogger yang tiada kepentingan apa apa gagal diwujudkan secara kukuh dan berpengaruh dalam alam siber.
Ramai merasa kecewa apabila ada 'personal interest' telah timbula kalangan blogger yang cuba 'menjual' saham mereka sehingga menyebabkan berlaku perkara yang 'mengeruhkan' situasi semasa. Perkara yang menjadi rebutan manusia.
Kerana wang manusia sanggup jilat apa sahaja, tetapi kerana perjuangan manusia sanggup gadai apa sahaja...
Diharap tidak ada sebarang spekulasi diwujudkan dari artikel di bawah ini.
Panglima yakin ia sekadar meluahkan perasaan tanpa ada sebarang niat sampingan.
Terima kasih Brother Brave Heart atas tulisan anda...
Mari kita terus berjuang demi Islam, Melayu dan Malaysia...
MENGIMBAU KENANGAN - BLOGGER PEMBELA NEGARA
Logo Awal BPN
Logo Kumpulan Penyokong BPN
Logo BPN
Logo terbaru BPN (flash) tidak dapat
ditunjukkan kerana masalah teknikal.
Posting seorang sahabat, blogger
Sebelum PRU12 lalu banyak pihak termasuk pemerintah sendiri tersilap dalam menilai blog (media sosial / termasuk fb dan sebagainya) sebagai media alteratif berbanding media arus perdana. Justru itu ada antara pemimpin kita memandang remeh terhadap peranan blog sehingga ada yang menganggap blogger sebagai ‘beruk’.
Akibat dari kegagalan kerajaan menilai impak sebenar peranan ‘media sosial’ maka pada 8hb Mac, 2008 keputusan PRU12 telah mengejutkan banyak pihak – BN kehilangan beberapa buah negeri dan gagal mendapat majoriti mudah 2/3 di Parlimen. (Klik ke Kedudukan Kerusi Dewan Undangan Negeri) dan (Klik ke Kedudukan Kerusi Dewan rakyat)
Timbul kesedaran dikalangan sebahagian rakyat yang prihatin dan ingin berjuang menebus malu lalu secara sukarela membina blog dan menubuhkan BPN (Blogger Pembela Negara) yang bertujuan berjuang membantu kerajaan menentang blogger dari kalangan pro pembangkang. Kami bergerak semasa pemimpun UMNO masih terlena ataupun masih hilang punca. Segalanya dilakukan dengan terancang dan atas rasa keinsafan diri demi sayangkan agama, bangsa dan negara tercinta ini..
Rata-rata blogger ahli BPN mula berblog pada sekitar 2008. Dibawah ini saya catatkan maklumat sebahagian blogger (bekas) BPN. Mohon maaf kepada mereka yang saya tidak sebutkan:
Parpukari – 25.11.2008
Gomo – 16.12.2008
Taipingmali – 16.4.2008
Pang5 Perang Siber – 9.5.2008
Waadat – 20.11.2008
Abang Tuah – 11.5.2009
Yeop Perak – 13.11.2008
Kumbang – (sudah ditutup / tiada maklumat)
Pejuang Bangsa – 30.3.2008
Pak Mie – 21.12.2008
Pilihan Anda – 10.4.2008
Melayu Sepang – 14. 3.2008
Rajah Mas – 10.12.2008
Sumandak – 9.8.2007
Desperado – 10.4.2008
Apai Ngelai – 14.11.2008
Braveheart – 30.6.2008
Gabungan Blogger Pembela Negara dibentuk sekitar 26.11.2008, mensasarkan golongan muda yang celik IT dan menyerang blogger-blogger pro pembangkang yang pada ketika itu menguasai media sosial khususnya blog. Blogger-blogger BPN menjawab dan menyerang-balas segala dakyah dan tohmahan blogger pro pembangkang secara bersepadu dan tersusun diblog masing-masing. Selain itu chatroll BPN juga sering digunakan sebagai medan perbahasan dimana suasananya selalunya hangat.
Ahli-ahli BPN juga sering mengadakan mesyuarat secara ‘online conference’ bagi membincang dan mendapat kata putus bagi satu-satu isu dan diakhiri dengan resolusi-resolusi tertentu. Ini berlaku beberapa lama sehingga akhirnya blogger pro pembangkang kelihatan tewas dan berakhir dengan blogger pro kerajaan @ mesra kerajaan menguasai 100 tempat teratas dari blog yang dikunjungi ramai seperti yang disiarkan di Utusan Malaysia baru-baru ini.
Beberapa blogger lama telah tercicir dari senarai 100 terkini atas beberapa sebab. Kumbang umpamanya sudah istihar bersara atas alasan yang sangat peribadi. Saya sendiri sudah beberapa kali ingin bersara namun atas desakan dan sokongan sahabat masih juga meneruskan dan menganggap ini sebagai satu perjuangan.
Kesedaran (sedikit) dari UMNO dengan menwujudkan kumpulan blogger Unit Media Baru disambut baik. Bagaimanapun dalam keadaan tertentu adalah lebih baik UMB menyerap kedalam BPN ataupun BPN diserapkan ke UMB supaya supaya tidak berlaku pertembungan kepentingan. Bagaimanapun, melainkan UMB Pulai Pinang dan Wangsa Maju, lain-lainnya hanyalah sekadar ‘melukut ditepi gantang’ atau dengan kata yang lebih pedas; 'bagai pondan jalang'.
Saya beberapa kali menyuarakan kekecewaan terhadap UMB Pahang namun terus-terusan kecewa kerana bagaikan menyalak bukit, bukit tetap tak akan runtuh. Yang akan runtuh hanyalah semangat mereka yang benar-benar ingin berjuang pada jalan yang mereka pilih. Saya membayangkan UMB Pahang akan mampu mengabungkan seluruh blogger di Pahang dibawah satu payung, memantau disamping membekalkan mereka dengan maklumat untuk dijadikan bahan dalam penulisan, supaya blog-blog mereka sentiasa hangat dan tepat menuju sasaran. Impian itu harus disimpan bila pemimpin yang ada hanya mementingkan nama serta korni dari kepentingan menjuarai media sosial.
Terkini, ahli BPN telah mengadakan perbincangan untuk kembali menyusun dan menguatkan pasukan dengan merapatkan saf memandangkan PRU13 semakin hampir, mana tahu nanti jika tenaga kami yang sudah tinggal sedikit ini masih diperlukan untuk satu perjuangan meskipun sama ada dihargai ataupun tidak.
Tiada siapa yang boleh mendabik dada bahawa mereka boleh melakukan apa pun secara sendirian. Bahkan blogger elite sekalipun, keberkesanan mereka adalah kerana adanya sokongan blogger seperti kami. Kamilah yang berjuang dibarisan hadapan, Justru, BPN akan dikuatkan semula. Ahli-ahli BPN akan disatukan semula. Blog-blog dari blogger ‘otai’ akan kembali dipulihkan, blogger baru akan juga dibimbing, ruang sembang dichatroll BPN akan kembali dimeriahkan, laman facebook akan BPN berikan perhatian. Segalanya demi sebuah perjuang, demi sebuah bangsa bernama Melayu!
Baca - Pandangan dan penerimaan masyarakat terhadap blogger di Utusan Malaysia. (Klik)
Baca - Pandangan dan penerimaan masyarakat terhadap blogger di Utusan Malaysia. (Klik)
6 ulasan:
Teman setuju bebenor, tugas BPN adalah tugas mulia jihad fisabilillah kerana menegakkan kebenaran, menentang putarbelit dan fitnah para fuckatan dan harbi.
Insya Allah Teman akan membantu BPN dan BN melalui maklumat dari dalam Fuckatan dan hancurkan mereka dari dalam! Kekadang bleh disiarkan dlm blog tuan-tuan kekadang utk org tertentu jer!, matlamat tetap sama - hancurkan pakatan. Doakan keselamatan Teman yer...
Harapan BPN jgn putus asa dan teruskan perjuangan. Kalau kita lihat, PM sendiri pun tidak terkecuali kena left and right dlm facebook beliau, apatah lagi kita yg tidak mempunyai apa-apa melainkan terus berani, bersemangat menjalankan tanggungjawab kita sebagai blogger yg menyedarkan rakyat serta pemimpin yg masih leka. Pingat dan wang bukan jaminan, tp rakyat telah lama berterima kasih diatas kesudian BPN menyuarakan pendapat, bukti serta semangat cintakan negara dari jatuh kepada puak puak anti tertentu demi masa depan anak-anak kita dimasa hadapan.
Perjalanan kita masih jauh tetapi cukup bermakna.
SALAM
Sedih tapi bersemangat... bila membaca artiken ini.Teruskan perjuangan.Kita bukan Merak.Kita adalah HUD HUD.
Blog blogenstarz mohon dibimbing dari Big Brother seperti anda semua dengan menjadi follower.
Insyaalah... HUD HUD akan melenyapkan PR...
Teruskan perjuangan anda BPN..
Apa yang penting.. ialah hati kita.. jika kita jujur.. insya Allah perjuangan kita demi Alif Baa Taa akan berjaya..
Bukan nama, jawatan dan duit yang kita cari.. kita mahukan Alif Baa Taa terus maju.. berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.. tiada siapa boleh perkotak-katikkan bangsa Melayu dan Umat Islam..
Apatah lagi kita tidak mahu Bangsa dan Agama kita dijual oleh pihak berkepentingan dan tidak bertenggungjawab..
assalamu'alaikum panglima,
selamat meneruskan perjuangan!! semuga perjuangan ini diberkati Allah SWT sesuai dgn iltizam semua bloggers pro-bn utk menentang fitnah & kebobrokan puak2 pembangkang...
mohon tuan pautkan blog ambo:
http://antibohmau.blogspot.com/
terima kasih.
Assalamualaikum Panglima,
Selamat meneruskan perjuangan dalam membela bangsa dan negara. Kami warga Jentayu menyokong penuh Blogger Pembela Negara dan akan sentiasa bersama anda semua.
Salam Perjuangan,
www.jentayuemastrading.blogspot.com
Catat Ulasan