Ia dicetak atas peruntukan dalam Seksyen 25 Akta Mesin Cetak 1984 yang membenarkan Kerajaan Negeri menerbitkan akhbar mereka sendiri. Tetapi ia perlu berlandaskan undang-undang. Bukan boleh diterbit sesuka hati.
Chan Kok Leong atau KL Chan mengetuai Sidang Editor akhbar baru Selangor ini.
Adakah ini hasil dari peruntukan RM15 juta yang diumumkan MB Selangor baru baru ini dalam memerangi kebangkitan blogger selepas mereka telah kalah di alam maya ?
Menurut info tersebut Teressa Kok menjadi 'tulang belakang' penerbitan akhbar berbahasa English dan disisipkan bahasa Cina di tengahnya.
Selepas ini versi Tamil akan menyusul.
Versi Melayu ? Lupakanlah..... kerana ketuanan Melayu patut ditinggalkan kata Presiden PKR...
Jika diperhatikan surat Kerajaan Pakatan Selangor bertarikh 1 Disember 2010 dan keputusan juga dibuat semasa Mesyuarat Exco kali 42/2010 pada 1 Disember 2010 sedangkan akhbar tersebut telah diterbitkan pada 26 November 2010 yang lalu.
Ini bermakan penerbitan akhbar ini dibuat tanpa mengikur prosedur yang ditetapkan. Yang mana perlu diterbit selepas mendapat kelulusan Kerajaan Negeri bukan sebaliknya. Memang mereka ini suka buat perkara 'songsang'sejak dulu sampai sekarang....
Blogger pro pembangkang telah menulis berkaitan dengannya pada 27hb Nov 2010 di sini http://amirmu.blogspot.com/2010/11/fiction-in-selangor-times.html membuktikan ia diedarkan sebelum surat di atas dikeluarkan.
Selain itu Selangor Times juga menyalahi undang undang apabila mengeluarkan akhbar ini tanpa mencetak alamat percetakan. Ini jelas menyalahi undang-undang.
Oh ye, sejak bila Pakatan Rakyat ikut undang-undang ? Maaf Panglima terlupa.
Jadi harap sebarkan kepada rakyat tentang aksi terkini mereka yang jelas tidak lagi menghiraukan undang-undang dalam menjalankan pentadbiran.
Patutlah mereka dari dulu sememangnya terkenal dengan aksi 'gansterisme' dan 'demo jalanan' dan hingga kini perangai tersebut masih lagi berterusan walaupun sudah menjadi pemerintah di beberapa buah negeri.
Apa yang perlu diketahui ialah kejahilan pimpinan Selangor menguruskan negeri telah menyebabkan kewangan Selangor semakin tenat sehingga tidak lagi mampu memenuhi permintaan Syabas yang mahukan pampasan dibayar kepada mereka kerana kegagalan Kerajaan Selangor mematuhi perjanjian.
Dasar kebajikan PR sudah memakan diri kerana mereka 'terlanjur' menanam tebu di bibir sehingga tidak lagi dapat menolak desakan rakyat yang mahu segala janji janji mereka sebelum PRU 12 ditunaikan.
Harap sahabat-sahabat dapat sebarkan di FB Blog isu ini.
Terima kasih...
demi Islam, Melayu dan Malaysia mari kita teruskan perjuangan.....
1 ulasan:
salam tuan, mohon pautan kalau masih ada kekosongan ruang. Saya akan pautkan blog tuan
Catat Ulasan