Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Januari 2011

Berani Kerana Benar : Rais Nafi Fitnah Rogol Amah Dan Sedia Disiasat !!!

Rais Nafi tuduhan blog dan pembangkang

05/01/2011 3:49pm

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini menafikan tuduhan kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah perkosaan pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di Internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang tuduhan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di Internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya akhir-akhir ini adalah fitnah dan pendustaan yang dahsyat.
"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Rais berkata, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siasatan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi. - Bernama






Panglima : berani kerana benar takut kerana salah... 

Rakyat sudah lihat keberanian Dr Rais Yatim menafikan fitnah tersebut dan Kedutaan Indonesia juga nafi terima laporan kes amah yang didakwa dirogol oleh beliau.

Fitnah adalah alat pembangkang dan kerana itu mereka akan musnah dengan fitnah yang mereka lemparkan.

Mari kita lawan dakyah palsu mereka bersama-sama.




Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate