Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Januari 2011

Jawapan Pedas Kepada Faisal Tehrani Isu Syiah oleh Blogger MistisFiles Yang Wajib Anda Sebar !!!

Ini adalah penjelasan berkenaan isu Syiah yang melanda Malaysia sejurus selepas serbuan JAKIM ke atas 200 pengikut Syiah di Hauzah Ar-Ridha,Gombak.Sebelum anda membaca artikel ini,anda bolehlah membaca satu artikel berkenaan Syiah yang telah diterbitkan di dalam MF.Mendepani isu Syiah,tidak boleh tidak mesti bercakap tentang sejarah.Ini kerana Syiah muncul dari golongan munafik yang berselindung di dalam Islam ketika zaman Rasulullah s.a.w,muncul dan membunuh para Khalifah yang bertegas kepada golongan murtad dan munafik,kemudian mempergunakan nama baik Saidina Ali r.a untuk menghalalkan satu mazhab baru:Mazhab para bidaah dan fasiq,berakar tunjang dari kaum majusi Parsi.


Dalam soal perpaduan umat Islam,kita boleh menerima mereka sebagai 'Islam' selagi mereka mengamalkan 5 rukun Islam (baca:Islam pada nama) tetapi dari sudut akidah dan pegangan sunnah Rasulullah s.a.w,kita hendaklah menjauhi mereka,kerana mereka gemarkan bidaah hasil dari hadis palsu dan penyelewengan sejarah.




Artikel ini menjawab satu-persatu kenyataan Ustaz Kamil Zuhairi,selaku ketua masyarakat Syiah Malaysia dalam satu wawancara oleh HijrahTV.





-M.O








Pengikut Imam Ja'fari





Mengikut Ustaz Kamil,Syiah yang dianutnya dipanggil Syiah Ja'fari,mengambil nama sempena Ja'far As-Sadiq,tuan guru kepada Imam Malik bin Anas dan tuan guru kepada imam mazhab yang empat (mazhab fekah Ahli Sunnah Wal Jamaah).




Jawapan:




Sebenarnya Imam Ja'far sendiri berlepas diri dari Syiah yang bencikan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.



Diriwayatkan oleh Abdul Jabbar bin Al Abbas Al Hamdzani bahwa Ja`far bin Muhammad mendatangi mereka ketika mereka hendak meninggalkan Madinah, dia (Ja'far As-Sadiq) berkata,

Sesungguhnya kalian insya Allah adalah termasuk orang-orang soleh di negeri kalian, maka sampaikanlah kepada mereka ucapanku, `Barangsiapa mengira bahwa aku adalah IMAM MAKSUM yang wajib ditaati maka aku benar-benar tidak ada sangkutpaut dengannya. Dan barangsiapa mengira bahwa aku berlepas diri dari Abu Bakar dan Umar maka aku berlepas diri daripadanya`. (Syiar `A`lam An Nubala : 259).


Ingat,kata-kata ini dari Imam Ja'far As-Sadiq.Salah satu tabiat Syiah ialah sukakan label-label.Syiah Rafidhah,Syiah Imam 12 dan Syiah Ja'fari adalah entiti yang sama,dan bersepakat dalam hal ini:




1-Tidak mengiktiraf Saidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai khalifah,sebaliknya mengangkat Saidina Ali r.a.

2-Memandang serong,menghina dan mencerca para sahabat Nabi.



Syiah suka mengaitkan mereka dengan keluarga nabi (baca:Ahli Bait) dan menganggap umat Islam (baca:ahli Sunnah wal Jamaah) sebagai pembenci keluarga nabi atau tidak menghiraukan keluarga nabi.Padahal umat Islam amat mencintai keluarga nabi.Bagi Syiah,mencintai keluarga nabi adalah HAK mereka.




 Ustaz Kamil mengatakan imam-imam feqah umat Islam (baca:Sunni) berguru atau mewarisi ajaran dari Imam Ja'far ini,nah!Sebenarnya kita lah umat Islam yang benar-benar mewarisi tunjuk ajar dari Ahli Bait dan Rasulullah s.a.w.Yang hairan bin ajaibnya,Syiah Melayu mendakwa berguru dari Imam Ja'far namun bergembira dengan segala bidaah yang sengaja dibuat-buat dan ditampal nama Imam Ja'far.Semua bidaah ini dilabelkan oleh Dr. Faisal (simpatisan Syiah) sebagai 'identiti' atau 'budaya unik'.Ingat,agama bukan boleh dimain-mainkan dengan istilah sasterawan.Agama ADALAH HAK ALLAH S.W.T.Begitu juga Syiah dan lain-lain mazhab bidaah (termasuk ajaran sesat) dilabel oleh beliau sebagai 'sekolah pemikiran'.Agama bukanlah sekolah pemikiran.Agama ialah panduan dari Tuhan.Hanya sekularis yang memikirkan agama adalah sekolah pemikiran dan produk dari sekolah pemikiran.




Imam Ja'far sendiri berlepas diri dari orang yang berlepas diri (tidak menyukai) dari Abu Bakar dan Umar (kedua sahabat ini paling dibenci Syiah kerana tegas melawan golongan murtad dan munafik ketika menjadi khalifah),bagaimana Syiah boleh merendah-rendahkan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar,sahabat nabi yang dijamin syurga oleh nabi sendiri?Imam Ja'far sendiri mencintai Abu Bakar r.a dan Umar r.a:



Muhammad bin Fudhail menceritakan dari Salim bin Abu Hafshah, Saya bertanya kepada Abu Ja`far dan puteranya, Ja`far, tentang Abu Bakar dan Umar. Maka dia berkata, `Wahai Salim cintailah keduanya dan berlepas diri musuh-musuhnya kerana keduanya adalah imam huda.` Kemudian Ja`far berkata, `Hai Salim apakah ada orang yang mencela datuknya? Abu Bakar adalah datukku. Aku tidak akan mendapatkan syafaat Muhammad Shallallahu `alaihi wasallam pada hari kiamat jika aku tidak mencintai keduanya dan memusuhi musuh-musuhnya.` Ucapan Imam Ja'far seperti ini dia ucapkan dihadapan bapanya, Imam Muhammad bin Ali Al Baqir dan dia tidak mengingkarinya. (Tarikh Al Islam 6/46)



Sejarah




Ustaz Kamil berkata:




"...sedangkan Sunnah,Syiah ini kembali kepada sejarah.Dan kedua-duanya bersaudara.Kedua-duanya Islam.Yang satu...berpegang kepada sahabat-sahabat nabi...ahli Sunnah wal Jamaah.Yang satu berpegang kepada sahabat nabi dan keluarga nabi...(Syiah).




Jawapan:




Kali ini kata-kata Ustaz Kamil ini benar kerana sememangnya perbezaan Syiah dan Sunnah (baca:umat Islam) adalah kerana FAKTOR SEJARAH,bukan KEBENARAN.Daripada faktor sejarah inilah,para ulama Syiah memutarbelitkan sejarah dan mengarang hadis-hadis palsu.




Namun ahli Sunnah tidak semata-mata berpegang kepada sahabat-sahabat nabi.Jawapan yang tepat ialah,ahli Sunnah berpegang kepada Allah dan Rasul-Nya.Kemudian barulah kepada para sahabat dan keluarga nabi.Sebenarnya perlukah disebut dengan jelas 'keluarga nabi'?Tentulah tidak perlu kerana sudah tentu orang Islam berpegang kepada keluarga nabi sebagai ikutan.Syiah terpaksa menampal label 'keluarga nabi' dan menegaskan berkali-kali supaya cuba menunjukkan mereka sahaja yang sayangkan keluarga nabi,yang selain mereka tidak.





Syiatihi/Syiatuhu




Ustaz Kamil mendakwa di zaman Rasulullah lagi menyebut mereka ini sebagai Syiah...




Jawapan:




Orang-orang Syiah gemarkan label-label.Apa jua perkataan yang ada bau-bau 'Syiah' samaada 'Syiatihi' atau seumpamanya,dijumpai dalam hadis atau ayat Quran,maka didakwanya merujuk kepada golongan mereka,golongan pengamal ajaran bidaah dan fasiq.Padahal perkataan 'Syiah' bukanlah sesuatu yang eksklusif;ia adalah perkataan bahasa Arab biasa yang bermaksud golongan/pengikut.Anehnya bila ada hadis yang menggunakan perkataan 'Syiah' itu kepada golongan yang negatif seperti para pengikut Dajjal yang bersembunyi dibalik pokok atau batu dalam riwayat Ahmad dalam Musnad,tiada pula mereka berkokok mahu mengaku merekalah golongan itu.





Siapakah keluarga Nabi?




Ustaz Kamil telah menyempitkan makna keluarga nabi (Ahli Bait) kepada Fatimah Az-Zahra,Ali r.a dan kedua anak mereka Hassan dan Hussein.





Jawapan:




Ini salah,kerana di dalam AlQuran telah dijelaskan dalam surah AlAhzab ayat 28 hingga 33 bahawa istilah asal Ahli Bait adalah khas untuk isteri-isteri nabi,dalam konteks ayat ini,isteri Nabi Muhammad s.a.w.Satu lagi contoh ayat al-Qur’an yang menggunakan istilah Ahl al-Bait ketika merujuk kepada isteri nabi ialah kepada isteri Nabi Ibrahim ‘alaihi salam.




Isteri (Nabi Ibrahim) berkata: Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan.




Malaikat-malaikat itu berkata: Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkat-Nya melimpah-limpah kepada kamu, wahai Ahl al-Bait. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya. [Hud 11:72-73]




Syiah suka menggunakan apa yang dipanggil Hadis Kisa,iaitu hadis yang kononnya mengeluarkan isteri-isteri nabi dari istilah Ahli Bait.Padahal hadis inilah yang menguatkan kedudukan isteri-isteri nabi sebagai pemegang 'title' asal Ahli Bait.




Hadis ini menyebut:



"Umm Salamah radhiallahu ‘anha berkata:
Diturunkan ayat ini kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya [al-Ahzab 33:33] di dalam rumah Umm Salamah.
Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memanggil Fathimah, Hasan dan Husain dan menyelimuti mereka dengan kain (Kisa’) manakala ‘Ali berada di belakangnya, lalu diselimuti juga dengan kain.
Kemudian Nabi berdoa: “Ya Allah ! mereka adalah Ahl al-Bait aku maka hilangkanlah dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersihnya.”
Berkata Umm Salamah: “Dan aku bersama mereka wahai Nabi Allah?” Rasulullah menjawab: “Engkau tetap pada kedudukan engkau dan engkau selalu dalam kebaikan.”


Ulasan:




Syiah selalu menggunakan ayat ini untuk mengatakan bahawa Ahli Bait ialah Fatimah,Ali dan kedua anak mereka.Dan berhujah bahawa Ummu Salamah seolah-olah ditolak dari golongan Ahli Bait dengan diisyaratkan oleh tindakan Nabi menolak beliau dari diselimuti kain.




PERKARA SEBENARNYA YANG TERJADI ialah Nabi s.a.w mengetahui bahawa ayat AlAhzab 28-33 itu khas ditujukan kepada isteri-isteri baginda maka baginda berharap bahawa Fatimah,Fatimah,Ali dan kedua anak mereka termasuk dalam golongan Ahli Bait.Sebab itu Nabi s.a.w sampai berdoa:




“Ya Allah ! mereka adalah Ahl al-Bait aku maka hilangkanlah dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersihnya.”




Lantas bertindak menyelimuti mereka.Apabila Ummu Salamah ingin turut serta,Nabi berkata:“Engkau tetap pada kedudukan engkau dan engkau selalu dalam kebaikan.” merujuk kepada Ummu Salamah sebagai isteri Nabi TETAP PADA KEDUDUKAN SEBAGAI AHLI BAIT.




Jika Nabi s.a.w sudah tahu ayat ini ditujukan kepada Fatimah,Ali dan kedua anak mereka,tidak payahlah Nabi s.a.w bersusah-payah mendoakan mereka lantas mengambil selimut menyelimuti mereka.Kemungkinan,yang sebaliknya berlaku;Nabi mengumpulkan isteri-isteri baginda,mendoakan mereka lantas menyelimuti mereka.




Bayangkan,Nabi juga punya anak-anak yang lain seperti Ruqayyah,Zainab,Ummi Kalthum dan lain-lain tetapi yang menjadi Ahli Bait hanya Fatimah Az-Zahra?Pelik Bin Ajaib.





Hadis Ghadir Khum




Dalam video ini juga Ustaz Kamil juga menyentuh tentang perbezaan antara Syiah dan Sunnah.Apa bezanya?




Perbezaannya menurut Ustaz Kamil ialah jawatan Khalifah selepas kewafatan Nabi s.a.w sepatutnya dipegang oleh Saidina Ali r.a.Ini keyakinan Syiah.




Syiah menegaskan premis ini menggunakan hadis yang dikenali sebagai hadis Ghadir Khum yang diseleweng maksudnya.




Kita lihat apakah hadis Ghadir Khum itu:




Hadith Ghadir Khum telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim.Ia bersumber dari hadith sahabat Zaid Ibn Arqam r.anhu.Ia telah diriwayatkan dalam Kitab Fadhail (Kelebihan) Para Sahabat dalam Bab Kelebihan Saidina 'Ali r.anhum ajma'in (no 2408).{Takmilah Fath al-Mulhim Syarah Sahih Muslim,jil 5,ms 59,edisi Dar al-Qalam}.




Zaid Ibn Arqam r.anhu telah meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW telah berkhutbah pada suatu hari di satu mata air (ghadir) yang bernama Khum yang terletak antara Makkah dan Madinah.Baginda Rasul SAW telah memuji Allah SWT,memberi peringatan dan nasihat dan kemudiannya Rasulullah SAW telah bersabda : " Wahai manusia,aku adalah manusia dan aku merasakan bahawa telah hampir waktu untuk datangnya utusan Tuhanku (malaikat maut untuk mencabut nyawa Baginda SAW).Aku tinggalkan pada kamu semua thaqalain (2 perkara yang besar).Yang pertama ialah Kitabullah.Di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya.Maka berpeganglah dengan Kitabullah." Selepas itu,Rasulullah SAW telah menyampaikan saranan secara tegas dan bersungguh-sungguh agar berpegang teguh dengan Kitabullah.Kemudian Rasulullah SAW telah bersabda," Aku memperingat kalian terhadap ahli keluargaku.Aku memperingatkan kalian terhadap ahli keluargaku.Aku memperingatkan kalian terhadap ahli keluargaku."




Murid kepada Zaid Ibn Arqam r.anhu iaitu Hushain r.alaih telah bertanya tentang siapakah ahli bait Rasulullah SAW.Kata beliau, " Bukankah para isteri Rasulullah SAW adalah ahli bait Baginda?"




Maka Zaid Ibn Arqam telah menjawab, " Isteri Rasulullah SAW adalah ahli bait Baginda Rasulullah SAW.Dan yang dimaksudkan dengan ahli bait di sini ialah mereka-mereka yang diharamkan menerima sedekah iaitu ahli keluarga Ali,'Aqil,Ja'far dan Abbas r.anhum."{Hadith yang panjang ini telah diringkaskan dan terjemahan adalah berdasarkan makna,bukannya lafaz}.




Inilah hadith yang berkaitan dengan Ghadir Khum.Ia juga dikenali sebagai hadith thaqailain (Kitabullah dan Ahli Bait).




Dalam riwayat Imam Tirmizi (no 4046),Ahmad (no 19302) dan lain-lain,ada dinyatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :




"Barangsiapa yang aku adalah pemimpinnya,maka Ali adalah pemimpinnya"




Dalam sesetengah riwayat ada diriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda :




"Ya Allah,jadilah pemimpin bagi sesiapa yang mengangkat Ali sebagai pemimpin dan musuhilah sesiapa yang memusuhinya"




{penomboran hadith adalah berdasarkan edisi Syaikh Syuaib al-Arnauth dan rujukan-rujukan lain boleh ditemui dalam nota kaki tahqiq Syaikh Syuaib}




Para ulama' hadith telah berselisih pendapat tentang dua versi riwayat di atas.Sebahagian kecil para ulama' hadith menghukum hadith tersebut sebagai hasan atau sahih (boleh diterima pakai).Dan majoriti para ulama' hadith yang pakar dalam kecacatan hadith menghukumnya sebagai dhaif dan tidak boleh dipakai dan dijadikan hujjah apatah lagi jika ia melibatkan persoalan akidah dan syariat.





Ulasan:




Hadith Ghadir Khum yang bersumber dari riwayat Zaid Ibn Arqam adalah ringkas.




Dalam riwayat yang lain yang juga terdapat dalam kitab-kitab Syiah,dinyatakan bahawa Rasulullah SAW telah menghantar Ali ke Yaman untuk mengutip 1/5 harta rampasan perang yang pada masa itu,pasukan tentera Islam dipimpin oleh Khalid al-Walid.




Secara ringkasnya,telah berlaku perselisihan faham antara Ali dan beberapa orang sahabat r.anhum dalam beberapa isu seperti isu wanita tawanan perang (sabiyy) yang akhirnya telah menyebabkan ketegangan di kalangan mereka.




Semasa perjalanan pulang Rasulullah SAW dari Makkah,mereka telah bertemu di satu tempat yang bernama Ghadir Khum.Oleh kerana keadaan menjadi tegang,maka Rasulullah SAW telah berkhutbah di kalangan para sahabat dan menyatakan kelebihan Ali r.anhu,serta mengingatkan bahawa Ali r.a adalah keluarganya dan perlu menghormatinya sebagaimana menghormati baginda.




Tiada perkara yang pelik dalam hadith tersebut.Namun kerana akal pengikut agama Syiah yang telah rosak,maka semuanya menjadi pelik dan bermasalah.




Jika difahami kenyataan Rasulullah SAW di atas secara sihat dan waras,maka sebenarnya tiada sebarang masalah akan timbul.




Ini kerana,Saidina Ali adalah utusan Rasulullah SAW ke Yaman.Maka mentaati Saidina Ali r.a adalah wajib seperti mentaati Rasulullah SAW.Dan ini bukan pertama kali Rasulullah SAW memerintahkan agar ditaati wakil Baginda Rasul.Jika begitu,adakah setiap wakil yang dihantar baginda Rasul dan diwasiatkan agar ditaati perintahnya,maka mereka juga berhak menjadi Imam Ma'sum dan menjadi Khalifah setelah wafatnya Rasulullah SAW?Sememangnya Syiah memang suka mereka-reka cerita karut.




KESAN




Dari penyelewengan hadis ini,maka para Syiah berusaha mencari-cari kesalahan peribadi Saidina Abu Bakar As-Siddiq untuk membuktikan bahawa beliau tidak layak menjadi khalifah dan bersalah kerana kononnya 'tidak mematuhi' hadis Ghadir Khum.Aktiviti mencari-cari kesalahan berakhir dengan mencaci-maki sahabat utama Rasulullah s.a.w ini,menuduhnya dengan pelbagai maksiat dan keburukan sifat serta ada yang sampai mengkafirkan beliau.





Hadis 12 Khalifah




Dalam wawancara ini juga Ustaz Kamil ada menyebut tentang satu hadis dari Rasulullah s.a.w tentang 12 orang khalifah sesudahnya.Anehnya,ustaz Syiah ini mendakwa 'khalifah' itu merujuk kepada imam-imam mereka.Ini amat salah dari segi sejarah kerana hanya seorang Imam mereka sahaja yang berjaya jadi khalifah iaitu Saidina Ali r.a.




Kita rujuk hadis ini (terdapat beberapa lagi riwayat dengan maksud yang sama):



Daripada Jabir bin Samurah r.a. katanya, “Aku pergi kepada Rasulullah s.a.w. dan ayahku bersamaku, lalu aku mendengar Baginda bersabda, “Agama ini akan terus mulia dan teguh sehingga ke dua belas orang khalifah, lalu Baginda berkata dengan kalimah yang orang ramai tidak mendengarnya, maka aku berkata kepada ayahku, “Apakah yang Baginda katakan? Ayahku menjawab, “Semua mereka dari Quraisy”.(Riwayat Muslim)


Ulasan:




Golongan Syi’ah mengatakan dua belas khalifah atau amir yang terdapat di dalam hadith tersebut adalah dua belas imam maksum di sisi mereka. Ulama-ulama AHLUS SUNNAH menolak pegangan mereka dengan beberapa alasan. Antaranya adalah:

Di dalam hadith tersebut Nabi s.a.w. menggunakan kalimah amir atau khalifah dan tidak ada satupun riwayat yang menyebutkan kalimah imam dengan mufrad atau aimmah dengan lafaz jama’. Kalau dipandang kepada kalimah sahajapun ianya sama sekali tidak menepati imam-imam Syi’ah kerana kalimah amir atau khalifah digunakan kepada pemerintah.Sedangkan di kalangan imam-imam Syi’ah hanya seorang orang sahaja yang menjadi pemerintah.




Syair Imam Syafie




Ustaz Kamil Zuhairi juga menggunakan Syair Imam Syafie dengan tujuan seolah-olah Imam Syafie meredhai Syiah.




Ini adalah kata-kata Imam Syafie yang amat popular digunakan oleh Syiah Melayu hatta simpatisan Syiah seperti penulis tersohor Malaysia,Dr. Faisal Tehrani.




Syiah Melayu sering menggunakan hujah ini,




"Jika cinta kepada keluarga Muhammad adalah Rafidhah,maka saksikanlah jin dan manusia aku adalah Rafidhi"




Ini adalah kata-kata atau syair dari Imam Syafie.Syiah Rafidhah menyelewengkannya kepada hadis yang kononnya dinukil oleh Imam Syafie.




Motif Syiah Melayu ini adalah untuk mendakwa bahawa Imam Syafie sendiri meredhai Rafidhah.Sebenarnya,hujah ini menikam mereka sendiri,kerana Imam Syafie BUKAN mengiktiraf dirinya sebagai syiah,tetapi maksud kata-katanya ialah: MEMPERTIKAIKAN BAHAWA RAFIDHAH (SYIAH) CINTA PADA AHLI BAIT.




Hanya mereka yang tidak memahami uslub Bahasa Arab yang mengatakan Syafie mengaku Rafidhah/Syiah.Orang yang belajar Bahasa Arab boleh bandingkan uslub Syafie dengan uslub Quran ini:




Firman Allah s.w.t:




"Katakanlah (Wahai Muhammad) Kalaulah Tuhan al-Rahman mempunyai anak, maka akulah yang mula-mula memuliakannya".




(Al-Zukhruf: 81)




Ayat ini bukan menunjukkan Nabi memuliakan anak Tuhan, tetapi MENAFIKAN TUHAN ADA ANAK.




Sama dengan syair Imam Syafie, bukan mengaku sebagai Rafidhah (Syiah) tetapi MENAFIKAN RAFIDHAH CINTA AHLI BAIT.Dengan kata lain,Imam Syafie memperli dakwaan golongan Rafidhah yang kononnya cintakan Ahli Bait.




Ini ditegaskan oleh Imam Syafie sendiri:




"Aku tidak pernah melihat orang yang lebih dusta penyaksiannya daripada Rafidhah". (Siyar A'lam Nubala)




Jika Syiah Melayu menggunakan hujah ini,pada masa yang sama dia juga mengaku berfahaman Rafidhah.Maka kita boleh tahu dia adalah Syiah pelampau dari kalangan Imamiyyah.Perangkap yang dia beri nampaknya bukan sahaja memakan diri malah membogelkannya dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.





KESIMPULAN




Syiah Melayu (juga Syiah yang lain) berusaha untuk 'mengislamkan' diri sendiri dengan mendapatkan restu umat Islam.Antaranya dengan menggunakan isu Palestin.Sikap kita sebagai umat Islam,untuk menghadapi musuh Islam yang lain seperti Zionis,adalah strategik untuk merelakan Syiah ini untuk berganding bahu menentang Yahudi Zionis dan kuncu-kuncunya.Tetapi untuk meraikan segala bidaah dan kefasiqan mereka,tidak sama sekali.




Sekali lagi ditegaskan dalam hal ini,Syiah Imamiyah adalah saudara SeIslam selagi mereka amalkan 5 rukun Islam (baca:Islam pada nama)




Namun yang membezakan Syiah Imamiyah dengan umat Islam yang ikut cara Nabi s.a.w ialah...



Mereka bermazhab ahli bidaah dan fasiq.

Bidaah:suka mereka-reka benda yang tidak ada dalam agama Islam

Fasiq:mempertahankan bidaah,mencerca sahabat dan isteri nabi (terutamanya Aishah r.a),mengarang hadis palsu,menyeleweng hadis,menyeleweng sejarah/sirah dan sebagainya.



TINDAKAN




Sebagai umat Islam,kita perlu merapati mereka dan mengajak mereka kembali ke jalan Nabi s.a.w.Tindakan serbuan yang memalukan mereka seperti yang dilakukan oleh JAKIM adalah kurang bijak.Ini menyebabkan mereka semakin benci dengan umat Islam (baca:Ahli Sunnah wal Jamaah).Tindakan meraikan segala bidaah mereka seperti yang dilakukan oleh Dr. Faisal Tehrani juga tindakan yang bukan sahaja kurang bijak malahan pelik bin ajaib.Ini samalah seperti kita meraikan perayaan Thaipusam dan menceritakan keagungan patung-patung Hindu atau meraikan upacara sami-sami Buddha memuja Amitabbha (jelmaan Buddha).Tindakan ini bukan menyatukan umat Islam malah mendatang fitnah kepada dirinya serta dosa kerana bersekongkol dengan segala kefasiqan mereka.




Tindakan beliau juga samalah seperti menceritakan segala kehebatan dunia Amerika dan Eropah,teknologi mereka yang hebat-hebat dan bertanya,mengapa mereka berjaya dan maju?(Amerika lebih berkaliganda maju dari Iran).Kemudian Dr. Faisal menunjukkan salib dan patung Jesus kemudian menyuruh umat Islam menangisi penyaliban Jesus dengan alasan,menangisi Jesus sebagai salah seorang nabi membawa kebaikan,sebagai contoh.




Sebab itu,kita sepatutnya membawa mereka ke jalan kebenaran BUKAN MERAIKAN mereka sehingga seronok bermain-main di jalan bidaah.




Hujah-hujah Syiah Melayu tidak akan lari dari apa yang disebut di atas.Jika mereka terdesak,mereka akan gunakan plan B,taqiyyah.Kemudian mereka akan hadirkan berpuluh-puluh hadis palsu dan penyelewengan hadis.





SIAPA YANG SELALU KENA TIPU?




Orang yang kurang didikan agama,pelajar-pelajar,kanak-kanak mentah,orang dewasa namun berfikiran seperti belum mumaiyiz,orang yang tidak suka mengkaji dan orang terlalu banyak mengkaji tetapi tenggelam dalam hasil kajiannya (Baca:Dr. Faisal Tehrani)







nota:anda boleh menghantar komen tentang isu ini dalam ruangan komen ini sahaja.Komen-komen lain seperti berkenaan ATBM,anda boleh hantar dalam artikel Srikandi yang terbaru.

Jaminan: Kepada Syiah Melayu yang ingin berbincang secara ilmiah,jangan risau,komen anda tidak akan ghaib secara tiba-tiba.Mahu pakai anonymous pun boleh.Islam mengajar kita musyawarah.Bukan berat sebelah :D

Insya Allah mana yang kami sempat jawab kami jawab.Kami bukan tinggalkan artikel,lepas tu pembaca terpinga-pinga.Di MF ada 'servis selepas jualan'  :D 





susunan:staff MistisFiles.




_____________________________________




Bonus :Anda boleh mengikuti perbincangan antara staff kami nickname 'Mistis' dengan Dr. Faisal dan para Syiah Melayu (selagi stok masih ada,sekiranya tidak dipadam).Selepas tidak mampu menjawab tentang sikap terhadap Saidina Abu Bakar As-Siddiq,nickname 'Mistis' kena block.












(Di link kedua ini anda boleh lihat Syiah Melayu menghina Saidina Abu Bakar sebagai pernah 'bertaruh' atau berjudi dan tak berhak ke atas jawatan Amirul Mukminin.Komen kami ada sebenarnya selepas komen Dr. Faisal untuk jawab balik tetapi ghaib entah ke mana)




Anda boleh juga ikuti perbincangan dengan seorang Syiah Melayu yang kepanasan dalam blog Azli Syukri.Sehingga ke hari ini,jawapan kami tidak terbalas olehnya walaupun pada mulanya Syiah Melayu ini mencabar dengan penuh kemarahan:








(perhatikan komen dari nickname 'groom',beliau juga pernah posting komen-komen perbincangan ilmiah di blog Dr. Faisal tetapi kena block juga.)




Ini menunjukkan Syiah Melayu tidak punya ilmu yang cukup untuk menjawab kepalsuan mazhab mereka.Komen yang berbincang secara ilmiah dalam blog Dr. Faisal dipadamkan.Hanya komen orang yang anti-Syiah tetapi bahasa berterabur,mudah dijawab dengan hikayat Syiah dan hadis palsu serta melampiaskan kemarahan dilepaskan,untuk  menunjukkan umat Islam (baca:ahli Sunnah wal Jamaah) cenderung kepada sisi negatif berbanding penyokong-penyokong Syiah :D








Panglima : kenapa TVHIJRAH menemuramah Ust Kamil penyokong Syiah seperti video di link blog MF di atas ? Siapa tahu jawapan ???  Ayuh kita sekat penyebaran ajaran songsang mahupun sesat di negara kita dengan hikmah dan mauizah hasanah !!!


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate