Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Februari 2011

PAS Tempah Nahas Bila Fitnah Syed Ibrahim Penipu Tiada Sijil Al Azhar !!!

TEMERLOH 23 Feb – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menafikan dakwaan Pas bahawa calon Barisan Nasional (BN), Tuan Syed Ibrahim Syed Ahmad tidak memiliki ijazah daripada Universiti Al Azhar.
Menurutnya, dakwaan yang dibuat oleh Pas membuktikan mereka kekeringan isu dan idea dan terpaksa menabur fitnah dalam usaha mereka untuk memburuk-burukkan calon BN.
“Kalau mereka tak percaya dengan ijazah Tuan Syed Ibrahim dan sijil itu sijil tipu, saya cadangkan mereka buat laporan polis untuk menyiasat sijil yang dimiliki Tuan Syed Ibrahim.
“Untuk pengetahuan, Tuan Syed Ibrahim mempunyai sijil dalam bidang Bahasa Arab dari Universiti Al Azhar, siapa nak tengok boleh tengok, dan saya sendiri sudah berjumpa dengan dia dan melihat sijil yang dimilikinya,” katanya selepas Majlis Penyampaian Biasiswa Yayasan Pahang kepada pelajar-pelajar sekolah.




Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan pihak pembangkang yang menuduh calon BN, Tuan Syed Ibrahim tidak mempunyai ijazah seperti yang dilaporkan dan ijazah yang dimiliki itu adalah ijazah palsu.
Menurut, sudah menjadi kebiasaan kepada pihak pembangkang pada setiap kali pilihan raya yang akan membuat pelbagai tohmahan atau fitnah bagi mengelirukan pengundi dan rakyat.
Sementara berhubung mengenai Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, Adnan berkata BN sememang berkeyakinan akan memenangi pilihan raya yang bakal diadakan nanti bagaimanapun gerak kerja tetap dilakukan seperti biasa.
“Dalam setiap peperangan kita perlu yakin, ini bukan peperangan menggunakan senjata tetapi ini peperangan politik, kalau kita tidak yakin, kita tidak perlu masuk berperang.
“BN tetap akan menjalankan kerja seperti biasa, dan saya tahu rakyat Kerdau semuanya bijak, mereka tahu siapa yang mereka nak pilih untuk memperjuangkan nasib mereka,” katanya.
Adnan berkata keyakinan itu bukannya membuktikan BN sudah merasa selesa pada PRK DUN Kerdau, sebaliknya menguatkan lagi semangat untuk petugas-petugas menjalankan tugas bagi memastikan BN mencapai kejayaan yang lebih cemerlang daripada pilihan raya umum 2008. -MediaUMNO.

Di Galas PAS juga memperlekeh sijil calon BN dan keputusannya BN menang. Lihat perbuatan keji mereka memperlekeh calon BN di Galas http://www.hmetro.com.my/ 

Jika menang kata SPR adil. Tetapi jika kalah jawapan mereka demokrasi di negara kita masih lagi tidak subur dan SPR dikontrol pemerintah.

Khawarij PAS jelas tidak suka kebenaran dan keadilan. Mereka suka kejahilan kebodohan dan kesesatan. Juga kelucahan dan penipuan serta tidak kisah rakan ada 'main belakang'...

Allah akan tunjukkan pihak yang benar. Mari kita buktikan di Kerdau dan Merlimau dengan menolak puak Khawarij PAS ini.



Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate