Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 Februari 2011

Apa Motif Timbalan Menteri KPT Saifuddin Abdullah Dicalon Ganti Menteri Khaled Nordin oleh GAMIS ?

Saya tidak mahu sebenarnya untuk menulis tentang perkara ini memandangkan ia melibatkan seorang pemimpin dalam barisan Kabinet negara kita. 

Menyentuh tentang pemimpin BN adalah perkara sangat jarang saya amalkan. Tetapi saya menulis bukan untuk mempertahankan mereka atau parti BN tetapi demi Agama Bangsa dan Negara.

Maka tulisan ini dihasilkan untuk melihat dan mengkaji perkataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang pernah menjadi orang besar (klik sini) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM ) satu ketika dulu. Tulisan beliau dimuatkan di sini http://www.saifuddinabdullah.com.my/artikel_220708_bharian.html

Antaranya yang ditulis :
Akhirnya, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan dipinda. Khamis lalu (17 Julai 2008), Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin telah membentangkan cadangan meminda akta ini di Dewan Rakyat bagi bacaan kali pertama dan bakal dibahaskan dalam sidang Ogos ini.

Ini bermakna bahawa perjuangan meminda akta ini yang digerakkan, misalnya, oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), iaitu organisasi paling konsisten dalam hal ini, hampir berhasil.   

Saya turut terlibat dalam perjuangan meminda akta ini sejak menjadi aktivis mahasiswa di Universiti Malaya pada 1981. Saya juga pernah menjadi mangsanya pada 1984. Saya berasa lega kerana ketika berada dalam pentadbiran kerajaan BN hari ini, ia bersetuju memindanya.

Kali terakhir saya mencadangkan pindaan akta ini ialah dalam kolum saya (“Perspektif”) di akhbar ini iaitu ketika mengulas perjalanan pilihan raya kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sesi 2007/2008 pada Oktober tahun lalu. Saya telah menyoal kewujudan pengundi hantu dan tempoh penamaan calon terpaksa dilanjutkan di dua buah IPTA.


Tulisnya lagi : 

Mereka juga mengatakan AUKU perlu untuk mengawal mahasiswa daripada berpolitik. Alasannya kerana tugas mahasiswa adalah belajar. Kalau hendak berpolitik, tunggulah selepas tamat belajar. Hujah ini berlandaskan faham politik yang sempit dan tidak memahami bahawa politik itu luas, iaitu termasuk pendidikan politik, isu politik, politik non-partisan dan sebagainya.


Seterusnya di perenggan lain beliau menulis :

Hakikatnya ialah AUKU melesukan gerakan mahasiswa. Pada pertengahan tahun 70-an, ramai aktivis mahasiswa ditahan yang menyebabkan sebahagian gerakan mahasiswa lumpuh seketika. Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia (PKPM) terkubur. PKPIM dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) tinggal anggota bukan mahasiswa. Majlis Belia Malaysia (MBM) terputus jembatannya dengan kampus. 

Banyak tulisan, misalnya oleh Baharudin Ali Masrom dan Zainah Anwar, telah membincangkan kesan-kesan buruk AUKU, seperti meluasnya “budaya takut” dan sikap “tidak apa” di kampus. Manakala Idris Ahmad dan Ahmad Fadzil Yusof menyorot ketidakadilan layanan terhadap kehadiran parti-parti politik di kampus dan tindakan keterlaluan terhadap beberapa orang mahasiswa yang kononnya didapati bersalah.  

Dalam tulisan tersebut ada dicatatkan juga nama pengasas Sister In Islam iaitu Zainah Anwar dan Idris Ahmad yang tidak silap ialah Ketua Penerangan PAS Pusat

Adakah beliau juga mempunyai kecenderungan seperti SIS yang suka perkara kontroversi dan juga 'luar tabie' sifatnya dalam  sesuatu isu atau seperti PAS yang suka tolak perkara yang mendatangkan kebaikan kepada kita. 

Mahu kenal Zainah Anwar sila klik sini http://en.wikipedia.org/wiki/Zainah_Anwar dan Idris Ahmad di sini http://idrisahmad.wordpress.com/

Selepas dipinda beliau sekali lagi meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap pindaan AUKU seperti yang disiar di sini http://promahasiswa-umskal.blogspot.com/2010/04/saya-tidak-berpuas-hati-terhadap-auku.html 

“Sebenarnya AUKU ini sudah 1 tahun 2 bulan digazetkan kepada AUKU pindaan baru, tapi saya pun tidak berpuas hati sepenuhnya terhadap pindaan yang ada.” Katanya.

Bagi orang mahu popular barangkali boleh menggunakan isu kontroversi untuk cepat dikenali. Tetapi masalahnya adakah popular itu lebih penting atau kepentingan lain khasnya kesepakatan antara anggota Kabinet agar tidak bercanggah satu sama lain?

Saya terfikir juga adakah Saifuddin Abdullah masih lagi ada hubungan dengan persatuan pro pembangkang yang sudah mencecah usia 50 tahun ini ? 

Maka jawapannya ada di laman beliau yang baru sahaja merasmikan program PKPIM pada 29 Jan 2011 yang lalu di link ini http://www.saifuddinabdullah.com.my/ 

Hari ini saya terkejut apabila beliau telah dicadangkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) untuk mengganti Khaled Nordin sebagai Menteri Pengajian Tinggi. Satu perkara yang jarang dibuat oleh sebuat NGO yang pro kepada pembangkang. Link anda boleh baca di sini http://www.harakahdaily.net/ 

Adakah kenyataan beliau menyokong AUKU yang diperjuangkan PKPIM dan menerima memorandum GAMIS untuk memansuhkannya adalah sesuatu yang biasa sebagai Timbalan Menteri atau luar tabi'e? Atau ia adalah pendirian beliau untuk menarik sokongan mahasiswa hingga dicalonkan untuk  ganti Menteri Pengajian Tinggi ?

Sebelum ini GAMIS pernah menyerahkan memo minta dimansuh akta AUKU di bawah yang disalin dari laman web beliau :



Ingatkan Panglima seorang sahaja berasa pelik dengan Timbalan Menteri ini tetapi kawan di ISUHOT turut menulis tentang Timbalan Menteri kita ini di sini http://www.isuhot.com/?p=2040 dengan tajuk 'adakah Saifuddin Abdullah Trojan Horse PKR ? 

Blog tersebut mengkritik tindakan Saifuddin yang menelefon polis meminta dibebaskan pelajar pro pembangkang yang datang berkempen di GALAS. 

Dulu negara kita pernah heboh beliau mengkritik Ustaz Zamihan Al Ghari tentang dakwaannya bahawa Presiden PAS dan juga Mufti Perlis ada kaitan dengan wahabi. Adakah beliau juga seorang Islam Liberal pro Wahabi ? Link tersebut anda boleh jumpa di sini http://www.themalaysianinsider.com/  

Kes di atas jelas menunjukkan kecelaruan minda seorang Timbalan Menteri yang sanggup keluarkan kenyataan menghina penjawat awam Ustaz Zamihan yang merupakan Penolong Pengarah JAKIM dan menuduh taklimat beliau kepada pihak keselamatan bercampur dendam peribadi ?

Dengar khabarnya di kawasan beliau di Temerloh ada juga masalah yang berlaku menurut info rakan Panglima yang boleh dipercayai. 

Harap ada Penasihat PM menyedari perkara ini. 

Terfikir juga adakah ini 'pukulan terakhir' sebelum digugurkan atau percubaan mencari sokongan di pihak pembangkang ?



Bagi Panglima, orang macam ini perlu diberi perhatian khusus atau 'dipulihkan' dari kecelaruan mindanya !!!


Wallahu A'lam.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hi :) Segala berita terkini mengenai PRK tersebut akan dikemaskinikan di blog Khas ini.

Selain dari itu kami juga menyediakan pages (FB) khas juga iaitu di:

http://www.facebook.com/pages/Pilihan-Raya-Kecil-Malaysia/198201610195352?

dan facebook Group:

http://www.facebook.com/home.php?sk=group_169414786440203

dan juga Twitter:

http://twitter.com/prkmalaysia

dan juga yang Radio Merpati yang anda boleh dengarkan di blog:

http://prkmsia.blogspot.com.

Sebar-sebarkanlah kepada rakan blog anda. :) Selamat berjuang dan terima kasih.

p/s: jangan lupa follow twitter, facebook, group dan blog kami.

Unknown berkata...

Saipudin patutnya sealiran dgn lain2 anggota kabinet..beliau ni mcm terlebih sudu dari kuah!

Cari Blog Ini

Translate