Akidah Wahhabi sememangnya banyak bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah bahkan amat berbeda dengan akidah yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad.
Sebagai contoh akidah mengenai kewujudan Allah, kita dapati ajaran Wahhabi pada satu masa mereka mendakwa 'Allah zatNya berada di dalam langit' kemudian pada masa yang lain pula mereka mendakwa 'Allah berada di atas langit' dan pada yang lain pula kita dapati Wahhabi mempercayai 'Allah duduk di atas kerusi yang berada di atas langit' dan pada masa yang lain pula lagi kita dapati Wahhabi mempercayai 'Allah berada dan bertempat di kawasan Arasy' pula, dan lebih pelik pada masa yang lain pula akidah mereka 'Allah berada dan bertempat di atas Arasy'.
Sedangkan kesemua tempat-tempat itu amat berbeda antara satu sama lain. Kerana itulah Ulama Ahli Sunnah menaikkan slogan akidah Islam sebenar iaitu " Allah Ada Tanpa Bertempat" yang bererti Allah tidak diliputi oleh tempat kerana Allah tidak memerlukan mana-mana tempat samaada langit, kerusi atau Arasy.
Akidah Wahhabi yang menukar-nukar tempat bagi Allah mengikut dakwaan mereka hakikatnya adalah mempermainkan kewujudan Allah dan ilmu asas akidah mengenal Allah itu sendiri.
Apabila didapati banyak pertukaran-perubahan akidah mereka sendiri perihal kewujudan Allah dapatlah disimpulkan akidah mereka berbolak-balik berubah-ubah bertukar-tukar khususnya dalam masaalah beriman dengan Allah.
Kesemua tadi menunjukkan akidah Wahhabi tidak tetap dan tidak setia dek kerana mereka menyalah-tafsirkan nas-nas agama maka tidak peliklah akidah mereka amat mengelirukan.
Sepastinya jika seseorang itu mengikut Wahhabi akan banyak terkeliru dan tersalah-anggap dengan agama Islam sebenar.
Berdasarkan kajian akidah fahaman Wahhabi harus ditolak kerana menganggu-gugat perpaduan umat Islam dan inilah yang telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan & JAKIM.
*PENTING:-
MALAYSIA MENOLAK DAN MENYEKAT AJARAN WAHHABIYAH BERDASARKAN:-
- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-12 PADA TAHUN 1985,KALI KE-14 PADA TAHUN 1985,KALI KE-16 PADA TAHUN 1986,KALI KE-40 PADA TAHUN 1996,KALI KE-42 PADA TAHUN 1997, KALI KE-44 PADA TAHUN 1998,
DAN
-MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-14 PADA TAHUN 2000,KALI KE-20 PADA TAHUN 2002 DAN KALI KE-23 PADA TAHUN 2003.
KESEMUA KEPUTUSAN ADALAH MENYEKAT AJARAN WAHHABIYAH KERANA MENGGUGAT PERPADUAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA.
SUMBER DARI:
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
DAN
JAWATANKUASA PENYELARASAN PENYELIDIKAN ISLAM KEBANGSAAN (JAPPIS)
Wassalam.
www.ustaz-rasyiq.blogspot.com
Info Tambahan :
Penegasan oleh KP JAKIM bahawa fahaman Allah ada kaki dan tangan seperti ajaran Wahabi tidak benar dan bercanggah dengan Islam.
Saksikan di bawah ini rakaman oleh Mahaguru58 :
Bukti dari laman web Dr Asri sendiri yang membela tokoh wahabi di sini http://drmaza.com/home/?p=256 :
Lebih lanjut dan secara jelas sanjungannya terhadap tokoh wahabi iaitu Muhammad Bin Ab Wahhab boleh dibaca di sini :
Jika alim ulama di negara kita sudah sepakat dalam Majlis Fatwa menolak fahaman ini maka apakah ada lagi pilihan selain IJMAK ULAMA (Majlis Fatwa ) di atas ?
Adakah gelaran DR itu boleh menjadi lesen menghalalkan perkara yang menyalahi akidah ?
Tidak sama sekali dan Panglima akan tetap menolak apa jua alasan untuk membela tokoh memperjuangkan fahaman baru timbul ini demi kemurniaan akidah umat Islam tidak kira penyokong mana-mana parti di Malaysia ini.
Isu agama tidak sama isu politik.
Kerana kerosakan agama akan membawa kerosakan yang berterusan di akhirat sana.
Mudah-mudahan jihad ini dipandang dengan persepsi yang baik oleh semua mata yang memandang.
Amin !
17 ulasan:
Lama saya berada di hadapan komputer ini, memikir untuk menulis entri ini. Akhirnya saya memutuskan untuk menulisnya, dan kemudian lama pula saya memikirkan samada perlu untuk menerbitkannya. Dan kerana tuan-tuan dapat membacanya, ia bermakna saya memutuskan untuk menerbitkannya.
Saya manusia biasa. Jadi ada lintasan hati.
Saya masih ingat pada hari seorang penulis muda bernama Khairun Nasriah memberitahu saya yang Mufti Perlis (sekarang bekas), Dr Mohd Asri Zainal Abidin 'menuduh' saya syiah. Bingung sekejap saya. Kerana serta merta nostalgia saya di Kolej Islam Kelang (sekarang KISAS) kembali. Beliau antara naqib yang saya kagumi. Malah saya pernah mengekornya ke Taman Melewar untuk berusrah secara rahsia dengan Ustaz Yahya Othman, Ustaz Yaacob Hussain dan ramai lagi. Dalam hati saya memikir, masakan ustaz Asri serkap jarang seperti ini. Apatah lagi keluarga isterinya mengenal ibu bapa saya selaku aktivis sebuah parti di Melaka.
Akan tetapi bila saya dihubungi oleh 'seorang syed' menerusi telefon yang mengesahkan khabar yang dibawa oleh Khairun Nasriah tersebut, hati saya serta merta berasa kecewa. Syed tersebut memberitahu yang beliau ingin menyaman ustaz Asri kerana ustaz tersebut dikatakan 'menghina' keturunan para syed dan syarifah di negara ini. Saya hanya mendengar. Kemudian, syed yang saya tidak pernah temui itu mengutus emel, berserta klip video, rakaman ceramah Dr Asri menuduh saya syiah di sebuah masjid dalam satu kuliah maghrib di Perlis.
Saya masih menyimpan klip video tersebut sampai sekarang.
Vonnis in absentia. Saya dihukum tanpa dapat membela diri. Dan serta merta tuduhan itu merebak menjadi dakwaan yang diyakini benar ramai orang. Termasuklah ramai teman-teman di Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya bahkan diberitahu yang tuduhan itu bukan sekali, tetapi dibuat berkali-kali di banyak tempat. Bukti-bukti lain dibawa oleh orang. Saya malah dihubungi sekian peguam yang berasa bakal dapat membuat untung besar jika saya memilih untuk menyamannya.
Ia diburukkan apabila Malaysiakini pula ikut memanjangkan perkara.
Waktu itu saya berasa amat keseorangan. Saya memilih untuk mendiamkan diri. Kadang-kala saya terpekik seorang diri di blog ini membela diri.
Saya betul-betul rasa keseorangan.
Ketupat Cinta di Harian Metro dihentikan. Seorang pegawai tinggi Dewan Bahasa dan Pustaka mengumumkan supaya nama saya digam dari semua aktiviti Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tuduhan Dr Asri tersebut merebak menimpa keluarga saya. Dia terlupa saya ada ahli keluarga. Seperti orang lain, saya punya adik beradik dan ibu bapa. Maka bapa saya seorang aktivis parti pembangkang sering menjadi sasaran kecaman teman-temannya. Ibu saya juga begitu. Juga adik saya yang tidak tahu menahu apa-apa.
sambungan sila ke link di bawah..
http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/11/lintasan-hati.html
Wahabi halalkan liwat?
http://abu-syafiq.blogspot.com/2009/05/video-wahhabi-melakukan-liwat-di-masjid.html
ada satu lagi link menarik tulisan usman muhammady http://salafytobat.wordpress.com/2009/09/03/3-musuh-islam-paling-berbahaya-wahhaby-syiah-islam-liberal/
Panglima,
teruskan jihad ini...agama adalah yang teratas melebihi kepentingan politik.
Yang difahamkan akan faham, dan yang tidak faham, bukan kita yang mampu memahamkan mereka, Allah jua yang memberi taufik dan hidayahNya.
Mengikut Ijma' Majlis Fatwa Kebangsaan, Fahaman Wahhabi hanya perlu disekat kerana tidak sesuai dengan negara ini yang berfahaman Syafie... Tetapi Majlis Fatwa tidak menyesatkannya... Sila rujuk: http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf
Terima kasih
hmm agak sukar untuk saya terima perkara ini. saya sokong dr asri bukan kerana saya wahabi, malah saya juga menolak wahabi. tetapi kerana ketegasan dan keberanian beliau memperkatakan sesuatu isu.
dulu saya pernah memperkatakan tentang ulama/mufti di malaysia yang langsung tidak bersuara menyatakan apa apa bantahan atau larangan berkaitan kemungkaran.
klik sini:
http://malaysiaheaven.blogspot.com/2009/08/ada-ulama-lagi-ke-di-malaysia.html
hanya mufti perak iaitu dato dr Harussani dan Dr Asri sahaja yang berani berkata secara terbuka.
malah apabila dato harussani memberitahu ribuan orang melayu yang murtad, dia ditempelak begitu hebat.
Sedangkan beliau berani mengatakan secara terbuka bahawa orang islam di malaysia sudah "diserang" oleh pihak agama tertentu.
kerana itulah saya menyokong beliau dan Dr Asri. kerana di malaysia para ilmuan agama kita semuanya tidak bertelur.
Malah JAIS juga tidak bertindak dengan baik. Hanya kes tertentu sahaja yang diambil perhatian. Sedangkan banyak kes ajaran sesat tidak dibanteras oleh JAIS.
Maaf sekali lagi. saya bukan penyokong wahabi tapi saya mahukan pembaharuan didalam urusan agama islam di negara ini. Sudah tiba masanya umat islam di Malaysia menerima keterbukaan. Jangan bersifat jumud dan taklik.
Salam, saya ada beberapa persoalan yang mengajak kita berfikir kembali tentang kontroversi Wahaby:
1 - Allah bersemayam di arasNya, di Langit ke tujuh adalah hujjah berdalilkan alQuran dan asSunnah. Jika kita beraqidah Allah itu dimana-mana.. Fikirkanlah, adakah Allah itu juga berada ditempat yang hina seperti tandas?
2 - Jika Wahabi itu Sesat dan patut disekat gerakkannya, kenapa JAKIM tidak berani melistkan WAHABI sepertimana JAKIM melistkan Syiah sebagai ajaran sesat secara terang-terangan?
3 - Kalaulah mereka yang bermanhaj Salafus Soleh itu dipanggil Wahaby dan sesat, bagaimana solat mereka yang berada di Masjidil Haram dimana mereka berimamkan imam-imam Wahaby?!
Terlalu banyak pihak yang bermain politik dalam isu ini. Ramai kelihatan cuba menggunakan istilah "Wahhabi" untuk menghentam Dr Asri. Kebanyakkan yang melakukannya atas sebab merasakan bahawa Dr Asri amat lantang dalam mengkritik sesetangah pihak.
malah yang lebih menjengkelkan lagi bila ada pihak seolah - olah menjadi pakar "Wahhabi". Sedangkan segala yang diperolehi itu adalah ilmu Cut n Paste.
Bacalah, kajilah apa itu Wahhabi dan setakat mana iannya berkait dengan Muhammad bin Abd al-Wahhab. Kaji sejarah siapakah yang memberi gelaran "Wahhabi" itu.
Saya bukan penyokong Dr Asri namun nampak sangat ketidak adilan dalam kes ini. Wallahualam!
Yb Raz - saya suka baca tulisan Dr Asri kerana keilmiahannya..
tetapi saya khuatir pembaharuan yang dibawa songsang dengan fahaman yang diamalkan oleh ulama kita selama ini.
itu berdasarkan apa yang saya faham dan pegang.
sekadar berbeza pendapat tidak mengapa.asalkan tidak menghasut untuk membenci sesama manusia.
saya sekadar mengutarakan pendapat.
siapa kata semua yang berada di mekah wahaby?
siapa yang tahu imam masjidil haram wahaby?
selagi kita tidak tahu pegangan mereka kerana tidak mendengar sendiri maka tidak mengapa.
tu je.
MANGKOK PUNYA JAIS..
MANTAN MUFTI LAGI MEMILIKI KESARJANAAN ILMU HADIS dan TAFSIR AL-QURAN
DILAYAN MACAM TU… SEKALI.
INI KES DENDAM ….
YANG TIADA PENYUDAHNYA.
CUKUP..
CUKUPLAH…
HORMATI KESARJANAAN DR ASRI.
TERUSKAN PERJUANGANMU YANG MULIA LAGI JUJUR UNTUK MENYEDARKAN UMAT ISLAM TENTANG KETULENAN ISLAM
Adam Amin
Kg. Jerlun,
Kedah
Assalamualaikum..
pakteh dari asal kedah kerja di perlis...jadi serba sedikit faham isu Wahabi...
Ramai yang menuduh Ustaz Asri Wahabi tetapi beliau sendiri menolak bahawa beliau Wahabi...dalam artikel ini hampir keseluruhan isi ialah berkaitan wahabi dan bukti yang diberikan pula ialah bukti pembelaan Ustaz Asri terhadap tokoh wahabi...fahamkah kita semua siapa tokoh tersebut. Melalui forum yang saya hadiri, saya amat memahami bahawa pendirian Ustaz Asri ialah beliau HANYA MEMBELA tokoh tersebut kerana kebenaran yang dibawa bukan kemungkarannya. Lagi satu, Ustaz Asri berpandangan seorang tokoh Islam tidak sewajarnya dihina dan diaibkan sedemikian rupa, maka dengan itulah beliau membela tokoh tersebut sepertimana beliau membela tokoh2 yang lain....salahkah???
Malah bagi pakteh tuduhan2 wahabi ini bagi pakteh keterlaluan dan cubalah memahami apa yang ingin disampaikan barulah kita menyedari bahawa adakalanya kita tersilap langkah dalam menilai seseorang.
Adakah kerana Ustaz Asri menyokong golongan yang tidak mengadakan kenduri arwah terhadap simati lantas beliau digelar wahabi...
Baca artikel dalam web beliau untuk memahami isunya....jangan hanya sekadar cut n paste idea wahabi tanpa hujung pangkal...
p/s: jangan pula kerana tulisan pakteh menyokong mantan mufti ini maka pakteh juga digelar wahabi...
bro, ada juga fatwa wahabi hina Ydp Agong.
http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/08/agong-dan-pm-malaysia-adalah-ahli.html
pelik la mcm mana org ramai boleh terpedaya dgn diorang ni.
sepanjang aku buka semua laman web yang menentang Wahabi dan Ustaz Asri (Juga ulamak graduan dari Universiti Makkah dan Madinah) mereka cuma berbekalkan isu kedudukan Allah pada Arasynya. malahan mereka berhujjah tanpa apa2 dalil. dok sibuk kata pesong Akidah. buktikan dengan Dalil... padahal siapa Wahabi, apa yang wahabi perjuangkan pegangan wahabi tak pernah disentuh. aku sarankan bagi orang orang cam ni, kalau dapat soalan tentang Wahabi, tolonglah jawab tak tahu, sebab memang saudara sekelian tak tahu. dan bila dah tahu tu, belajar la!!!! jangan terus buat fitnah, menipu, terus berdosa, Semoga Allah ampunkan dosa dan kelemahan kalian.
jgn ckp ni sesat..tu sesat..haram mgkafirkn muslim yg lain..
lg 1.. jgn main copy paste je.. ni hal agama bkan main2.. bdak2 pn bleh copy paste.
brcakap ttg agama mmrlukan ilmu..
smoga kita dlm rahmat ALLAH
Salam, Sepanjang yg saya ikuti perkembangan Dr Asri, dari beliau belum menjadi Pensyarah Di USM, sehinngalah beliau di Lantik menjadi Mufti Perlis, memanglah beliau tidak mengaku sebagai wahabbi tetapi cara penyampaiyan kuliah belaiu dan pengulasan agamanya sama spt seorang wahabi( tapi sya tak nak menuduh). Yg menjadi persoalannya Belia seorang pakar hadis , semasa beliau membentangkan kertas kerja diUM dan Dewan Pustaka (beliau belum jadi Mufti masa tu) kertas kerja belaiu yg bertajuk "Peranan Syiah dalam Pemalsuan Hadis " dan siran tentang orang Syiah yg membunuh Saidina Uthman. kertas kerja itu saya buat kajaian adalah kertas kerja "ulama wahabi" kerana pengkajiannya menunjukan Dr Asri sendiri menjatuhkan mertabat dirinya sebagai pakar hadis. Oleh itu saya berasa kesal sepatutnya apabial seorang Ph.D tidak boleh buat kertas kerja yg mempamirkan pengkajian berat sebelah, dan seoprang yang kurang ilmu desudut mazahab lain, disudut hadis-hadis wahabai, salafi atau itibaq sunnah mungkin belau arif. Kertas kerja tersebut ada pada saya berserta jawapan yg saya buat menjawb kertas kerja tersebt. Wasallam.
'Jgn bersifat jumud dan taklid'....sedap bunyi cogankata ini...... harap2 org yg berkata itu pun bukan 'taklid dan taksub' dgn org tertentu juga....
Catat Ulasan