Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 Februari 2011

Gempar : Bukti Sahih Kecelaruan Pentadbiran Khalid Ibrahim Lantik Pegawai Bankrap Oleh Blogger KITAGEMPUR !!!

Blogger KITAGEMPUR di sini telah menulis isu terbaru berkenaan Khalid Ibrahim yang melantik pegawai bankrap sebagai pegawai kerajaan. Sila baca dan sebarkan !!!


Adun Seri Setia daripada PKR pernah mempertikaikan rekod Khusrin apabila dilantik menjadi SUK dengan menyatakan bahawa Khusrin sekadar dalam gred Jusa C sebelum melangkah ke Jusa B untuk menjawat jawatan SUK yang bergred Jusa A. Adun tersebut juga mempertikaikan tempoh khidmat Khusrin selama 27 tahun dengan menyatakan Khusrin hanya berkhidmat sebagai pegawai tadbir selama 3 tahun.Klik Sini. 


Bukan Nik Nazmi sahaja yang mempertikaikan Khusrin tetapi hampir semua pemimpin PR mempertikaikan beliau tanpa mereka sedari bahawa kerajaan negeri terlebih dahulu melakukan kesilapan besar dalam isu perlantikan pegawai kerajaan. Adakah mereka seperti meludah ke langit dalam isu perlantikan pegawai kerajaan? Seperti biasa mereka akan memastikan kelemahan mereka akan ditutup dengan kata-kata manis untuk memesong fikiran rakyat.


Ini adalah surat perlantikan Mohd Shaifulruddin sebagai Pengurus Aset, Pelaburan dan Kewangan Yayasan Selangor dengan gred gaji N54,P1T7 dengan gaji sebanyak RM8190.94 pada 22 April 2010. Surat tersebut ditandatangani oleh Ilham Marzuki selaku Pengurus Besar Yayasan Selangor. Antara kemudahan lain adalah seperti Yayasan Selangor akan menanggung perbelanjaan rawatan keluarga berjumlah RM3,000 dan melaporkan setiap perkara kepada Pengurus Besar.

    

Selepas 2 bulan perlantikan sebagai Pengurus Aset, Pelaburan dan Kewangan, Menteri Besar Gagap telah menaikkan pangkat beliau kepada Timbalan Pengurus Besar ( Pelaburan ) bagi tempoh 2 tahun berkuatkuasa 1 Julai 2010 dengan Gred Jusa C. Gaji yang akan diterima adalah RM13,239.12 serta kemudahan lain dikekalkan.Klik sini untuk surat lantikan lain.




Mengikut Terma Dan Syarat-Syarat Perkhidmatan Yayasan Selangor dan juga Skim Perkhidmatan Peraturan Disiplin Dan Tatatertib Yayasan Selangor(Pindaan Tahun 2004) Di dalam para 1.5 tatacara kenaikan pangkat telah menetapkan syarat-syarat kenaikan pangkat hendaklah melalui prosess penilaian yang merangkumi 3 perkara.

1- Penilaian prestasi merupakan panduan bagi menentukan kenaikkan gaji, pengesahan jawatan kakitangan atau kenaikkan pangkat dan keperluan latihan

2-Prestasi kerja kakitangan dinilai setahun sekali oleh pegawai atasan.

3- Pegawai yang bertanggungjawap ke atas penilaian prestasi kewanngan adalah Pengurus Besar dan SUK ataupun Pegawai Kewangan Negeri untuk jawatan Timbalan Pengurus Besar.


Tempoh kenaikan pangkat dan perubahan gred gaji beliau terlalu pendek iaitu selama 2 bulan sahaja. Adakah peraturan penilaian prestasi tidak diguna pakai didalam perkara ini kerana prestasi dan kemampuan seorang itu tidak boleh diukur dalam tempoh hanya 2 bulan. Kenaikan gred Pengurus Besar ini ditandatangani oleh Pengerusi dan juga Ahli Lembaga Yayasan Selangor yang mana Timbalan Pengurus Besar itu merupakan salah seorang daripada ahli lembaga tersebut.

Apa yang lebih menarik untuk kita melihat kebodohan kepimpinan Khalid Gagap ini adalah apabila dia melantik seorang Timbalan Pengurus Besar yang telah disabitkan dengan Notis Kebangkrapan oleh Bank Simpanan Nasional pada tahun 2009. Adalah menjadi satu kesalahan melantik seorang yang telah bangkrup sebagai seorang pegawai kerajaan yang boleh menyebabkan kepercayaan terhadap pengurusan kewangan boleh dipertikaikan.

   


Apakah tujuan sebenar mereka mempertikaikan perlantikan Khusrin sebagai SUK tetapi dalam masa yang sama mereka membiarkan seorang yang telah bangkrup mengawal selia semua bentuk kewangan sebuah anak syarikat kerajaan negeri? Walaupun Pengurus Besar tersebut telah diarahkan bercuti tetapi kelemahan mereka dalam perlantikan pegawai kerajaan negeri telah menyebabkan Yayasan Selangor mengalami defisit pada tahun 2010..



Link KITAGEMPUR klik sini http://www.kitagempur.com/ 








Panglima : kalau perintah negeri dah celaru macam ni, nak perintah negara macam manalah jadinya nanti ?





Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate