Kata Imam Ibn Khaldun r.h:
ومن هذا الباب أحوال الثّوّار القائمين بتغيير المنكر من العامّة والفقهاء فإنّ كثيرا من المنتحلين للعبادة وسلوك طرق الدّين يذهبون إلى القيام على أهل الجور من الأمراء داعين إلى تغيير المنكر والنّهي عنه والأمر بالمعروف رجاء في الثّواب عليه من الله فيكثر أتباعهم والمتلثلثون بهم من الغوغاء والدّهماء ويعرّضون أنفسهم في ذلك للمهالك وأكثرهم يهلكون في هذا السّبيل مأزورين غير مأجورين لأنّ الله سبحانه لم يكتب ذلك عليهم وإنّما أمر به حيث تكون القدرة عليه قال صلّى الله عليه وسلّم: «من رأى منكم منكرا فليغيّره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه»
Maksudnya:
"dan daripada bab ini termasuk apa yang berlaku pada para pemberontak yang bangun dengan tujuan mengubah kemungkaran daripada kalangan orang awam dan para Fuqaha', kebanyakan mereka yang melazimi jalan Ibadah dan Agama bangun memberontak terhadap pemerintah yang zalim menyeru untuk mengubah kemungkaran dan menyuruh kepada amal makruf dengan harapan memperoleh pahala daripada ALLAH atas usaha itu maka banyaklah pengikut mereka dan orang-orang yang turut bercampur bersama mereka daripada kalangan orang-orang yang bodoh dan orang-orang awam, mendedahkan diri mereka kepada kebinasaan dan kebanyakan mereka binasa dalam usaha ini dalam keadaan mereka berdosa tidak mendapat pahala daripada ALLAH s.w.t kerana ALLAH tidak memerintahkan mereka untuk melakukannya tetapi memerintahkan mereka dengannya (mengubah kemungkaran) apabila mereka mempunyai kudrat (kemampuan yang cukup) atasnya.
Sabda Rasulullah s.a.w (maksudnya): "barangsiapa yang melihat kemungkaran antara kamu maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka dengan lidahnya, jika tidak mampu juga hendaklah dengan hatinya". [Tarikh Ibn Khaldun, jil 1 ms. 200, cet Darul Fikr, Beirut, Cet Kedua].
Lihat betapa para ulama dan cendikiawan Islam telah bersepakat akan rosaknya amalan memberontak kepada pemerintah muslim. wallahu waliyyul hidayah.
Pandangan Ustaz :
Pendapat Yusud Al Qaradawi bahawa menentang pemerintah seperti di Mesir adalah jihad dan jika mati dikira syahid adalah jauh dari haq dan bukan pendapat majoriti ulama.
Pendapat yang nadir (ganjil) ini bukan ijmak ulama Islam dan dikhuatiri boleh menjadi punca huru hara di negara Islam. Yang mana turut disokong oleh media massa zionis anti Islam seluruh dunia.
Umumnya tahu kaitan rapat Al Qaradawi dengan pergerakan Ikhwanulmuslimin. Maka tindakan beliau menyokong penunjuk perasaan yang lebih tepat digelar pemberontak terhormat dan disokong oleh media barat, adalah tidak wajar sama sekali dan ada unsur balas dendam.
Kita juga mendengar khabar bahawa Ikhwanulmuslimin mendapat biaya Amerika dan ramai pemimpinnya dilindungi Amerika. Bagaimana boleh kita percaya pergerakan ini yang juga turut membawa elemen wahhabi dalan pergerakan mereka.Jelas sekali puak ini adalah cucu cicit Khawarij yang pernah biadap dan menghasut sahabat membenci dan menentang Nabi.
Jelas Ikhwan Muslimin hanya bagus pada permulaannya hingga kepada Mursyidul Am kelima (info rakan ustaz) tetapi sekarang jelas Ikhwan Muslimin sudan lari dari tujuan asalnya. Tidak lagi sama dengan apa yang dihajatkan oleh Imam Hassan Al Banna.
Perkara yang sama berlaku dalan Parti Islam SeMalaysia atau PAS yang perjalanannya hampir sama dengan Ikhwan. Matlamat yang baik pada awal dan zahirnya tetapi makin berubah selepas berjaya diliberalkan oleh golongan yang berpengaruh dalamnya yang ada hubungan rapat dengan tokoh demokrasi tajaan Barat bekas orang kuat bela Islam dalan perjuangan zaman mudanya.
Mari kita berfikir demi keselamatan Islam di akhir zaman yang makin dekat zaman kebangkitannya. Kegelisahan Zionis adalah jelas melalui sokongan mereka terhadap kekacauan ini selepas misi ganyang umat Islam di Iraq sudah dipenuhi.
Jangan kita atau media atau pemimpin kita menyokong pemberontakan rakyat Mesir ini sebaliknya buatlah usaha menerangkan kepada rakyat bahawa perbuatan itu adalah derhaka yang tidak diredha oleh Tuhan Maha Esa.
nota : Pendapat ibnu khaldun diatas ini dipetik dari rakan Facebook juga Blogger Pena Minang
Wallahu A'lam
3 ulasan:
salam...
bercakaplah apa pun... bentanglah apa dalil dan nas sekalipun mahupun ijma' ulama... selagi tidak dituturkan sendiri oleh ustaz-ustaz dan lebai-lebai PAS yang cenderung kepada 'ambil sekerang, buang sekerat', selagi itulah para pengikut PAS tidak akan percaya.
Ia samalah seperti keadaannya dengan hadis Rasulullah s.a.w tentang ASSOBIYYAH... yang dipetik sekerat sehingga 'tidak termasuk dalam golongan aku' itu sahaja yang diambil dan dimani, manakala bahagian terakhir yang Nabi s.a.w menidakkan ASSOBIYYAH itu FAHAMAN KEBANGSAAN, tidak sekalipun mereka petik dan tuturkan...
Hati dah gelap, otak dah beku... mereka sudah sangat sukar menerima apa-apa yang bertentangan dengan kehendak hawa nafsu dan bisikan syaitan....
depa tak amik cita saddam dulu sebagai pengajaran....
tengok apa dah jadi kat depa nuh...
kadang-kadang perubahan yang depa nak outcome nya tak semestinya seperti yang diharapkan, malaha makin teruk
kita doa sajalah agar perkara buruk tak terjadi
kat tempat kita ni toksah cakap, nek meluat telinga ni dengaq gaya orang tak ada ilmu tapi buat macam tau suma benda. yang lagi sedih pelajar IPT yg masih tak cukup tahap kematangan lagi dah pandai cakap benda merapu.
depa lupa kut. bila yg bukan hak cakap bnda yg bukan bidangnya peratus utk salah tu tinggi. saham dosa pun sama naik lah.
semoga allah lindungi kita i'allah
sesat blog ni nih... nampak sangat tak faham tauhid... cakap guna ayat alquran ngn hadis serta pandangan ulama', tapi, amik yang mana kena dengan nafsu je...
Ni lah yang saidina ali tegur, berkata dengan bertopengkan ayat-ayat Allah tp, bertuhankan nafsu...
Apalah geng-geng ni nih...
cuba tafsir Ayat 148 hingga 151 surah An-Nisa' ... bukan baca terjemahan, tp baca perbahasan tafsir...
Catat Ulasan