Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Februari 2011

Penganalisis Pertahanan tolak dakwaan DAP kos kapal LCS tinggi !


Para penganalisis pertahanan menolak dakwaan seorang anggota Parlimen pembangkang bahawa usaha kerajaan mendapatkan enam kapal tempur pesisir pantai (LCS) dengan kos RM6 bilion adalah 870 peratus lebih daripada apa yang dibayar negara-negara lain untuk kapal yang sama.

Penganalisis pertahanan dan keselamatan Dzirhan Mahadzir berkata perbandingan yang dibuat Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP Tony Pua dalam satu portal berita tempatan, adalah berdasarkan kepada kapal-kapal yang jauh berbeza.

" Jumlah kerajaan itu adalah dalam lingkungan anggaran yang berpatutan mengenai kosnya dengan keupayaannya dikatakan menyamai bagi SGPV-LCS ( kapal rondaan generasi kedua – kapal tempur pesisir pantai)," katanya kepada Bernama di sini hari ini apabila diminta mengulas kenyataan Pua dalam laman web itu.



Editor Asian Defence Journal Mohd Ghazemy Mahmud, berkongsi pandangan yang sama bahawa kos yang tinggi dalam mendapatkan enam LCS itu adalah rasional, jika diambil kira keupayaan dan kecanggihan kapal-kapal itu.

" Walaupun kapal-kapal itu berasaskan kepada reka bentuk korvet , ia sebenarnya dikenali sebagai LCS dan peralatannya jauh lebih canggih,
berkemampuan dan lebih unggul daripada enam kapal-kapal rondaan luar pantai (OPV) yang terdahulu dan oleh itu, kosnya lebih tinggi," katanya.

Ghazemy berkata disebabkan pembinaan kapal laut itu yang semulajadinya rumit dan kompleks, adalah mudah ia terkeliru berhubung jenis kapal-kapal laut dan kos sebenar.


"Jumlah itu (RM6 bilion) adalah anggaran standard dalam industri pembinaan kapal laut. Hanya mereka yang terbabit dalam industri itu dapat memahami mengenai pembinaan kapal laut yang secara semulajadinya agak kompleks," katanya.

"Jumlah itu (RM6 bilion) adalah anggaran standard dalam industri pembinaan kapal laut. Hanya mereka yang terbabit dalam industri itu dapat memahami mengenai pembinaan kapal laut yang secara semulajadinya agak kompleks," katanya.

Katanya pembelian itu adalah sebahagian daripada keseluruhan program yang dirancang lebih daripada sedekad lalu di mana Tentera Luat Diraja Malaysia (TLDM) mahu membina 17 kapal perang jenis korvet bagi menggantikan kapal-kapal rondaan buatan British yang dibeli pada tahun 60an dan 70an.

Dzirhan, seorang koresponden bagi Janes Defence Weekly berkata pembelian enam LCS itu bukan sahaja meningkatkan bilangan kapal-kapal armada bagi menghadapi cabaran abad ke-21, kapal-kapal yang dirangka dengan pengesan dan radar juga akan memberikan TLDM kemampuan pemantauan kelautan yang moden bagi mengesan dan mencegah kegiatan lanun dan keganasan.

" Dengan kemampuannya yang dirancang bagi penangkis udara, penangkis permukaan dan penangkis perang kapal selam, kapal-kapal itu akan dapat meningkatkan keupayaan TLDM bagi menghadapi ancaman sedemikian (lanun, keganasan dan pertikaian wilayah) semasa perang," katanya.

Berhubung isu bahawa pembelian kapal-kapal itu tidak dijalankan melalui bidaan yang kompetitif berbanding dengan negara-negara maju yang lain, Dzirhan berkata Pua mendapatkan fakta yang salah.

Dzirhan berkata sebelum itu Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata bahawa kapal-kapal itu akan dibina oleh Boustead Naval Shipyard dengan kerjasama enam limbungan kapal luar negara.

"TLDM telah memohon untuk sebut harga dan cadangan yang dikumpul dari syarikat-syarikat asing pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada 2009.

" Sebenarnya, ia telah dilaporkan sejak itu beberapa kali mengenai fakta ini dan bahawa kerajaan sedang meneliti pelbagai cadangan luar. Penelitian sebut harga dan cadangan juga dijalankan mengenai sistem persenjataan kapal-kapal, radar, peralatan elektronik dan sensor yang kesemuanya bersumber daripada pelbagai pembekal asing," katanya.

Bagaimanapun, semuanya dijalankan secara tertutup, "bukan hanya kerana kerajaan mahukannya sedemikian, tetapi juga kerana syarikat-syarikat juga tidak mahu cadangan dan tawaran harga mereka diketahui oleh pesaing mereka."

Dzirhan berkata pengalaman dalam pembinaan kapal-kapal dan pemindahan teknologi dan kepakaran akan membolehkan industri pertahanan tempatan membangunkan keupayaan bagi memenuhi matlamat kerajaan untuk berdikari sendiri dalam pertahanan.




Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate