Simbolik azan dan iqamat ketika menyambut kelahiran menjadi petunjuk
bahawa kehidupan manusia perlu dimulakan dengan nama Allah.
Manusia hari ini hidup seolah-olah tidak akan mati. Lalu mereka rosak
dan merosakkan dunia seperti firman Allah dalan surah Rum ayat 41
bermaksud telah berlaku kerosakan di darat dan laut disebabkan tangan
manusia.
Hubungan dengan Allah ialah untuk menjadi hamba-Nya yang disayang.
Seperti yang disebut dalam surah Azzariyat bahawa tidaklah dicipta jin
dan manusia melainkan untuk menyembah Allah.
Langkah membina hubungan dengan Allah :
1. Bertaubat : hati akan kotor maka ia akan menghalang hidayah dari
bertandang dalam hati.
2. Mencari Rezeki yang halal : akhlak baik dari makanan yang baik lagi
halal. Kerosakan akhlak hari ini disebabkan kesilapan mencari rezeki
yang akhirnya diperolehi dari hasil yang haram.
3. Mengamalkan syariat yang wajib
4. Berzikir setiap masa mengingati Allah samada di mulut, hati dan
dalam setiap perbuatan.
Kesimpulannya : perkara yang disebutkan di atas wajar diamal agar
hubungan yang baik akan terbina antara hamba dan PenciptaNya.
Live from : Masjid Sultan Abdul Samad KLIA
Pelik ramai betul datang masjid ni dan rasanya mana - mana masjid pun
sama ramai hadir bersolat.Tetapi PAS asyik kata kita bukan negara Islam.
PAS barangkali ternyanyuk tak reti baca buku teks anak kita yang penuh
pelajaran agama dari sekolah rendah hingga Universiti. Sebab itu Islam
di Malaysia sangat subur tapi PAS tak mahu mengaku kebaikan lawannya
walau sebesar kuman.
Kalau Pakatan perintah rasa bukan macam ni tetapi sebaliknya akan
berlaku. Kuil, wat dan Gereja akan bercambah dan masjid akan dihina
hingga berpakaian seksi masuk masjid pun tidak menjadi masalah.
Lagi kuat ceramah politik dalam masjid kalau masa tu tentu akan diberi
hadiah khasnya bukan Islam yang reti guna alquran atau hadis untuk
burukkan umat Islam seperti Nga Kor Ming atau Gobalakrishnan. Pemimpin
islam yang suka pergi gereja juga sama diberi anjan atas nama
keharmoniaan antara agama.
Sent from my iPhone
1 ulasan:
SAMBUTAN MAJLIS MAULIDURRASUL AL-KUBRO AL-JENDERAMI KE-11 : http://wp.me/piAx4-443
Sambutan Maulid al-Rasul di Baalawi KL : http://wp.me/piAx4-45i
MAJLIS MAHABBAH RASULULLAH DI SURAU/MASJID AL-MAHDI, BUKIT SUBANG : http://wp.me/piAx4-4c5
SENARAI MAJLIS2 TERKINI MAULIDURRASUL : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998
Catat Ulasan