Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 Februari 2011

Tindakan Khalid Mohon Polis Tambahan Tidak Bijak Kerana Kes Jenayah Selangor Sudah Menurun Sejak Tiga Tahun !


Faktanya : kadar jenayah di Selangor telah menurun tiga tahun berturut-turut.


Utusan Malaysia (klik sini) di halaman 5 memetik kenyataan Ketua Polis Negeri Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (gambar) yang mengesahkan kadar jenayah menurun sejak tiga tahun yang lalu.


Pada 2008 kes jenayah berjumlah 57,752 kes, diikuti 54,994 kes tahun 2009 dan hanya 49,469 kes dicatatkan tahun 2010.



Justeru alasan Khalid bahawa kadar jenayah makin meningkat adalah tidak benar dan bukan berdasarkan fakta. Bahkan kadar jenayah jelas menurun dari tahun ke tahun.

Kegagalan mendapatkan fakta tepat menyebabkan Kerajaan Selangor telah membuat tindakan yang kurang bijak (atau layak digelar bodoh) untuk memohon polis tambahan. Apatah lagi kos yang akan digunakan melibatkan wang rakyat.

Tidak mustahil jika permintaan mereka ditolak pasti ia akan diangkat menjadi isu terbaru mereka di dalam menakutkan rakyat yang akan diseramkan dengan andaian bahawa kejadian jenayah makin meningkat walhal ia tidak benar sama sekali.

Ke ada peluang bisnes dalam hal ini wahai YB Khalid ?

Sent from my iPhone

2 ulasan:

G4UMNO berkata...

Salam..........

Minta tolong link-kan blog Tuan dengan blog Saya

Teruskan perjuangan kita

g4umno.blogspot.com

G4UMNO berkata...

Salam

Minta link-kan blog saya dengan tuan

Terima kasih

Cari Blog Ini

Translate