Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 Februari 2011

Nik Aziz Berdolak Dalih Elak Debat


KOTA BAHARU, 9 Feb – Pendirian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Aziz Nik Mat yang berdolak dalik mengenai isu debat berhubung beberapa kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah, didakwa merupakan helah untuk mengelakkan debat itu diadakan.

Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan Prof Madya Mohd Noor Deris mendakwa persetujuan bersyarat yang dikenakan Nik Abdul Aziz itu adalah taktik untuk mengelak perdebatan itu menjadi kenyataan.

"Kenyataan Nik Aziz yang sentiasa berdolak-dalih berhubung isu perdebatan itu sebagai helah politik untuk mengelakkan perdebatan itu dapat diadakan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beberapa hari lalu akhbar tempatan melaporkan kesediaan Nik Abdul Aziz untuk berdebat dengan mana-mana pihak berkuasa termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan umat Islam di negara ini.

Pada Jumaat lepas, Menteri Besar Kelantan itu dilaporkan berkata tiada masalah sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam, malah beliau juga bersedia berdialog dengan majlis itu bagi menjelaskan pendiriannya.

Dua hari selepas itu pula, Nik Abdul Aziz dilaporkan meletakkan syarat supaya debat antara beliau dan Majlis Fatwa Kebangsaan atau pihak berkuasa perlu dilakukan secara terbuka bagi memastikan semua pihak dapat menilai perjalanan debat dan tidak dimanipulasi.

Sebelum itu, mengenai cabaran Mohd Noor untuk berdebat dengannya, Nik Abdul Aziz menyifatkan veteran Umno itu bukan orang yang layak berdebat dengannya.

Mohd Noor menegaskan beliau tetap bersedia berdebat dengan Mursyidul Am PAS itu secara "satu lawan satu" tanpa melibatkan pihak lain.

"Sekiranya beliau bersetuju untuk bertaubat dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia dengan fatwa yang memecahbelahkan umat Islam dan bersetuju untuk menarik balik hubungan dengan DAP yang terkenal dengan anti Islam, dan majlis taubat itu diadakan di Masjid Muhammadi, maka saya akan bertimbangkan untuk menarik balik cadangan debat saya dengannya," katanya.

Katanya debat itu wajar diadakan antara lain untuk memperbetulkan tanggapan serta kesucian ajaran agama Islam yang telah diputar-belitkan oleh pemimpin PAS, terutama Nik Abdul Aziz sendiri yang disifatkan sebagai asobiyyah.

"Dalam hal ini ingin kami tegaskan bahawa PAS memperalatkan agama demi untuk kepentingan pangkat dan harta," katanya.








Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate