Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Mac 2011

10,000 ribu rumah rakyat miskin di 100 Parlimen Dengan Kos RM50 Juta - PM


NAJIB Tun Razak membantu menyiapkan kerja baik pulih rumah penerima bantuan Projek Nadi Kasih di Kampung Gulang-Gulang, Tanjung Karang, Selangor, semalam. – utusan/Mohd. Shaharani Saibi


10,000 rumah rakyat miskin tegar dibaik pulih

TANJUNG KARANG 15 Mac – Kerajaan melalui 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan membaik pulih 10,000 unit rumah rakyat miskin tegar di seluruh negara yang akan dilaksanakan menerusi dua fasa membabitkan 100 kawasan Parlimen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek di bawah 1MDB itu membabitkan perbelanjaan RM50 juta dengan peruntukan RM5,000 bagi setiap rumah.

“Saya harap rumah yang dibaik pulih nanti sepadan dengan wang RM5,000 yang diperuntukkan,” katanya semasa berucap merasmikan Projek Nadi Kasih di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang di sini hari ini.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM500 kepada 200 pelajar miskin di kawasan Tanjung Karang bagi pihak 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib berkata sebagai kerajaan, BN memahami denyut nadi rakyat dan ada empat keperluan rakyat Malaysia iaitu kos sara hidup yang berpatutan, kediaman yang mampu dimiliki, pendidikan dan tahap kesihatan yang baik serta kos pengangkutan yang mampu ditanggung mereka.

“Ini keperluan asas rakyat Malaysia, bread and butter issue kata orang putih,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga menubuhkan 1MDB yang melalui projek khidmat sosialnya membiayai kerja-kerja pemulihan rumah uzur golongan miskin tegar.



Panglima : 1Malaysia bukan angan-angan Mat Jenin tetapi perancangan yang dilaksanakan. Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.




Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate