Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Mac 2011

Naib Presiden UMNO Belasah Anwar Sampai 'KO' !!!


KUALA LUMPUR 15 Mac – Menuduh sesuatu perkara itu sebagai satu pembohongan adalah perkara biasa kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Anwar akan mencuba apa sahaja untuk memanupulasikan apa jua fakta membabitkan dirinya untuk mendapatkan perhatian.


“Biasalah dia buat begitu, beliau akan buat apa sahaja untuk kepentingan dirinya, Tun Mahathir telah beri peluang kepadanya untuk bercakap pada malam itu, sama juga ahli-ahli Majlis Tetinggi yang lain.
“Anwar diberi peluang oleh Tun Mahathir untuk berucap dan saya saksi dan Anwar telah menjelaskan perkara itu kepada semua Ahli Majlis Tertinggi, beliau antara yang paling panjang berucap atau bercakap pada malam itu,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Anwar bahawa apa yang ditulis dalam buku berjudul A Doctor In The House suatu pembohongan adalah tidak benar dan berniat jahat.
Dalam dakwaannya,  Anwar mengatakan beliau tidak diberi peluang secukupnya untuk menjelaskan perkara itu dalam mesyuarat majlis tertinggi berkenaan yang membincangkan mengenai salah lakunya sehingga menyebabkan dipecat daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO ketika itu.
Ketika mesyuarat berkenaan pada 1998 bagi membincangkan kes salah laku Anwar, Ahmad Zahid adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Ahmad Zahid berkata, apa yang ditulis oleh Mahathir dalam buku berkenaan adalah benar dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku dan tidak berlaku tokok tambah berhubung perkara itu.
Ahmad Zahid berkata, apa yang ditulis oleh Mahathir dalam buku berkenaan adalah benar dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku dan tidak berlaku tokok tambah berhubung perkara itu.
Menurutnya, mesyuarat itu bukan hanya dihadiri antara Anwar dengan Mahathir sahaja tetapi turut dihadiri oleh semua ahli majlis tertingggi termasuk naib-naib presiden dan ketua-ketua sayap.
Tegasnya, jika ada salah laporan dalam tulisan dalam buku berkenaan, sudah pasti ada di kalangan ahli majlis tertinggi yang hadir pada malam itu akan menyuarakan ketidak benaran mengenai apa yang dilaporkan.
“Saya pasti semua yang hadir dalam mesyuarat itu diberi peluang untuk bercakap termasuk saya sendiri,  Anwar juga bercakap dengan panjang lebar dan didengari oleh semua yang hadir,” katanya.
Ahmad Zahid berkata, tidak mungkin Mahathir berbohong tetapi kalau Anwar membuat pembohongan adalah perkara biasa kerana dia sering melakukan perbuatan sebegitu.  -MediaUMNO




Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate