Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Mac 2011

Artikel KO : Lim Kit Siang - 35,100 Bible - Do or Die !!!


Artikel ini Panglima temui di sebuah portal yang baru muncul bernama Kritis Online. Portal ini dikhabarkan akan memuatkan semua artikel samada pro dan anti Kerajaan. Tujuannya untuk membuka peluang kepada semua untuk meluahkan pendapat  mereka. Selaku YDP Blogger Pembela Negara Panglima turut disenaraikan kalangan penyumbang artikel di sana bersama rakan kita seperti Pisau.  Sila baca dan sebarkan artikel baik ini. Terima Kasih !

Oleh : cintaquraina@gmail.com


Mungkin Lim Kit Siang masih menyimpan “cerita 1988”. Mungkin kes Kerajaan Malaysia lawan Lim Kit Siang [2 MLJ] masih menjadi kudis kepada beliau walaupun sudah 23 tahun berlalu. Namun prinsip litigasi kepentingan awam (public interest litigation) yang menjadi satu kes landmark kepada sistem perundangan negara menjadi senjata utama beliau dalam memainkan lanskap politik beliau. Kerana itu, apabila Lim Kit Siang bersuara, maka perlu dikaji apakah kemahuan dari “suara” yang beliau lontarkan itu.

Melihat tulisan di dalam blognya bertarikh 16 Mac 2011 (Rabu) dan 17 Mac 2011 (Khamis), Kit Siang benar-benar meluahkan rasa ketidak-puas-hati-an beliau terhadap keputusan penuh kontroversi Kerajaan Malaysia melalui Senator Datuk Seri Idris Jala yang melepaskan 35,100 naskhah kitab Injil berbahasa Melayu dari tahanan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menyerang secara bertubi-tubi, Kit Siang bukan sahaja menggunakan kronologi pelepasan naskhah-naskhah itu yang diumumkan oleh Idris Jala lewat enam (6) jam dari pengumuman Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menolak sebarang keputusan telah dibuat oleh jemaah kabinet sehingga esok (Jumaat), bahkan Kit Siang mempertikaikan mengapa pengumuman pelepasan naskhah-naskhah itu dibuat oleh seorang Senator dan bukannya oleh Menteri yang berkaitan dengan penahanan naskah-naskah itu (Hishamuddin Tun Hussein).

Jelas, mengaitkan antara satu nama dengan nama yang lain adalah “politik melagakan” yang sememangnya menjadi trademark kepada Lim Kit Siang. Walaupun alasan yang digunakan oleh beliau adalah bagi menunjukkan niat jahat (mala-fide) Kerajaan Malaysia yang dipegang oleh Barisan Nasional bagi memancing undi pengundi Sarawak, iaitu satu keputusan jangka-pendek yang hanya menguntungkan Barisan Nasional, namun merumuskan keputusan Kerajaan Malaysia tersebut dengan komentar seorang ahli akademik, Farish Noor (dalam satu forum anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dan Majlis Profesor-Profesor Kebangsaan) adalah kelihatan lebih “jahat” bilamana beliau berpendapat bahawa keputusan tersebut (melepaskan naskhah-naskhah dalam tahanan KDN) adalah "boleh" menjadi salah satu punca ketegangan perkauman serta agama yang sebelum ini melanda Pakistan, Bangladesh dan Indonesia.

Ulas Kit Siang, keputusan jangka-pendek Kerajaan Malaysia benar-benar jahat dan demi kepentingan politik semata melainkan Kerajaan Malaysia menggugurkan petisyen rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang sebelum ini berpihak kepadaHerald-Weekly Report yang mendapat hak penggunaan kalimah suci “Allah” untuk dipakai oleh semua pihak termasuk bukan Islam.

Liciknya Kit Siang, adalah dengan menghasilkan satu persepsi buruk terhadap Kerajaan Malaysia bilamana keuntungan sedang berpihak kepada dirinya. Dalam erti kata yang lain, tiada win-win situation bagi dirinya melainkan to win all.

Lim Kit Siang tidak melepaskan peluang memperolehi kemenangan dengan pelepasan 35,100 naskhah dari tahanan KDN. Beliau juga tidak akan melepaskan peluang dengan memberi tekanan supaya Kerajaan Malaysia menggugurkan petisyen rayuan dan seterusnya hak kepada Kerajaan Malaysia merayu dalam kes “kalimah suci Allah”. Dan beliau terus menekan supaya pelepasan naskhah-naskhah tersebut adalah “tanpa syarat”. Dan akhirnya beliau akan terus menjulang trofi kemenangan setelah melabelkan pelepasan tersebut sebagai satu usaha jahat Kerajaan di bawah Barisan Nasional dalam memancing undi para pengundi Sarawak.

Persoalannya, adakah Kerajaan Malaysia hanya membiarkan sahaja serangan demi serangan yang dilakukan oleh Lim Kit Siang di atas? Akankah Kerajaan Malaysia melepaskan hak untuk merayu sebagaimana termaktub dalam perlembagaan negara serta prinsip keadilan sejagat (natural justice) dalam menentukan persoalan undang-undang berkaitan kuasa pentadbir/menakbir (administrative law) dalam penahanan naskhah-naskhah kitab Injil berbahasa Melayu? Adakah Kerajaan Malaysia turut tidak berminat seterusnya melepaskan bebanan berkaitan permasalahan perundangan perlembagaan yang nyatanya menghalang agama lain dari disebarkan terutama penggunaan kalimah suci “Allah”?

Apa pun, yang kelihatan adalah Lim Kit Siang telah hampir berjaya mewujudkan persepsi bahawa segala keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia hanyalah bermotifkan politik dan beliau sifatkan ianya sebagai suatu keputusan yang jahat bagi memenangi pilihanraya Sarawak yang bakal berlangsung bila-bila masa dari sekarang.

Sebenarnya, saya secara peribadi berpendapat bahawa Lim Kit Siang tidak pernah lupakan peristiwa 1988 terutama apabila beliau ditahan di dalam “operasi lalang”. Hari ini, dengan dendamnya, ditambah intuisi untuk menjadi pemerintah baru negara menjelang pilihanraya umum ke 13, Lim Kit Siang akan buat segala-galanya secara do or die – suatu pendekatan yang kini diamalkan oleh Anwar Ibrahim. Buat selagi boleh!

Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate