Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Mac 2011

Ayuh Sebarkan - Kaum India Dikhianati Tiga Wakil 'Interlok'-nya dan Video Azmin Ali Panggil Gobala 'Paria' !!!


Selepas isu 'paria' dalam novel Interlok yang ditulis beberapa tempat menjadi isu, kaum India telah marah dengan keputusan Kerajaan menggunakan buku "Interlok" karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussain yang memaparkan tema mengenai integrasi tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India seawal tahun 1900-an hingga merdeka, sebagai teks Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu untuk Tingkatan Lima.


NONEEkoran itu kerajaan membuat jawatankuasa (lihat gambar) dan menjemput tiga wakil kaum India bersama-sama berbincang. Menurut laporan Malaysiakini semalam, penulis, Uthaya Sankar yang juga seorang anggota panel itu dan dua rakannya bertindak meninggalkan mesyuarat kerana berasa dikhianati. Dua lagi wakil masyarakat India adalah Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr NS Rajendran dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran G Krishnabahawan.


Namun malang sekali tiga wakil tersebut telah keluar dari mesyuarat tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada kaum mereka yang sangat berharap kehadiran mereka bertiga ke mesyuarat tersebut akan dapat menjernihkan isu 'Interlok'.  Keengganan mereka meneruskan perbincangan dilihat sebagai satu tindakan 'mengkhianat' kepercayaan Kerajaan menerima mereka mewakili kaum India. Jelas ia akan mengeruhkan lagi keadaan bukan meredakannya.

BUKU Interlok yang didakwa mengandungi unsur sensitif serta boleh menyinggung perasaan kaum Melayu dan India.
Maka kaum India sepatutnya marah apabila wakil mereka yang telah 'berpaling tadah' dari terus berada dalam mesyuarat jawatankuasa mengkaji novel Interlok. Jelas sekali dalam hal ini usaha baik kerajaan melalui Kementerian Pelajaran tidak dihargai oleh tiga ahli wakil kaum India tersebut dengan mengangkat kaki lebih awal sebelum perbincangan selesai. Meskipun Presiden MIC memberi jaminan kesemua mereka akan terus kekal dalam jawatankuasa tersebut, tetapi insiden ini sebenarnya memalukan kaum India sendiri yang memperlihatkan kegagalan mereka berbincang dengan baik untuk mencari penyelesaian isu yang menjadi punca kemarahan kaum India di Malaysia.

Panel itu yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran dan dianggotai lapan orang yang terdiri daripada pakar bahasa, ahli akademik, sasterawan, wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta wakil masyarakat India adalah inisiatif Kerajaan bagi mendengar suara rakyat dalam era 'Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan' dalam gagasan 1Malaysia.

Kes yang sama berlaku pada Teoh Beng Hock sebelum ini. Selepas ditubuhkan Suruhanjaya untuk menyiasat kematian mendiang, pihak pembangkang yang menuduh pihak Kerajaan membunuh Teoh Beng Hock telah mengambil keputusan menarik diri dari terlibat dengannya. Sedangkan mereka sudah menjadikan isu kematian TBH dalam kempen politik mereka demi membangkitkan kemarahan rakyat terhadap negara. Jelas nawaitu mereka hanya satu - untuk terus memburukkan kerajaan tanpa mengambil kira risiko yang boleh berlaku jika isu sensitif ini dimainkan agar keuntungan politik akan dapat dicapai dalam suasana menjelang PRU 13 akan datang.

Sepatutnya kesediaan Kerajaan menubuhkan jawatankuasa Interlok dan Suruhanjaya Teoh Beng Hock disambut baik dan disokong bukan sebaliknya. Selepas ini tidak ada sesiapa pun boleh mengkritik kerajaan jika permintaan mereka tidak dilayan, kerana apa yang berlaku hari ini jelas menunjukkan ketidakikhlasan pembangkang yang memainkan isu-isu perkauman dengan tujuan mencari sokongan,bagi merosakkan sokongan rakyat kepada kerajaan bukan untuk mencari penyelesaian isu tersebut.


Apa kata jika selepas ini ditubuhkan Jawatankuasa menyiasa tindakan Timbalan Presiden PKR yang pernah menghina ahlinya sendiri dengan perkataan 'paria' seperti video di bawah



nota : gambar buku dari Berita Harian dan gambar jawatankuasa Malaysiakini.


kemaskini : 9.27 pagi

Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah

5 ulasan:

AJAI62 berkata...

Assalam Bro

Itulah natijahnya bila semua perkara dipolitikan oleh puak pembangkang untuk memenuhi inspirasi dan agenda sempit politik mereka. Tak ada pun puak ni menafikan yang kasta pariah tu kasta paling rendah hairakinya di Malaysia... Ada?... Pemimpin mereka pun tak berani nak nafikan... Sejarah tidak akan berubah tetapi manusia akan cuba merubah sejarah....

ibu berkata...

Abang pang5 sayang, abang kenal tak siapa Abdullah Hussain tu? Hang ada baca novel dia tajuk IMAM tak? Lawak betul hang ni..

ibu berkata...

Panglima perang sayang, hang pernah baca tak novel IMAM karya Abdullah Hussain? Hang baru berapa tahun masa tu, hang tak tahu siapa dia Abdullah Hussain ni...

ibu berkata...

Panlima sayang. Hang kenal tak siapa Abdullah Hussain? Hang ada baca novel IMAM dia ke? Masa tu hang hingus lagi..mana hang tahu siapa dia...

ibu berkata...

Panglima perang, hang pernah baca novel IMAM karya Abdullah Hussain tak? Hang kenal tak siapa dia???

Cari Blog Ini

Translate