Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Mac 2011

Catatan Sehari Bersama Datuk Seri Zahid @ Bagan Datoh Siri 2




Pagi tadi sebahagian perjalanan Panglima ke Bagan Datoh Perak menyertai program Datuk Seri Zahid Hamidi telah dipaparkan di sini. Petang ini seperti yang Panglima janji, sambungan perjalanan yang belum dihabiskan. 

Seterusnya selepas selesai program di Taman Kayangan menghadiri program pencegahan jenayah yang dirasmi oleh DSZH, Panglima kemudian meneruskan perjalanan ke SK Simpang Empat, Hutan Melintang untuk program Motivasi UPSR yang juga dirasmikan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi selaku Ahli Parlimen Bagan Datoh. 





Dalam ucapan DSZH beliau meminta pihak sekolah agar meneruskan tekad mencipta kejayaan lebih besar pada masa akan datang. Bahkan beliau sanggup menambah sumbangannya kepada sekolah jika kejayaan lebih besar dapat dicapai pada masa akan datang. 



DSZH juga meminta agar pihak penganjur jangan kecil hati jika beliau makan sedikit sahaja semasa hidangan tengah hari kerana terpaksa mengejar beberapa belas program lain pada hari yang sama. Satu perkara yang Panglima perhatikan sepanjang mengikuti program bersama beliau ialah ucapan DSZH yang ringkas tetapi padat serta mencuit hati hadirin menjadikan rakyat yang hadir tanpa mengira fahaman politik merasa terhibur dann gembira dengan beliau. 


Selain itu beliau sangat rajin bersalam dengan semua yang hadir di majlis yang dirasmikannya sehingga setiap orang merasa sangat dekat dengannya.Pendekatan sebegini jika dipraktikkan oleh setiap pemimpin Barisan Nasional tentu akan menjadikan mereka lebih diterima dan disokong oleh rakyat.

Lagi gambar semasa program ada di bawah 

khusyuk menadah tangan

doa juga usaha 

hadirin sedang berdoa

guru dan ibubapa yang hadir

ucapan perasmian DSZH

rakan baik DSZH Datuk Mustafa yang turut hadir


Selepas ini, kenali ayahanda DSZH yang ahli agama dan masih sihat ketika usia mencecah 85 tahun dan sambutan hangat penduduk Cina semalam.


Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate