Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Mac 2011

Krisis Blogger Elit VS UMB Selesai - Tun Faisal



Krisis Blogger Elitis yang menyerang sesiapa sahaja yang tidak disukai berdasarkan info yang diperolehi telah mencetuskan krisis dengan Unit Media Baru Pemuda Umno Malaysia. Blogger yang berlainan dengan Blogger Nyamuk atau Blogger geng lain ini memang digeruni kerana boleh menjahanamkan kawan dan lawan.

Ada orang berpandangan UMB adalah alat Khairy Jamaluddin atau di bawah KJ dalam Pemuda  dan mesti dimusnahkan tanpa menyedari situasi yang sebenar. Barangkali mereka fikir kecemerlangan UMB boleh menaikkan nama KJ dan atas dasar itu barangkali mereka guna untuk jatuhkan UMB. Kebenciaan melampau adakalahnya memudaratkan diri kerana boleh mendorongkepada terlebih guna emosi dari fakta yang asli.


Sedangkan UMB berperanan menggerak serta menjaga bloggers parti UMNO untuk menguatkan jentera siber untuk PRK atau PRU akan datang. Blogger yang tidak bernaung bawah parti sudah tentu tidak terikat dengan apa juga undang-undang tubuh parti dan mereka bebas mencatur arah penulisan mereka sendiri. Namun bloggers Umno atau BN tentu perlu mematuhi arahan komander perang siber mereka iaitu UMB. Jika ada gosip liar tentang UMB maka siasatan dalaman perlu dilakukan untuk pastikan kesahihannya.

Kesungguhan Tun Faisal bertemu UMB Melaka termasuk Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Datuk Syed Akhbar Ali dengan dihadiri UMB Melaka Saudara Karim dan Shahnor dua hari lepas di Melaka, maka isu ini dikhabarkan akhirnya telah dapat diselesaikan. Sila baca huraian Tun Faisal yang terkini berkenaan krisis UMB Melaka yang hampir dibubar di bawah :


Didoakan UMB akan diberi peruntukan besar untuk memudahkan para bloggers dibantu samada dalam bentuk latihan, peralatan, maklumat dan sebagainya. Jangan biarkan perkara yang sama berulang akibat kegagalan UMB memperolehi dana mencukupi untuk menjaga kebajikan bloggers. Yang akan buruk nama tidak lain parti keramat kita juga akhirnya.

Dengar cerita krisis bloggers dari Semenanjung sudah berjangkit ke Sarawak dimana UMB Sarawak mahu mereka diletakkan di hadapan untuk PRU Sarawak. Ulasan oleh Audie61 di sini http://audie61.wordpress.com/author/audie61/.


Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

1 ulasan:

Jeffry berkata...

Blogger cari makan. Ada makan ada fitnah, takde makan takdelah isu nak fitnah. Kah!...

Cari Blog Ini

Translate