Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Mac 2011

Gambar Skandal Ketua Wanita UMNO Shahrizat Terbongkar ?



Selepas diumumkan kalah blogger PAS Greenboc telah memainkan gambar di bawah. Lihat tulisan beliau di link ini. Ditulis dengan tajuk : 1Malaysia berjaya - Shahrizat dipeluk apek.

Bagi Panglima isu ini menunjukkan bahawa blogger PAS sudah kehabisan isu. Lalu isu seorang warga emas memegang bahu Shahrizat dijadikan isu walaupun cukup rendah kualiti isu tersebut. Ini menunjukkan juga bagaimana perbuatan memanipulasi fakta telah berlaku sehingga adengan PEGANG bahu ditulis PELUK oleh blogger tersebut. Shahrizat juga nampaknya tidak menyangka adengan ini akan berlaku.

Apa lagi mereka mahu sebenarnya ? Ya, kerana terlalu kecewa mereka tidak lagi segan menggunakan apa jua bahan yang terlintas depan mata untuk 'memuaskan' nafsu amarah yang terpendam ! Cukuplah wahai rakan bloggers PAS atau PKR dan gunakan isu yang 'tinggi kualitinya' dari memainkan isu murahan ini. Kepada DS Shahrizat - berhati-hati dan sabarlah menempuh kutukan liar ini. Allah bersama orang-orang yang benar....


Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

1 ulasan:

jie berkata...

kadang2 dalam situasi tertentu kalau nak bertindak kita kena pk gak air muka orang lain. saya percaya sharizat pun tak sangka kan akan ada tindakan yang sebegitu dari apek tu. itu kejadian diluar kawalan. elok lah kita berbaik sangka lagipun kejadian itu berlaku di depan orang ramai bukan berdua2duaan dalam koch keretapi ke bilik hotel ke.

Cari Blog Ini

Translate