Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Mac 2011

Gempar : Rahsia Kesultanan Perak Terbongkar Di Beting Beras Basah Hari Ini !!!



Alhamdulillah Panglima baru sahaja tiba di rumah dari lawatan ke Bagan Datoh Perak. Program sehari bersama Menteri Pertahanan dan juga Naib Presiden Umno di sana yang disertai sekumpulan bloggers dan facebookers sangat bermakna kepada diri Panglima. Banyak perkara telah diperolehi dan banyak 'rahsia' telah dibuka oleh Allah. Antaranya cerita Beting Beras Basah. Kunjungan kami ke sana dibantu oleh Pak Ayob seorang warga tempatan yang menerangkan sejarah tempat berkenaan dengan mendalam. Jarak rumah ibubapa DS Zahid Hamidi dengan Beting Beras Basah mengambil masa 10 minit sahaja menggunakan jalan darat.

Memandangkan jam kini sudah 2.55 pagi dan badan pun dah penat sangat maka Insya Allah artikel seterusnya tentang program hari ini akan menyusul esok pagi. Terlalu banyak perkara ingin dikongsi bersama. Tetapi berikan saya sedikit masa sebelum ia disiarkan di sini untuk tatapan anda semua. Sementara itu, anda bolehlah membaca kisah Beting Beras Basah di Bagan Datoh ini seperti mana yang diterbitkan di bawah. 

Terima kasih kepada DS Zahid Hamidi dan pegawai khas beliau En Zamri yang sudi menjemput kami pengendali media baru untuk mengenali lebih dekat kehidupan sebalik tabir beliau sebagai Ahli Parlimen Bagan Datoh.  Peluang ini rezeki terpijak memandangkan khabarnya ramai blogger Semenanjung kini berada di Sarawak tidak dapat turut serta kali ini. Jemputan ini sangat dihargai Panglima kerana bukan semua dapat atau diundang untuk bersama Menteri Kanan Kabinet Malaysia DS Zahid Hamidi dari pagi hingga malam. Bayangkan 13 program bertemu rakyat berbagai kaum berjaya dihabiskan sejak 9 pagi hingga 9 malam bertemu segenap lapisan masyarakat. 

Tenaga yang ada boleh kalahkan orang muda beb ! 

Ok jumpa lagi esok dan banyak 'rahsia' ke Bagan Datoh kali ini akan dibuka apabila tiba masanya...







Pantai Beras Basah
DS Zahid Hamidi telah menaik taraf tempat ini semasa menjadi Menteri Pelancongan


Beting Beras Basah adalah sebuah tempat yang terletak di muara Sungai Perak berhampiran dengan pekan Bagan Datoh, Perak. Terdapat dua cara untuk sampai ke Beting Beras Basah iaitu dengan melalui jalan darat dan jalan laut. Dari Teluk Intan, jika melalui jalan raya jaraknya ialah sejauh 45 km menuju ke Pekan Bagan Datoh. Setelah sampai di pekan tersebut, pengangkutan seterusnya ialah dengan menaiki bot atau sampan untuk ke sana atau melalui Kampung Sg Balai dengan mengikut jalan darat yang mempunyai jambatan. 


Selain melalui Kuala Sungai Perak, Beting Beras Basah juga boleh dilawati melalui jalan pintas iaitu dari Kampung Sungai Balai Baroh, Bagan Datoh, dengan menempuh jalan tar kecil sejauh enam kilometer yang hanya boleh dilalui dengan motor dan kenderaan kecil sahaja. Satu lagi cara ialah dengan meredah jalan kebun kelapa sawit dari pekan kecil Rungkup. Dari situ, kenderaan perlu ditinggalkan dan terpaksa berjalan kaki meredah paya bakau sejauh hampir setengah kilometer.


Sejarah Kesultanan Perak bermula pada awal abad ke 15 iaitu pada tahun 1528 dimana Sultan Perak yang pertama, Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah I telah ditabalkan di Beting Beras Basah, di kuala Sungai Perak berhampiran pekan Bagan Datoh. Sebelumnya, dua pembesar Perak iaitu Tun Saban dan Nakhoda Kassim telah menghadap Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang bersemayam di Kampar untuk memperkenankan seorang puteranya untuk dijadikan Sultan Perak. Baginda telah memperkenan permintaan tersebut dan mengarahkan putera keduanya iaitu Raja Muzaffar Shah ke Perak.

Sewaktu Bahtera baginda menghampiri di kuala Sungai Perak dan sampai ke kawasan Beting Beras Basah, bahtera baginda telah dipukul ombak yang besar dan terdampar secara tiba-tiba diatas satu beting ditengah lautan tersebut. Baginda telah mengarahkan supaya dibuangkan ke laut barang-barang yang berat, namun laut tetap bergelora. Lalu baginda pun berseru :

"Sekongkong Tanah Minangkabau
Selilit Pulau Perca
Di lengkong ular Saktimuna
Perpisahan Beta di selat Melaka
Jika Sah Beta Raja berdaulat
Lepaslah sekalian malapetaka"


Sultan Muzzaffar lantas mengambil mahkota baginda lalu membuangnya ke dalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora itu tenang kembali seperti biasa. Bahtera baginda dapat belayar semula seperti sediakala. Serentak dengan itu, Tun Saban dan pengikutnya melaungkan "DAULAT TUANKU" dan baginda Sultan Muzzaffar Shah pun ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama di Beting Beras Basah. Disebabkan peristiwa tersebut, baginda telah mengambil keputusan untuk mendarat di Beting Beras Basah dan ditabalkan sebelum meneruskan pelayaran baginda.

Sejak itu, setiap Sultan Perak yang akan ditabalkan disyaratkan datang ke Beting Beras Basah ini untuk istiadat pertabalan pusaka dan bersiram tabal dan beberapa upacara lain yang akan disempurnakan oleh Pawang Diraja. Selain Sultan, Raja Perempuan juga harus melakukan upacara yang sama. Kali terakhir upacara tabal raja ialah sewaktu pertabalan Sultan Azlan Shah dan Raja Perempuan Bainun pada penghujung tahun 1985. Menurut cerita orang-orang tua di Bagan Datoh, sewaktu Almarhum Sultan Idris hendak ditabalkan menjadi Sultan Perak ke 33, dalam tahun 1963, baginda telah menyusur menggunakan sampan kecil hingga sampai di tapak tempat Sultan Muzaffar Shah mendarat pada 1528.


Sejarah lama ada menyebut bahawa Raja Ahmad yang merupakan putera kedua Sultan Abdul Malek Shah (Sultan Perak ke 19 yang bertakhta dari tahun 1808 hingga 1825) adalah merupakan seorang Pawang Diraja yang sangat masyhur satu masa dahulu. Sebagai Pawang Diraja, Raja Ahmad sangat arif tentang kejadian-kejadian ghaib termasuk yang berhubungkait dengan makhluk halus. Atas kebolehannya itu, baginda dilantik oleh kekandanya Sultan Abdullah Muazzam Shah, Sultan Perak ke 20 (1825 – 1830 ) untuk menjaga jin kerajaan negeri Perak di Beting Beras Basah di Kuala Sungai Perak. Raja Ahmad mangkat ( terjatuh di Kuala Sungai Terus ) kira-kira dalam tahun 1827 dan selepas itu, tidak diketahui siapa penjaga Jin Kerajaan Negeri Perak seterusnya.



Lagi cerita :


Di Negeri Perak sebelum tahun 1520, ada dua orang Mubaligh Islam adik beradik yang datangnya daripada Mekah. Kedua Mubaligh Islam yang tersebut itu yang tua nya bernama Syed Ali dan yang muda nya bernama Syed Abdul Manaf. Maka kedua Mubaligh yang ulung itu telah mengIslamkan ramai orang-orang Melayu Perak pada ketika itu dan kedua Mubaligh tersebut terkenal dengan nama Keramat Mata Kucing dan Keramat Mata Sabun.

Di Negeri Perak pada masa yang tersebut, Raja nya belum bergelar Sultan, hanya dengan nama HALUAN. Maka Haluan Negeri Perak pada masa itu bernama Tok Masuka dan orang-orang besarnya diantaranya bernama Tun Saban, Nakhoda Kassim, Puteri Darah Putih anak Penghulu Semang, Hulu-Perak. Didalam pemerintahan Haluan Paduka Tok Masuka pada masa itu maka mulalah ramai orang Melayu Perak menukarkan ugama mereka daripada Hindu dan ugama Buddha kepada Ugama Islam. Dengan adanya Ugama Islam yang baru muncul itu maka banyaklah adat-adat istiadat yang terkenal dengan nama Adat Istiadat Gangga Nagara diubah satu demi satu, daripada upacara acara Hindu kepada acara mengikut syariat Islam. Dengan campur tangan kedua Keramat Mubaligh Islam Arab itu berkenaan dengan masyarakat Melayu Perak yang dinamakan Adat Istiadat Melayu Perak. Ini telah secara tidak langsung menjadikan Tun Saban, pembesar Perak ketika itu tidak senang hati.

Pada suatu hari,, Tun Saban telah memberi perintah supaya kedua Keramat Mubaligh Islam itu dibunuh. Seorang puteranya yang bernama Tun Kelewang menyahut perintah tersebut. Maka Tun Kelewang pun mengambil senjatanya dan turun menuju ketempat dua Keramat Islam itu, maka tujuan nya ialah untuk menamatkan riwayat kedua Keramat Mubaligh Islam yang tersebut. Mana-mana rakyat yang tahu akan peristiwa yang bakal berlaku tersebut menunggu-nunggu akan peristiwa ngeri itu berlaku.

Didalam perjalanan Tun Kelewang di tengah jalan, dengan tak semena mena berbunyilah halalintar membelah bumi dengan kuatnya, didalam kilat menyabung itu Tun Kelewang pun terkena petir dan gugurlah kebumi lalu mati lah ia disitu juga. Maka petir itulah senjata yang didatangkan Allah swt bagi membunuh musuh kepada kedua Keramat itu. Dengan kematian Tun Kelewang yang diluar jangkaan dan dugaan, semenjak itu orang-orang Perak baharulah mengatakan dua Mubaligh Islam itu Keramat.

Satelah mati Haluan Tok Paduka Masuka Perak didalam lingkungan tahun 1525, maka kedua Kerabat iitulah yang memberitahu kepada Tun Saban, supaya, iaitu :-

1.    Nama gelaran HALUAN digantikan dengan nama gelaran SULTAN.

2.    Kerana Tok Masuka tidak mempunyai zuriat anak lelaki, maka Sultan pertama Negeri Perak hendaklah diambil Raja Muzzaffar Shah, iaitu putera kepada Sultan Mahmud Shah, Kampar (Sumatera), bekas Sultan Melaka yang akhir, ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama dan ulung.

Tun Saban mahu tidak mahu terpaksa menurut kata sebagaimana yang dikehendaki oleh kedua Mubaligh Islamm itu, terpaksalah dilaksanakan juga. Pada tahun berikutnya berlakulah peristiwa Pertabalan Kesultanan Negeri Perak dan nama Haluan Negara (Gangga Negara) ditukarkan kepada nama Negeri Perak.  Raja Muzzaffar Shah telah ditabalkan sebagai Sultan Perak yang Pertama dengan gelaran Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah 1.

Daripada ajaran Islam kedua Mubaligh Islam itu maka  ada lima Orang Besar Perak menjadi alim didalam Ilmu Ketuhanan. Maka empat yang menjadi Keramat dan seorang menjadi Rijaibul'Ghaib, maka Orang Besar yang menjadi Keramat itu ialah :-

1.    Nakhoda Kassim, yang terkenal dengan nama Keramat Beting Beras Basah.

2.    Isteri Nakhoda Kassim yang bernama Puteri Darah Putih anak Penghulu Semang.

3.    Anak angkat Nakhoda Kassim yang dikenali dengan nama Tok Pelandok.

4.    Isteri Tok Pelandok, anak nagkat Puteri Darah Putih, terkenal dengan nama Keramat Tok Temong.

Tun Sabah yang dahulunya memusuhi kedua Keramat Arab yang tersebut, akhirnya menjadi sahabat karib Keramat Mata Sabun dan Keramat Mata Kucing.  Walau bagaimana berlaku perbelahan dan persengkataan dengan Sultan Perak ketika itu dan Tun Saban telah di bunuh oleh Megat Terawis atas perintah Sultan. Namun ada orang yang mengatakan Tun Saban tidak mati malah beliau telah ghaib menjadi Rijaibul'Ghaib.

Bermula daripada tahun era berikutnya Negeri Perak telah di perintah oleh Sultan mengikut salahsilah Undang-Undang 99 Negeri Perak. Sahingga kini Negeri Perak telah diperintah oleh 34 orang Sultan......



info klik sini  


Lihat pertabalan Sultan Perak pada 1985 di bawah :



Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah

8 ulasan:

Bingai @ Bangang berkata...

Copy peta pejabat PKR kat blog aku dan letak kat sini untuk memudahkan orang ramai berdemo mendesak nuar serahkan DNAnya hari ini jam 11.30 pagi.

Bingai @ Bangang
Ke Pejabat PKR?

lidey lim berkata...

teringin nak p tengok tempat ni..

lidey lim berkata...

teringin nak p tengok tempat ni..

Tanpa Nama berkata...

Aku anti raja2. Tak sedar diri..... pagi mampos lagi baik. Hari2 kangkang, rakyat kerja banting tulang cari rezeki. Cuba tengok suku sakat d orang perangai mcm setan.

tyto sariano berkata...

salam alaikum kpd penulis cerita beting beras basah. .saya sgt berminat tentang waris rijaibul ghaib tu. .saya prnh ke beting beras basah 5tahun lalu untuk pertabalan di sana. .tringin nk kongsi cerita dan ingin tahu cerita sebenarnya. .

Tanpa Nama berkata...

a'kum....Saya sangat berminat dan ingin tahu lebih lanjut. Takde cerita terbaru ke?

Unknown berkata...

Bagi yg faham ghoib maka fikir dan renungkan

Tanpa Nama berkata...

Hai semua

Nama saya FRADESY RIRITIA, saya berasal dari indonesia, saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu anda semua kebenaran, setiap orang yang anda lihat pada catatan mereka di blog dan laman web ini adalah pencuri (SCAMMERS), saya telah menjadi mangsa cerita mereka dan mereka telah merosakkan hidup saya.
Saya tidak berada di sini untuk memberitahu anda kisah bagaimana saya ditipu dan bagaimana saya kehilangan banyak wang kepada mereka.

Saya di sini untuk memberitahu anda SYARIKAT PINJAMAN sebenar dan sahajalah yang ALLAH hantar untuk mengubah hidup saya, mereka adalah SEMUA PINJAMAN GRANT GLOBAL, mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen yang diiktiraf dan dibiayai oleh WORLD BANK.

Mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen, mereka mempunyai syarat dan syarat pinjaman yang cukup besar, untuk menutup semua pinjaman mereka adalah berpatutan dan cepat dilupuskan tidak seperti syarikat palsu lain yang anda lihat di sini dalam talian yang akan mengambil wang anda tanpa mengeluarkan pinjaman anda,
Tolong jangan tertipu oleh saksi yang mempunyai nombor dan whatsapp indonesia, mereka semua penipu, bagaimana syarikat individu boleh memberi pinjaman ?, itu harus menjadi pertanyaan pertama anda.

Rakan-rakan saya di Asia, saya mohon agar anda mendengarkan saya ketika saya bersumpah kepada anda dengan nama Allah, bahawa saya mengatakan kepada anda semua kebenaran, Syarikat ALL GLOBAL GRANT LOAN, satu-satunya syarikat yang boleh dipercayai dan mereka akan memastikan anda menerima pinjaman anda setelah anda menyelesaikan proses pinjaman seperti yang diperlukan.

Mengapa anda tidak menjadi antara berita baik ini dengan menghubungi mereka segera jika anda SANGAT MENARIK untuk meninggalkan perjuangan kewangan anda dan meningkatkan tahap kehidupan anda, berikut adalah EMAIL allglobalgrantloan@gmail.com.

Anda bebas menghubungi saya di EMAIL fradesyriritia12@gmail.com saya untuk maklumat lebih lanjut, saya dengan senang hati akan mendengar anda berkongsi kisah kebahagiaan anda sendiri.

Terima kasih semua, dan semoga ALLAH memberkati SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL kerana memberi saya kegembiraan baru ini.

NAMA Syarikat: SEMUA PINJAMAN GRANT GLOBAL syarikat: allglobalgrantloan@gmail.com. Whatsapp Syarikat: +1 (304) 997-4034
E-mel saya: fradesyriritia12@gmail.com

Cari Blog Ini

Translate