Tohmahan kapal selam tidak benar - Abdul Aziz
KOTA KINABALU 10 Mac - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini mencemar duli menaiki kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman (TAR) di perairan Laut China Selatan.
Seri Paduka yang diiringi Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menghabiskan masa kira-kira dua jam setengah melakukan pelayaran ulung bermula di Markas Angkatan Kapal Selam di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Sepanggar.
Dalam pelayaran itu, Tuanku Mizan turut diiringi aset-aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti KD Lekiu, KD Kedah, Helikopter Super Lynx, helikopter S70 Black Hawk dan Helikopter Nuri.
Abdul Aziz berkata, dengan keberangkatan Seri Paduka, sekali gus membuktikan segala tohmahan negatif sesetengah pihak mengenai kapal selam negara selama ini adalah tidak benar.
Malah, katanya, ia jelas menunjukkan kesiagaan kapal selam negara sentiasa berada pada tahap yang tertinggi.
"Hari ini, TLDM telah mencatat sejarah dengan melakukan penyelaman bersama Yang di-Pertuan Agong termasuk melakukan selaman ke kedalaman yang maksimum bagi kapal selam jenis Scorpene.
"Jadi, segala tuduhan yang tidak berasas ke atas kapal selam negara yang mengatakan kapal selam tidak boleh menyelam adalah tidak benar dan satu pembohongan kepada rakyat Malaysia," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, semasa pelayaran, Seri Paduka telah berkenan menyaksikan pelbagai demonstrasi seperti demonstrasi melawan kebakaran dan 'water shot'.
"Demonstrasi tersebut menunjukkan keupayaan kapal selam mengesan sasaran dan pada jarak yang jauh sebelum dikesan oleh musuh.
"Dalam demonstrasi yang telah ditunjukkan kepada Yang di-Pertuan Agong, jelas menggambarkan kapal selam KD TAR berkeupayaan mengesan sasaran dari jarak jauh dan telah melakukan simulasi penembakan seakan-akan menembak torpedo ke atas sasaran," katanya.
Tambahnya, Tuanku Mizan juga berpuas hati dengan keupayaan yang telah ditunjukkan oleh kapal selam negara dan anggota kapal selam.
Sebelum ini, katanya, KD TAR juga telah berjaya melancarkan misil dari bawah permukaan ke permukaan air di perairan Laut China Selatan pada 26 Julai tahun lalu.
"Misil tersebut telah mengenai sasaran berukuran 40 meter panjang di permukaan laut pada jarak 40 kilometer selepas dilancarkan dari kedalaman 550 meter yang mana ia sukar dikesan oleh sistem penderia bawah air mana-mana kapal di permukaan," ujarnya.
Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah
1 ulasan:
lepas ni pembangkang nak kata apa lagi? tak kan nak kata YDP Agung berlakun dalam bilik stimulasi?
Torpedo dah kecut dan takleh meletup? ikat jer kat torpedo tu dan arahkan kat spore.
Catat Ulasan