Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Mac 2011

Lagu Frank Sinatra - My Way (dengan lirik) Kesukaan Tun Mahathir @ Jom Layan !!!


Memang dengar lagu penyanyi tersohor Frank Sinatra My Way ini rasa macam dibuai-buai oleh keindahan melodi dan kata-katanya. Lagu yang sudah berjuta-juta ditonton dan dilayari seluruh dunia ini memang sudah lama popular. Keindahan lagu pada yang berkait rapat dengan kekuatan bait perkataan dan nada yang seimbang maka lagu ini sangat diminati khasnya oleh bekas PM kita Tun Mahathir Mohamad.


Ramai tokoh hebat meminati perkara yang hebat seperti lagu ini dan kita kena kaji kesukaan mereka dan mencari rahsia di sebaliknya. Kadang kala lagu boleh menjadi aspirasi untuk menaikkan semangat berjuang dan mengatasi tekanan yang datang dari atas bawah kiri kanan depan belakang. Mendengar lagu tidak salah tetapi menyalahkan lagu itu punca jauh kita dari mengingati Allah adalah tidak boleh sama sekali. Diri sendiri yang tentukan kerana ada orang boleh mengingat Allah di mana dan pada apa sahaja yang dilihat dan didengar olehnya walaupun pada bait puitis lagu biasa.

Mari layan lagu ini apatah lagi jika anda kebosanan dan semakin bagus lagi jika bacaan Al Quran juga antara yang paling disukai kita sebagai umat Islam. Bahkan lagi afdhal jika ia dijadikan halwa telinga pertama sebaik sahaja celik mata. Sebelum diikuti lagu-lagu lain yang tidak salah mendengarnya selagi tidak melalaikan kita dari mengingati ALLAH MAHA ESA.


Moga ALlah memberkati kita dan perjuangan kita yang mulia ini. Insya Allah !!!


Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

1 ulasan:

dzimba berkata...

good one..release tension sikit..haa haa

salam perjuangan

Cari Blog Ini

Translate