Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Mac 2011

Suami Rosmah Bentang Usul Takziah & Simpati Serta Doa Kepada Rakyat Jepun Di Parlimen - Pukulan KO Kepada Fuckatan !!!


Isu Rosmah mengulas isu tragedi Tsunami di Jepun cuba digunakan oleh pembangkang. Satu persatu pemimpin dan bloggers mereka memainkan isu ini. Ya, menyerang seorang wanita yang kebetulan menjadi isteri Perdana Menteri demi menjatuhkan maruah suaminya yang ditakdir Allah menjadi pemimpin/ulil amri kita di Malaysia. Serangan difokuskan kepada ulasan Rosmah yang disifatkan menghina rakyat Jepun cuba dimainkan. Namun ia dipatahkan dengan mudah oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dengan membentangkan usul takziah kepada rakyat Jepun di Parlimen semalam. Lihat berita selanjutnya di bawah... 


Najib Tun Razak bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai upacara bertafakur tanda penghormatan kepada mangsa tsunami di Jepun sebelum usul gempa dan tsunami di Jepun dibentangkan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Kedua Belas 2011 di Bangunan Parlimen, semalam.



KUALA LUMPUR 17 Mac – Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan usul bagi merakamkan ucapan takziah dan simpati yang sangat mendalam kepada kerajaan dan rakyat Jepun yang dilanda bencana gempa bumi dan tsunami pada Jumaat lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengemukakan usul itu selepas sesi soal jawab berkata, Kerajaan Malaysia merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Jepun atas segala bantuan yang diberikan kepada rakyat Malaysia terutama penuntut-penuntut yang terjejas oleh malapetaka itu.

Najib berkata, adalah wajar bagi Malaysia menawar dan menghulurkan apa jua bentuk bantuan yang termampu memandangkan Jepun mempunyai hubungan yang akrab dengan Malaysia.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia memberikan sokongan dan bantuan dari segi material, emosi dan moral kepada mangsa-mangsa bencana dan malapetaka itu.

“Saya juga merayu masyarakat antarabangsa untuk terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Jepun. Perkara yang berlaku ke atas negara Jepun dan rakyatnya adalah sesuatu yang amat menyedihkan seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa.

“Dengan itu, Malaysia sebagai salah sebuah negara yang mempunyai hubungan akrab dengan Jepun turut merasakan beban yang terpaksa ditanggung oleh mereka,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersyukur kerana kesemua rakyat dan penuntut Malaysia yang berada di Jepun dapat dihubungi dan dilaporkan berada dalam keadaan selamat di pusat-pusat pemindahan yang disediakan Kerajaan Jepun.

“Ini membuktikan pihak berkuasa Jepun mengambil berat dan prihatin terhadap keselamatan bukan sahaja rakyatnya, malah warga asing termasuk Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia wajar bersama-sama mendoakan agar Jepun dilindungi daripada bencana gempa bumi dan tsunami serta dapat membangunkan semula kawasan yang musnah dalam malapetaka itu.

Seramai sembilan Ahli Parlimen menyertai perbahasan usul tersebut sebelum Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menggulung perbahasan.






Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

1 ulasan:

MHsmartproperty berkata...

isu ni, dah sampai masuk ke berita CNN.... satu dunia tahu menilai vdeo berita awani tersebut.... kenapa ucapan takziah ni x boleh masuk CNN?? kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

Cari Blog Ini

Translate