Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 Mac 2011

Timbalan Menteri KPT Jumpa Bloggers Malam Ini di NZ Garden - Jemput Datang !!!

Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 



Gambar Sesi Teh Tarik Pada 7.4.2009 di NZ Garden @ Blog SarfaMS

Malam ini Panglima diberitahu bahawa satu pertemuan antara MP Temerloh Datuk Saifuddin Abdullah (DSA) Timbalan Menteri KPT akan diadakan di Restoran NZ (dekat KLCC) pada pukul 9.30 malam. Perkara ini telah disahkan sebentar tadi dengan pihak penganjur dan semua yang berminat dijemput hadir terutama bloggers.


Sebenarnya info ini telah diterima awal lagi tetapi memandangkan status program yang tidak dapat dipastikan samada terbuka atau tertutup maka ia tertunda hingga ditanya kembali pihak penganjur untuk mengesahkannya. Alhamdulillah Mr Zamiel yang menjadi orang tengah menjemput bloggers memaklumkan ia terbuka kepada semua pihak yang berminat.

Kesudian Timbalan Menteri KPT DSA bertemu Bloggers diharap dapat menjernihkan keadaan yang sudah berlarutan beberapa hari. Diharap ini pertemuan yang bakal menjelaskan kekeliruan yang berlaku yang mana telah disentuh dengan panjang lebar oleh bloggers. 

Pagi tadi Panglima sendiri telah membuka peluang kepada pihak DSA jika ada perkara yang mahu disiarkan kepada rakyat Malaysia melalui email. Sila rujuk artikel pagi tadi untuk maklumat lanjut. Namun sayang sekali Panglima sudah ada 'meeting penting' malam ini yang dibuat semalam dengan sahabat dari Pahang ( negeri DSA) yang akan membincangkan sesuatu yang SANGAT MUSTAHAK demi Alif Ba Ta dan masa depan blogger di Malaysia. 

Peguam juga akan hadir bersama tetapi bukan Karpal PooooSingh hahaha...


Siapa mahu datang sila telefon Mr Zamiel di talian 017-5557718 untuk 'PAS MASUK'   !!!


Sekian harap bertemu di sana jika tidak ada aral melintang...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam tuan panglima,

mohon dilinkkan blog saya disini... blog tuan sudah saya pautkan.

http://dinturtle.blogspot.com/

TerimaKasih !

Cari Blog Ini

Translate