Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Mei 2011

5 Soalan Beza Antara Anwar & Strauss Kahn ???

Layan Anwar seperti rakyat biasa


KUALA LUMPUR 19 Mei - Semua pihak perlu menjadikan kes jenayah seksual yang dihadapi oleh Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn sebagai contoh kerana tiada layanan istimewa diberikan kepadanya.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bertindak cepat dengan menangkap, menggari dan meletakkannya di dalam lokap ekoran dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang pengemas bilik hotel.

"Tiada saksi lain dan tiada rakaman CCTV atau kamera tersembunyi tetapi pihak polis bertindak cepat. Bukan itu sahaja, dia juga tidak dibenarkan diikat jamin dan akan didakwa esok walaupun cuba menafikan tuduhan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurutnya, Strauss-Kahn bukan calang-calang individu malah beliau merupakan antara orang paling berpengaruh di dunia dan bakal dicalonkan sebagai Presiden Perancis.

"Dalam soal tuduhan jenayah itu, tiada keistimewaan diberikan terhadap beliau. Keadaan itu sama juga dengan Presiden Itali yang didakwa kerana mengadakan hubungan seks dengan pelacur Maghribi.

"Tetapi dalam kes liwat dan video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang yang kena tuduh menggunakan rakyat, pentas ceramah politik dan demonstrasi jalanan untuk mempertahankan diri dan proses mahkamah dipermainkan sehingga berlaku penundaan hampir dua tahun.

"Diharap dalam proses bela diri tiada keistimewaan akan diberi sehingga tertangguh pula sampai dua tahun lagi.

"Pihak berkuasa sama ada polis dan Peguam Negara perlu tegas walaupun Anwar orang ternama tetapi apa beza beliau dengan Strauss-Kahn, Silvio Berlusconi ataupun Ariel Peter Pan," katanya.

Kata Mohd. Puad , Anwar perlu dilayan seperti rakyat biasa yang didakwa di mahkamah.



Panglima - beberapa persoalan terhadap kes Anwar ialah :



Kenapa : -

1. Dalam kes Anwar beliau tidak digari
2. Beliau juga tidak ditahan pasportnya
3. Jawatan Ketua Pembangkang masih dipegang olehnya
4. Beliau tidak pula dipenjara
5. Juga diberi peluang menangguhkan kes sehingga dua tahun




1 ulasan:

sejahtera39 berkata...

dr dulu lg saya pertikaikan.. apa istimewanya anuar ibrahim... malah saya raya segala darjah kebesarn yang telah dikurniakan kpd beliau wajib ditarik semula memandangkan tindakan beliau yg sentiasa memburukan-burukan negara diluar.... malah anuar boleh dikatagorikan sebagai pengjkhianat agama bangsa dan negara...

sepatutnya tiada hak bagi anuar keatas negara ini....

Cari Blog Ini

Translate