Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Mei 2011

Bantuan RM100,000 Kepada Anak Yatim Oleh PEKEMA

Pekema derma RM100,000

KUALA LUMPUR 21 Mei - Yayasan Pekema mengumumkan sumbangan derma RM100,000 bagi membantu semua mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, dekat sini hari ini.

Pengerusi Persatuan Pengimport Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya amat tersentuh dengan tragedi tersebut dan mahu membantu.

"Menerusi Yayasan Pekema iaitu badan kebajikan yang ditubuhkan oleh Pekema, kami mahu memberi sumbangan derma RM100,000 kepada mangsa-mangsa terbabit," katanya di sini hari ini.

Menurut laporan awal, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang ini, seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu dilaporkan tertimbus.


Gambar : Utusan Malaysia


Lagi berita : 13 maut 3 tertimbus di sini http://www.utusan.com.my/ 



1 ulasan:

pembunuhiblis berkata...

Harap bantuan kpd keluarga mereka yg malang ini tak dipolitikkan. Sumbangan RM10,000 utk satu keluarga drpd Kerajaan Pusat, RM50,000 drpd Kerajaan Negeri Selangor dan RM100,000 drpd Pekema perlu digunakan bagi meringankan beban mangsa2 tanah runtuh itu...

Cari Blog Ini

Translate