KOTA BHARU: Kelantan bakal menerima Raja Perempuan selepas Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin.
Dalam satu sidang akhbar khas di Istana Negeri, Kubang Kerian, petang semalam bagi mengumumkan mengenai pelancaran Yayasan Kelantan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu ini, Sultan Muhammad ditanya sama ada baginda akan berkahwin dan sambil tersenyum, menjawab:
"InsyaAllah saya berdoa, InsyaAllah Tuhan akan makbul."
Sultan Muhammad, 42, yang mudah membahasakan diri baginda sebagai "saya" atau "kita", berharap berkat doa pemimpin dan pembesar negeri serta sahabat, perkahwinan baginda akan menjadi kenyataan.
"Jadi saya fikir InsyaAllah dengan berkat doa Tok Guru, datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insyallah berjaya," titah baginda.
Sultan Muhammad yang dimasyhurkan pada 13 September tahun lalu, bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.
Baginda yang terkenal dengan sifat mendekati rakyat dengan berkopiah dan berjubah, adalah putera sulung Sultan Ismail Petra.
Baginda dan bekas isteri, Tengku Zubaidah Tengku Norudin, tidak dikurniakan cahaya mata. - BERNAMA
info : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SultanKelantanbertemujodoh/Articl
Panglima : sejuta ucapan tahniah untuk DYMM Tuanku atas hasrat yang sangat baik ini. Moga makin makmurlah kelantan di bawah keredhaan Tuhan dengan berkat pemerintahan Tuanku Al Sultan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan