Blogger Gelombang Rakyat yang menganalisa dalam blog beliau tentang majlis solat hajat dan ceramah yang dianjur oleh Parti Keadilan Rakyat di Stadium Selayang semalam yang turut dihadiri tetamu jemputan mereka seorang ulama dari Syria iaitu Dr Wahbah Zuhaili, mendapati PAS telah gagal menghantar wakil tertinggi mereka ke majlis tersebut.
Perkara yang mustahil berlaku kepada sebuah parti yang dianggotai kebanyakannya ahli berlatar belakang agama ! Apatah lagi mereka juga adalah antara pengikut setia Dr Wahbah Zuhaili.
Wakil dari negeri atau pusat juga tidak hadir dan banyak persoalan timbul dari sikap PAS tersebut yang tampak begitu ganjil sepanjang 'perkahwinan politik' mereka selama ini. Bukan sahaja pemimpin bahkan ahli parti juga dikhabarkan oleh Blogger tersebut turut pulang selepas teragak-agak untuk menghadirinya. Lebih memburukkan suasana ada ahli PAS berang kerana tertipu selepas mendapati pemimpin mereka tidak hadir ke majlis tersebut. Adakah ini punca YB Zuraidah duduk di padang bukan pentas utama ?
Ada beberapa persoalan terlinta di fikiran Panglima berhubung kegagalan PAS menghantar wakil mereka ke majlis tersebut :
1. PAS sudah mula menjarakkan diri dari Anwar selepas mengetahui tidak ada guna lagi memberi sokongan selepas mereka nampak dengan jelas bahawa Anwar bakal 'tumbang' samada melalui jalan 'depan' atau 'belakang'.
2. PAS juga tidak sudi lagi bersekongkol dengan permainan Anwar selepas mereka sendiri semakin terhimpit akibat desakan dari golongan bawahan penyokong mereka yang semakin muak dengan permainan politik Anwar yang kerap membuat drama dan mengubah skrip drama di saat akhir sehingga membingungkan semua watak dan juga krew penerbitan yang terlibat.
3. PAS juga tentu tidak akan teragak-agak lagi meninggalkan Pakatan selepas Anwar sah dikaitkan dengan pertuduhan liwat dan video lucahnya. Di saat menjelang Muktamar dan Pemilihan PAS tidak lama lagi sudah tentu tidak ada orang yang ingin menjatuhkan maruahnya di kacamata pemilih sehingga mereka gagal mendapat undi terbanyak dari pemilih kalangan ahli parti.
Adakah kenyataan Setiausaha Agung PAS yang akan membuat keputusan kedudukan PAS dalam Pakatan selepas kes liwat Anwar diketahui sebelum ini yang menimbulkan kemarahan Azmin Ali - petunjuk awal PAS sudah tidak lagi 'sehati' ???
Kesimpulan Blogger Gelombang Rakyat (GR) dalam tulisannya ialah :
Ini membawa maksud, PAS secara dasarnya mengakui, mereka mula rasa ragu2 dengan status moral dan akhlak Ketua Pembangkang tersebut.
PAP abang parti DAP di Singapura sudah pun merosot penguasaan mereka pada PRU minggu lalu dan DAP juga perlu bersedia untuk saat kejatuhan mereka pula di Malaysia !!!
Jatuh DAP jatuhlah PKR dan akan hancurlah sekelian pengkhianat !
Bukti Pemimpin PAS tidak hadir lihat gambar di bawah ini :
2 ulasan:
Ini adalah salah satu lagi konspirasi Umno/Bn - SPO PKR @ Anuar omega
semoga doa anda dimakbolkan
Catat Ulasan