Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Mei 2011

Dr Wahbah Zuhaily Diperdaya Untuk Bersihkan Nama Anwar Ibrahim Isu Sumpah ?


Esok akan diadakan satu ceramah perdana seperti berikut :
SYARAHAN PERDANA SHEIKH PROFESSOR DR. WAHBAH AL ZUHAILY

Tajuk: Sumpah dan Qazaf
Tarikh: 14 Mei 2011 (Sabtu)
Masa: 02.30 ptg – 04.30 ptg
Tempat: Dewan Solat, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor
Apa yang Panglima nampak isu sumpah ini telah 'memakan' imej Ketua Umum PKR yang sekarang masih lagi berdolak dalik tidak mahu bersumpah seperti musuhnya yang telah bersumpah menafikan dakwaan fitnah.
Lihat Perdana Menteri yang difitnah membunuh Altantunya telah bersumpah, Saiful Bukhari yang difitnah mereka-reka cerita tentang peliwatan Anwar Ibrahim juga telah bersumpah. Terkini datuk Shazryl Eskay juga telah bersumpah meskipun terpaksa mengambil risiko dan memakai jaket kalis peluru bagi mengelakkan dari diancam bunuh oleh pihak yang terancam dengan sumpahnya.
Setakat ini ramai ulama mengiakan perbuatan bersumpah. Meskipun puak Pakatan menggunakan nama beberapa Ulama untuk menafikannya.
Yang paling penting : sumpah atau tidak adakah Anwar Ibrahim sanggup buat sesuatu yang paling serius untuk menafikan segala tuduhan samada liwat, atau video seks agar rakyat akan kembali percaya kepadanya.
Jangan sesekali semua perkara ingin disalahkan kepada UMNO atau BN.
Bertaubatlah !!!
Cukuplah dan jangan mempergunakan Dr Wahbah Zuhaily bagi tujuan politik sempit beliau yang semakin teruk dari hari ke hari.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate