Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 Mei 2011

Gambar PM dan Isteri Melawat Tempat Tragedi Tanah Runtuh Semalam

alt
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat lawatan ke Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat yang ditimpa tragedi tanah runtuh mengorbankan 16 nyawa Sabtu lalu sejurus tiba dari Amerika berkata kerajaan bersedia memberi sumbangan bagi membinanya semula .

Serentak dengan itu beliau turut menyampaikan sumbangan kerajaan berjumlah RM10,000 kepada kesemua 16 waris mangsa yang terkorban dalam tragedi itu.

Katanya kerajaan juga akan menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada mangsa yang cedera dalam kejadian itu dalam masa terdekat.


Bercakap kepada wartawan di situ Najib berkata kerajaan akan merundingkan perkara itu dengan pihak yang berkenaan selain akan memastikan rumah baru itu dibina di kawasan yang selamat.

Beliau mengalu-alukan pihak tertentu yang ingin mewakafkan tanah untuk Kerajaan Pusat membina semula Rumah Anak-Anak Yatim Al-Taqwa yang sudah tidak selamat diduduki ekoran trajedi itu.

"Kita akan tentukan banyak mana (sumbangan) dan dimana (akan dibina) tidak lama lagi," katanya.


Beliau dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor meluangkan masa kira-kira sejam di situ sebelum ke Hospital Ampang untuk melawat mangsa cedera yang dirawat di situ.- 24/5/2011


3 ulasan:

amir hafizi berkata...

Rumah anak yatim langgar peraturan – Ronnie

SHAH ALAM 24 Mei – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mendakwa pemilik Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh Sabtu lalu telah melanggar peraturan kerana membina rumah itu di tepi cerun yang curam.

Malah Exco Pihak Berkuasa Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu Tan Khiew berkata, selain melanggar syarat pembinaan di kawasan cerun seperti yang ditetapkan oleh kerajaan negeri, pembinaannya juga dibuat tanpa mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

vulcan933 berkata...

bang nuar and bung khalid sudah lawt kh?

Dot berkata...

Alhamdulillah...sekurang2nya terubat juga keluarga mangsa & keluarga mrk yg masih cedera...

prihatin yg dibuktikan

Cari Blog Ini

Translate