Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Mei 2011

Video & Cerita Hangat Perdana Menteri Di Hot FM Pagi Tadi !!!

 

Jika anda terlepas menonton temuramah yang Panglima rasa kali pertama dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia di sini : http://www.tonton.com.my  Sila login terlebih dahulu sebelum menontonnya. Reaksi dari sesi PM bersama pengacara Hot FM pagi tadi ialah seperti berikut :




Rumah Mampu Milik Berkualiti RM220,000 ke bawah

06/05/2011 10:42am

KUALA LUMPUR 6 Mei - Kerajaan akan melancarkan satu program baru iaitu Rumah Mampu Milik Berkualiti bagi memantapkan Skim Rumah Pertamaku selewat-lewatnya Julai ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, melalui program tersebut, kos rumah untuk Skim Rumah Pertamaku akan dipastikan berharga RM220,000 ke bawah. - Utusan




11.11.11 tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13?

06/05/2011 10:41am

KUALA LUMPUR 6 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencetuskan teka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 apabila menyebut timbulnya ramalan bahawa ia akan diadakan pada 11 November 2011 ekoran angka 11 merupakan nombor yang signifikan dengan beliau.
Pada masa yang sama, beliau tidak mengia atau menafikan ramalan tersebut ketika ditanya pemberita sebaliknya berkata, ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini. - Utusan




Malaysiakini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencetuskan teka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 apabila menyebut timbulnya ramalan ia akan diadakan pada 11.11.11 kerana angka 11 amat signifikan dalam hidup beliau.

Ketika ditanya pemberita, beliau tidak mengia mahupun menafikan ramalan itu, sebaliknya menyifatkan ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini.

NONE"Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya.
Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat.

"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 haribulan. 

"Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja," katanya.

Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar, Najib berkata: "Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu...Wallahhualam". 

Sebelum itu, Najib dalam usaha merapatkan hubungannya dengan golongan muda ke udara di rangkaian radio Hot FM pagi ini dan menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya.
NONEKatanya, nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya. 

Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946. 

Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.

Skim Rumah Pertamaku

Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11.
Wawancara selama sejam bermula jam 7.30 pagi itu juga disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen 8TV.

DJ stesen radio berkenaan Fara Fauzana dan Faizal Ismail juga sempat bertanyakan mengenai pasukan bolasepak kegemaran perdana menteri Manchester United yang akan berentap dengan Chelsea bagi menentukan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Selain itu, Najib juga menceritakan tabiatnya yang gemar menghabiskan masa di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
NONEDalam nada yang serius, beliau juga mengumumkan kerajaan akan melancarkan satu program baru iaitu Rumah Mampu Milik Berkualiti bagi memantapkan Skim Rumah Pertamaku selewat-lewatnya Julai ini.
"Melalui program tersebut, kos rumah untuk Skim Rumah Pertamaku akan dipastikan berharga RM220,000 ke bawah.

"Kerajaan akan bertanggungjawab menyediakan tapak pembinaan manakala pihak pemaju akan melaksanakan projek-projek ini berdasarkan industrial building system.

"Dan saya kata kalau boleh, (syarikat swasta) jangan ambil untung dari projek ini. Jadikan sebagai corporate social responsibility (CSR)," 
katanya.

Najib berkata usaha mewujudkan rumah di bawah harga RM220,000 adalah berdasarkan komen dalam laman Facebook beliau serta laporan media bahawa amat sukar bagi golongan muda mendapat rumah dalam lingkungan harga tersebut terutama di Lembah Klang.

Di bawah Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 8 Mac lalu, golongan muda berumur 35 tahun ke bawah dengan gaji bulanan kurang daripada RM3,000 layak membeli rumah berharga RM220,000 ke bawah dengan pinjaman 100 peratus.
Ketika temu bual itu juga Najib turut meluangkan masa bermain 'Dam Aji' dengan DJ Faizal.


Selanjutnya Malaysiakini melaporkan :


Menjawab soalan seorang pemanggil mengenai penggunaan media baru, Najib berkata ia amat bersesuaian dengan persekitaran baru masa kini khasnya bagi berhubung dengan golongan muda.


"Saya ambil keputusan selain menggunakan cara konvensional, saya juga menggunakan kaedah new media kerana dengan kaedah ini saya dapat menyampaikan mesej saya kepada mereka yang menggunakan new media sebagai saluran maklumat yang lebih cepat," katanya.



Selain mempunyai blog dan akaun Facebook, Najib juga menggunakan Twitter secara aktif dan mempunyai pengikut yang ramai. 



Najib berkata kebiasaannya beliau akan mengemas kini status Twitter di sebelah malam di rumah ataupun semasa perjalanan antara Kuala Lumpur dan Putrajaya setelah semua urusannya selesai.



Selain soalan berkaitan dasar negara, Perdana Menteri juga diajukan soalan santai termasuk ramalan beliau mengenai perlawanan akhir Piala Juara-Juara Eropah antara Barcelona dan Manchester United (MU).

Najib yang merupakan peminat MU berkata beliau mengharapkan kemenangan berpihak kepada pasukan kegemarannya biarpun Barcelona mempunyai barisan pemain yang hebat.


Mengenai cara beliau mengurangkan stres , Najib berkata beliau suka bersukan dan bersenam.


NONE


"Sewaktu belajar, saya akan mengajak rakan-rakan bermain bola atau skuasy untuk mengurangkan stres. Sekarang saya pergi ke gim, melakukan senaman 'treadmill' dan 'cross trainer'," katanya. 



Sepanjang temu bual tersebut, lagu-lagu kegemaran Perdana Menteri dimainkan antaranya 'Kancing Suasa' oleh R. Azmi, 'If Tomorrow Never Comes' oleh Ronan Keating, 'Kaulah Segalanya' oleh Ruth Sahayana, 'Perpisahan Ini' oleh Aizat dan 'Nobody' oleh Wonder Girls.



Najib juga sempat mengulas bahawa beliau gemarkan lagu 'Kancing Suasa' kerana lagu itu mendekatkan beliau dengan masyarakat Orang Asli di kawasan Parlimen Pekan yang diwakilinya.


Panglima : menariknya rakyat sangat gembira dan berharap PM turut hadir di konti radio lain pula seperti Sinar FM dan juga Era dan XFM. Apa kata IKIM juga turut menjemput PM untuk bersama pendengar mereka.



1 ulasan:

JR berkata...

Yang agak melucukan bila deejay tu tanya PM sama ada dia seperti rakyat marhaen lain pernah naik kenderaan awam atau tidak? DS Najib sebagai anak elitis yang tak pernah naik kenderaan awam sebaliknya pergi kemana-mana dengan kenderaan rasmi ayahnya Tun Razak tidak menjawab soalan itu, dengan jujur beliau bercerita dia pernah sekali naik basikal beli nasi lemak berhampiran rumahnya...

Cari Blog Ini

Translate