Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Jun 2011

Demi Rakyat : PM Ketepikan Ideologi Politik Bila Sudi Bantu Lim Guan Eng !!!



PUTRAJAYA 2 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berharap negeri-negeri di Semenanjung Malaysia akan segera turut serta dalam pelaksanaan Inisiatif Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air oleh Kerajaan Persekutuan agar dapat meraih faedah yang akhirnya pasti memberi faedah kepada rakyat negeri masing-masing.

Dengan penyertaan semua negeri di Semenanjung Malaysia di bawah rejim pelesenan, Perdana Menteri berkata, semua agensi dan entiti yang terlibat boleh menumpukan perhatian sepenuhnya kepada fungsi dan tanggung jawab masing-masing di bawah inisiatif itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penandatanganan Perjanjian Penstrukturan Semula Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Pulau Pinang di sini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.Ketika ini, Najib berkata, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Perlis sudah memuktamadkan perjanjian yang sama. - Bernama

info 

Panglima : rakyat penyokong Pakatan dah buka mata ? adakah belum cukup lagi kebaikan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib sehingga mereka masih tidak mahu menerima dan mengakuinya?

Jangan terlalu angkuh. Allah tidak suka orang yang angkuh lagi sombong !!!


1 ulasan:

MAHU YANG IKHLAS berkata...

Woi! itu bantuan Najib bagi duit cukai rakyat bukan duit Najib ...woii sedarlah duit kamu semua pun ada ....setakat bagi harap balasan tak ikhlas namanya ....POOOOOOOOORAH!

Cari Blog Ini

Translate