Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Jun 2011

Gempar : Khutbah Jumaat Esok Di Selangor Untuk Membela Anwar ?

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2011. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih





Politik tidak boleh dicampur dalam masjid. Politik perlu dipisahkan dari masjid apatah lagi untuk membela kes pemimpin politik. Terbaru semua sudah tahu bahawa bekas TPM Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjadi Ketua Pembangkang telah terjebak dalam skandal yang dibuatnya sendiri. Ramai yang menyaksikan klip video yang memaparkan wajah mirip beliau termasuklah bekas peguam bela beliau sendiri iaitu Zulkifli Nordin. Beliau turut percaya bahawa pelaku dalam video tersebut adalah DS Anwar Ibrahim.


Semua juga sudah tahu bahawa TRIO T yang terlibat dalam video tersebut membuat sumpah menegaskan bahawa Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video berkenaan. Sumpah yang dibuat di masjid mengikut kaedah sumpah yang disyariatkan Islam telah memberi keyakinan kepada kita semua bahawa pengakuan beliau adalah benar dan tidak lagi dikira fitnah. 


captionTajuk khutbah esok di Selangor ialah :  Jenayah Qazaf adalah dosa besar.


Dalam hal ini JAIS perlu menyiasat siapakah yang telah membuat khutbah tentang isu qazaf esok. Sewajarnya satu tindakan menyeluruh perlu dilakukan demi mengelakkan khutbah Jumaat menjadi medan membela pesalah yang sedang dituduh kesalahan liwat dan telah terjebak dalam skandal video seks dengan China Doll.


Ini kerana sepanjang pengetahuan Panglima sesiapa boleh menulis khutbah dan menghantarnya kepada JAIS sebelum diluluskan untuk dibaca ke seluruh masjid di Selangor. 


Meskipun khutbah tersebut ditulis dan diolah secara umum tetapi jika dibaca sudah tentu kita akan faham maksud khutbah ialah untuk membersihkan nama orang yang terlibat dengan video seks China Doll iaitu DS Anwar Ibrahim.


Jelas sekali berdasarkan isi-isi khutbah di bawah bahawa agenda menutup kesalahan yang dibuat oleh pemimpin Pakatan yang boleh menghancurkan peluangnya menuju Putrajaya akan berjalan lancar melalui khutbah ini. Justeru sesuatu perlu dilakukan untuk menghalangnya agar rakyat tidak dijadikan mangsa dalam hal ini. Fitnah adalah tepat berlaku jika tiada sebarang video yang merakamkan perbuatan beliau. Tetapi dalam hal ini semua keterangan dan bukti sudah ada dan tidak mungkin ditolak kecuali oleh fanatik beliau yang sudah ghairah untuk mendaki puncak Putrajaya.

klik link di sini untuk membaca khutbah tersebut :  http://e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/Khutbahjumaat(rumi)10062011.pdf


Antara isi khutbah yang berkaitan ialah  :



" Termasuk dalam kategori ini, mereka yang mendedahkan maklumat secara 
terbuka, dalam pelbagai bentuk dengan maksud menuduh melakukan zina juga 
telah melakukan jenayah Qazaf. Malah mereka yang mempercayai fitnah 
tersebut dan menyebarkannya sudah pasti mendapat dosa dan boleh dikenakan 
hukuman kerana gagal membuktikannya mengikut ketetapan syarak "


" Fitnah boleh menjatuhkan maruah si tertuduh apabila disiar oleh media 
massa, media cetak mahupun media elektronik termasuk telefon bimbit. Lebih 
memburukkan keadaan, apabila  si pemfitnah enggan menerima kebenaran dan 
tidak mahu mengakui kesilapan atau mempunyai perasaan dendam serta hasad 
dengki yang terhadap orang yang dituduh. Orang yang memfitnah sama ada 
sedar atau tidak telah melaksanakan sumpahan iblis dan syaitan yang memang 
ingin merosakkan iman dan aqidah umat Islam sehingga hari kiamat."


" Adakalanya fitnah itu diulas, diperbesar dengan memetik kenyataan oleh 
pihak-pihak tertentu ke arah menggambarkan bahawa si tertuduh memang 
bersalah. Inilah budaya buruk sangka dan hasad dengki oleh mereka yang tidak 
berakhlak dengan akhlak Islam. Setiap individu yang bersama  melakukan 
perbuatan terkutuk ini, atau mempercayai atau sama-sama menyebarkan  akan
menerima  pembalasan dari Allah S.W.T "


" Bagi tujuan mendidik dan mengawal umat Islam daripada melakukan 
jenayah qazaf, yang mempunyai kaitan langsung dengan nilai, maruah dan 
keharmonian masyarakat, maka hendaklah diperjelas peraturan, larangan dan 
kesan jenayah qazaf, serta hukuman yang boleh dikenakan menurut peraturan 
syarak. Martabatkanlah undang-undang Islam yang memberikan pengiktirafan 
dan hak kepada Mahkamah Syariah mengendalikan kes-kes jenayah syariah 
yang melibatkan orang Islam. Dengan ini kita boleh melaksanakan sistem 
perundangan yang adil, diredhai dan patuh kepada hukum syarak. "




Portal rasmi JAIS di sini : http://e-masjid.jais.gov.my/index.php/ekhutbah/rumi 



Sila tonton video dibawah jika masih sangsi dengan video seks yang tersebar sebelum ini


6 ulasan:

Mohd berkata...

Kesian juga kita lihat orang2 Islam yg tidak percaya bhw yg membalun China Doll adalah Anwar Ibrahim.
Betapa bodohnya mereka, yg syiok berzina dgn amoi tu adalah Anwar, yg dapat dosa kerana bersubahat adalah orang2 ini.
Kaum kafir gelak sakan melihat betapa bodohnya orang2 Melayu spt ini.
Melayu mudah lupa ...........

Tanpa Nama berkata...

Bohonglah kalau awak kata kat masjid tak boleh campur politik, nak terangkan hal yang benar takkan tak boleh?? Nak patahkan hujjah puak munafikin UMNO kat mana lagi kalau bukan kat MASJID???

Kay_UPM

Tanpa Nama berkata...

cuba perhatikan maksud hadis didalam khutbah tersebut, menuduh/fitnah sedangkan ia tidak demikian. masalahnya sekarang kita nampak dalam vidio tersebut adalah pelakun mirip anwar, sedangkan anuar tidak berusaha untuk menafikan secara bersungguh dengan,
1.tunjukan jam omega yang dikait bersama.
2.buat lah sumpah laknat walau pon sumpah itu tidak bolih jadi bukti,sekurang kurangnya dapat mengurang kesangsian.
3.tunjukkan siapa yang dikatakan anuar miripnya kepada umum.

dengan tiada penafian yang bersungguh ini, maka kita akan percaya bahawa pelakun tersebut adalah milik AN-war.

maksud hadis sedangkan ia tidak demikian itu membawa maksud....

kenapa bila an-war tuduh najid bunuh altantuya tidak pula wujud khutbah sedemikian. sedangkan najib bersumpah dikhalayak ramai bahawa dia tidak terlibat dengan pembunuhan altantuya. semasa perbicaraan mahkamah tidak ada langsung sebut nama najib dan orang yang terlibat telah di sahkan. tiada bukti lain seperti vedio atau satu saksi pon melihat najib terlibat.

setahu saya vedio tidak menipu gambar yang dirakam. kalau hadapkan kamera kepada pokok kelapa maka imej pokok kelapa lah yang kita nampak bukan nya pokok pinang.

sama sama lah kita doakan semoga hukum islam ditegakkan di malaysia ini, bukan nya ia permainan politik semata mata.sebagaimana nik ajis nak tunjuk surat dr mahadir melarang perlaksanaan hukm hudud dikelantan (sinar harian). persoalannya.
1.apakah dr mahadir lebih berkuasa dari Allah Taala sehingga nik ajis tak mampu laksana hudud kerana sehelai kertas dr mahadir.
2.sedarkah nik ajis bahawa dr mahadir sudah lama letak jawatan dan sehingga sekarang hukum hudud masih lagi tidak laksana di kelantan malah semkin tidak kedengaran lagi. adakah hudud sudah tidak relevan lagi sekarang atau pakatan sudah outkan hudud.

sekali lagi marilah kita semua umat islam doakan supaya hukum hudud dilaksankan di malaysia ini.

Tanpa Nama berkata...

ermmm..abis yg dok kata org ni bunuh wanita mongolia tanpa tunjuk bukti langsung tu bukan fitnah ke? x faham den.

paktua berkata...

Rasanya tak salah guna masjid untuk tujuan memberi penjelasan dsb. Tetapi tidak dicampur aduk didalam khutbah... Kerana khutbah adalah rukun sembahyang jumaat... Jangan rosakkan rukun solat kita... Wallahhualam

Tanpa Nama berkata...

masaalahnya ialah, puak ularmak PAS tak langsung minta Anwar untuk bersumpah mungkin kerana :-
1. Mereka takut Anwar bangkang mereka balik.
2. Mereka takut akan terbongkar rahsia sebenar geng mereka.
3. Mereka adalah ahli politik, bukan ulamak yang memegang amanah Allah di mukabumi.
4. Mereka adalah Syaitan Bisu seperti yang diperkatakan didalam nas.
pilih mana jwp yg sesuai, bagi saya semua jwp tu betul.

Cari Blog Ini

Translate