Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Jun 2011

PAS Dibidas Menteri Dalam Negeri Isu Video Seks Mirip Anwar Ibrahim


PAS Jangan Berdolak-dalih Kes Video Seks - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: PAS sepatutnya tidak berdolak-dalih dalam isu video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, PAS sebagai satu parti yang bersandarkan ajaran Islam sepatutnya mencari kebenaran video tersebut.
"Ini kerana yang dituduh menjadi pelakon atau pelaku dalam video berkenaan menawarkan diri sebagai pemimpin negara... bukan orang biasa.
"PAS sepatutnya melihat kepada pengisiannya. Tengok apa yang berlaku kepada pemimpin Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan pemimpin di Turki.
"Apakah bezanya pemimpin yang dikatakan terlibat dalam kes video tersebut dengan mereka. Jadi nak berdolak-dalih sama ada ia dirakam oleh si polan, si polan.. itu perkara kedua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan ibu pejabat polis Dang Wangi di sini, Isnin.
Media pada Isnin melaporkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, video meskipun memaparkan aksi seks, tidak lebih hanya sebuah 'besi' sedangkan Islam berpegang kepada konsep empat saksi.
Sementara itu, Hishammuddin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan identiti pengendali laman Twitter, Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang dikatakan terus menghina kesucian Islam dalam tulisannya.
"Kes itu memang dalam siasatan. Semua tahu apa-apa perkara yang berlaku di ruang siber, blog, laman web adalah tertakluk kepada siasatan SKMM.
"Ini bermakna ada satu lagi prosedur di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. SKMM bekerjasama rapat dengan PDRM," katanya.
Panglima : ada tulisan menarik iaitu tentang tuduhan zina yang tidak perlu empat saksi di blog ini http://dnobiz.com/santai/hukum-hudud-qarinah-sebagai-ganti-4-saksi/ 
Pendapat pertama : Zina boleh sabit dengan qarinah atau keterangan yang kuat yang menunjukkan ia berlaku seperti kehamilan wanita yang tidak mempunyai suami atau tuan (dalam kes hamba sahaya). Pensabitan rogol melalui peralatan teknologi terkini, seperti melalui pemeriksaan air mani si lelaki dan rekodnya di makmal-makmal jenayah, atau juga melalui rakaman perlakuan jenayah dengan alat perakam moden. Ini merupakan pandangan al-Zaila’i, Ibn al-Ghars dan al-Tarabulsi daripada mazhab Hanafi, Ibn Farhun dan al-Maziri daripada mazhab Maliki, Ibn Abd al-Salam daripada mazhab Syafi’i, Ibn Taimiyyah daripada mazhab Hanbali dan selain mereka. Misalnya, Ibn al-Qayyim dalam beberapa tempat dalam kitabnya antaranya I’lam al-Muwaqqi’in (4/374) mengatakan : “Para sahabat Nabi SAW telah menjatuhkan hudud zina dengan hanya sebab kehamilan, dalam hudud arak dengan bau dan muntah, dan ini adalah benar”.
Pendapat kedua : Zina tidak sabit kecuali dengan pengakuan dan kesaksian. Ini merupakan pandangan al-Jassas dan Ibn Nujaim daripada mazhab Hanafi dan selain daripada keduanya. Sebahagian ulama mutakhir menyandarkan pandangan ini kepada mazhab Hanafi dan Syafi’i.

Bagaimanapun pendapat yang kedua lebih selamat, lebih-lebih lagi dengan wujudnya hukuman ta’zir dalam keadaan hudud tidak dapat disabitkan. Apapun jika kita bersandar kepada pendapat yang mengizinkan penggunaan qarinah sekalipun, ianya khusus bagi qarinah yang kuat yang hampir mencapai darjat yakin sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibn Nujaim daripada Ibn al-Ghars dalam al-Bahr al-Ra’iq (7/205).

Apapun, kedua-dua pendapat tetap mengatakan sebarang bentuk qarinah yang zanni (tidak kukuh) tidak boleh mensabitkan hukum hudud, begitu juga qarinah yang kuat tetapi masih terkait dengan andaian, ianya termasuk gambar atau video yang mungkin dipalsukan atau dicantum antara satu dengan lain, maka qarinah-qarinah yang seumpama ini tidak boleh menjadi bukti untuk disabitkan hudud kerana hudud tertolak dengan wujudnya keraguan. Ketika ini hukuman ta’zir boleh disabitkan mengikut kebijaksanaan hakim.

2 ulasan:

Awanama berkata...

adi oh adi hok mana pulok hukum isle mu nok guno ko mat sabun yang dok kata nwar aljuburit telah meliwat azizan semasa berkempen dalam pentas ceramah pas tu, mana lah mat sabun ada 4 saksi masa dia dok fitnah nwar aljuburit tu. buleh ko mat sabun kata lagu tu kat nwar aljuburit, buleh? hoh buleh ruponya walaupun tanpa 4 saksi almaklumlah maso tu nwar aljuburit dok dalam umno, jadi halallah da tak perlulah mat sabun tu kena qazaf pasal fitnah nwar aljuburit walaupun tadak 4 saksi. ho lah kalu lagu tu pehe lah ambo. pah tu lagu mana pulok kes nwar liwat azizan tu buleh hukum huduh lah, pasal mat sabun dah buat tuduhan bahawa nwar liwat azizan. hok ni ambo tok pehe ni buleh mano mano ula mak dalam pas perjelaskan.

Awanama berkata...

http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?t=409802&page=21

inilah yg diidamkan DAPigs selama ini.melayu yg benci pada sultan dan agong.melayu yg mempermainkan agamanya sendiri.

Cari Blog Ini

Translate