Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Julai 2011

Berita Buruk Untuk BERSIH 2.0 : Ribut Petir Di KL & Selangor Pagi & Petang Esok !!!


Ramalan Jabatan Kaji Cuaca telah mengesahkan esok hujan ribut petir di Kuala Lumpur dan Selangor pagi dan petang.


Meskipun ia tidak semestinya tepat tetapai ramalan yang berdasarkan kajian ini tidak lari jauh dari realiti yang akan berlaku.


Yang jelas, jika ribut petir terjadi seperti ramalan saintifik ini maka kita dapat memahami ia seolah-olah ingin menunjukkan bahawa Allah Taala tidak redha perbuatan mengganggu ketenteraman awam dan boleh merosakkan nama baik negara berjaya dilaksanakan di negara kita.


Dengan status negara Islam yang terkemuka di dunia dan menjadi contoh kepada negara lain serta digeruni lawan maka Malaysia ini tidak akan dibiarkan hancur oleh tindakan tidak berakal segelintir rakyat yang pro keganasan dan ingin menggulingkan kerajaan.


Malaysia sehingga kini masih lagi didiami oleh ribuan ULAMA yang benar-benar mewarisi ilmu dan rahmat Nabi Muhammad saw bukan ULAMA DUNIA yang menggunakan agama demi keuntungan politk mereka.


Yang jelas, seperti ayat yang selalu dibaca oleh Anwar Ibrahim satu ketika dulu iaitu Wamakaru Wamakarallahu  Wallahu Khairul Makirin...


" Mereka merancang dan Allah merancang dan Allah sebaik-baik perancangan !"


Adakah penganjur yang pro murtad dan IFC bernama AMBIGA itu diredhai Allah meskipun PAS yang berkopiah berserban 'mengangguk' memanjang kepadanya ??? Tentu sekali tidakkkk.


Kadang-kadang orang tak berimej Islam lebih Islam dari orang yang menzahirkan keislaman tetapi sebenarnya memperalatkan Islam bukan menegakkannya.


Bukti cukup banyak untuk menguatkan hujjah di atas dan anda fikirkanlah dan berusah mencarinya.




Lihat ramalan cuaca jabatan kaji cuaca dalam imej print screen di bawah ini yang mana ia boleh dilayari di laman rasminya di sini : http://www.met.gov.my/












Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2011. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate