Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Julai 2011

Video - Ketua AMK PKR Shamsul Iskandar Kata : Cara Jalanraya Juga Boleh Jatuhkan Kerajaan !!!





tarikh : 18 Jun 2011 
program Himpunan Anak Muda PKR bertempat di Shah Alam, Selangor




Pada durasi 2:31 dalam video di atas, Shamsul Iskandar yang juga Ketua AMK PKR telah mengatakan :

kalau sistem pilihanraya tidak boleh jatuhkan kerajaan, kita ada cara lain.



Katanya lagi : 

kalau tak jalan BERSIH, cara jalanraya juga boleh jatuhkan kerajaan. jangan cabar kita untuk guna cara jalanraya untuk jatuhkan kerajaan.



Apa maksud Shamsul Iskandar ini ?



Sudah jelas beliau ingin menggunakan taktik jalanan seperti di Mesir yang mana pemuda telah digunakan untuk menghasut rakyat melawan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.


Alasan SPR tidak bersih adalah sekadar alasan tetapi yang lebih jelas mereka sememangnya mahu menggunakan cara jalanan selepas tahu Pakatan sudah hampir tenggelam dengan masalah yang mereka sendiri cetuskan.

Kenapa baru sekarang bising-bising pasal BERSIH ? Kenapa ?

Kenapa tidak dibuat selepas menang PRU 12 yang lalu ?

Kerana mereka ingat rakyat kita BODOH untuk menilai prestasi mereka mentadbir 4 negeri yang mereka menangi.

Tetapi Panglima yakin bahawa rakyat di zaman IT ini sangat sukar diperbodohkan. Yang bodoh mungkin kalangan yang tidak mahu menggunakan akal mereka dan suka menyalahkan orang lain dan kuat beremosi dari berfikir dengan teliti.

Cadangan Panglima : kita cabar agar polis kenakan akta Ordinan Darurat untuk orang yang bermulut celupar seperti Shamsul Iskandar ini !




Lagi satu siapa kata Pakatan dapat sokongan rakyat ? tengok Fan Page Ketua AMK sendiri hanya disukai oleh 1701 orang sahaja hingga kini. Adakah rakyat benar-benar menyokong  Pakatan atau sebaliknya ?

Oh ye, perkataan mereka memang terbalik selalu. Kalau fitnah : benar. Kalau betul: bohong. Kalau tak buat : buat. Kalau kotor : bersih.

Biasalah, pemikiran diorang memang terbalik selalu dan perlu dibalikkan makna jangan terus diterima.



isu ini turut diulas Medan-Info di sini 


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2011. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate