Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Julai 2011

Daulat Tuanku ! Atas Kurniaan Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Kepada Sultan Muhammad V


Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada Ahad berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati (DK) kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Penganugerahan darjah itu diterima oleh Sultan Muhammad V daripada Sultan Azlan Shah dalam satu istiadat di Bilik Menghadap Merah, Istana Perak, Bukit Persekutuan pada 11.15 pagi.


Sultan Muhammad V kemudian berkenan menyembahkan cenderahati kepada Sultan Azlan Shah.

Turut hadir Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Sumber :

Terompah Besi ™
Published with Blogger-droid v1.7.3

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate