Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Ogos 2011

Anwar Nafi Liwat Tetapi Akui Saiful Bawa Pelincir (KY JELLY? )


Anwar nafi melakukan seks dengan Mohd. Saiful

22/08/2011 4:24pm

KUALA LUMPUR 22 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau melakukan seks dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

"Saya secara mutlak menafikan dakwaan terhadap saya. Saya ingin menyatakan bahawa dengan sejelas-jelasnya bahawa saya tidak pernah mempunyai hubungan seksual dengan pengadu Mohd Saiful. Dakwaannya penipuan secara terang-terangan dan kejam dan akan dibuktikan sedemikian,” kata Anwar.

Anwar, 64, yang membacakan kenyataan 32 muka dari kandang tertuduh, berkata tiada keterangan mengenai sebarang percubaannya untuk menyelak pintu unit kondomominium itu dari dalam.

Beliau berkata, berdasarkan testimoni Mohd Saiful, pengadu mempunyai kesempatan meninggalkan bilik itu tetapi beliau tidak berbuat demikian.

"Pengadu mempunyai peluang terbuka luas untuk lari tetapi beliau tidak berbuat demikian. Alasannya bahawa beliau terpaku ketakutan,” kata Anwar.

Anwar, yang membaca kenyataan itu hampir dua jam berkata, Mohd. Saiful sendiri telah mengaku bahawa beliau telah membawa bersama pelincir dan telah bersedia secara sukarela.

Selepas aksi yang didakwa, tertuduh menjelaskan mengenai testimoni pengadu bahawa Mohd Saiful telah minum dan berbual mesra dengannya.

Anwar berkata, tiada percubaan dibuat untuk mendapatkan rawatan dengan segera.

Bagaimanapun, Mohd. Saiful telah menghadiri satu majlis Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menghadiri perjumpaan Kelab Anwar Ibrahim di rumahnya keesokannya tanpa menunjukkan sebarang tanda ketidakselesaan sama ada dari segi emosi dan fizikal.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap tuduhan melakukan hubungan bertentangan hukum alam di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar untuk membela diri selepas memutuskan bahawa Mohd. Saiful, ialah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa. — Bernama


Utusan Malaysia Terkini

Panglima : Hari ini Anwar nafi liwat tetapi akui berbual mesra dan tahu Saiful bawa pelincir yang ramai teka Ky Jelly.

Adakah kenyataan Anwar ini tanda beliau terkantoi walaupun tidak mahu dilihat seperti orang bersalah?

Mengikut pakar, Anwar memilih tidak mahu disoal bukti beliau tidak ada pilihan lain kerana takut bersumpah.

Secara mudah perbuatan beliau adalah langkah terakhir yang mampu dipilih beliau.Untuk mengelak disoal pendakwaraya.

Kita tunggu apa akan terjadi selepas ini.
Published with Blogger-droid v1.7.3

1 ulasan:

usin berkata...

jelly tu utk masalah sembelit. tp anwar lupa nk cakap. hehehe, kantoikan diri sendiri lg...

Cari Blog Ini

Translate