Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Ogos 2011

Bersama Johari Jaafar dan Dr Chandra Muzaffar di PWTC Pagi Tadi !




Pagi tadi satu lagi sesi wacana ilmu telah diadakan di PWTC dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad bin Maslan. Ia siri 2 dan kali ini topiknya berkenaan persepsi politik. 


Dalam ucapan beliau YB Datuk Ahmad memberitahu sesi seperti ini bertujuan untuk memberi input baru kepada barisan hadapan negara di dalam memahai topik yang dicadangkan iaitu tentang persepsi politik.


Ramai telah dijemput menghadiri sesi tertutup tersebut termasuk bloggers dan facebookers dan respon dilihat sangat positif oleh para peserta. Masing-masing mengemukakan soalan dan sejurus selepas itu satu sidang media telah diadakan dengan para wartawan oleh Datuk Ahmad Maslan.


Sidang Media bersama Datuk Ahmad Maslan.


Perbincangan ilmiah tentang politik Malaysia dan juga persepsi pagi tadi memang banyak memberi input baru yang mungkin kita tidak pernah fikirkan sebelum ini.


Antaranya dua persoalan yang paling menarik yang ditimbulkan oleh penceramah Dr Chandra tentang Anwar Ibrahim iaitu kenapa beliau dipilih menyertai Foundation For The Future yang ditubuh untuk Timur Tengah dan Afrika sedangkan Anwar dari Asia. 


Berita lanjut klik link bawah : 


http://www.mmail.com.my/content/43606-us-government-funded-anwars-foundation-future


dan juga    http://www.anwaraidc.com/?p=2053


Menurut laman Malay Mail di atas, FFF mendapat dana US 60 m ( RM 192 juta ) yang mana jika digunakan tentu sangat besar di dalam menumbangkan mana-mana kerajaan.


Yayasan FFF di atas ditubuhkan oleh Elizabeth Cheney anak kepada Dick Cheney bekas Naib Presiden Amerika.


Dan satu lagi persoalan yang dilontarkan oleh Dr Chandra ialah, kenapa dua tokoh dari Amerika dari kem Republik dan Demokrat iaitu Al Gore dan Paul Wolfowitz ( klik sini ) menulis di The Wall Street Journal mempertahan Anwar Ibrahim berhubung isu liwatnya.


Harap ada penyokong Anwar akan datang menjawab bagi pihak beliau di sini.




Selain itu Datuk JJ atau Johan Jaafar juga mengulas tentang peranan media baru yang telah menyebabkan media bercetak seperti Akhbar dan juga media massa semakin kurang ditonton oleh generasi Y.


Kupasan beliau antara lain tentang pandangan negatif rakyat terhadap ahli politik dan juga politik yang bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di seluruh dunia keseluruhannya.


Rupanya Panglima baru tahu semasa Buletin Utama jumlah penonton sangat tinggi iaitu 2.5 - 3.5 juta. Yang menariknya minit ke belakang (selepas 8.00 malam) seperti minit 8.10 malam ratingnya semakin tinggi berbanding permulaan siaran berita. Perkara ini disentuh oleh Datuk JJ dalam ceramahnya.


Seterusnya, Datuk JJ memberitahu tentang 'kuasa media' di mana ketika heboh pembinaan masjid berhampiran World Trade Center maka ia dilihat dengan negatif kerana permainan media massa oleh Rubert Murdoch. Masjid tersebut digelar 'ground zero mosque' sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap pembinaanya walhal ia dibina bukan di tapak WTC yang musnah pada 2001 yang lalu.


Datuk JJ turut menyentuh tentang masalah 'democracy for hire' atau demokrasi untuk disewa yang merujuk kepada gejala 'politik wang'. Perkara ini perlu dibasmi agar tidak akan berlaku kerosakan kepada politik tanah air kita.


Meskipun teruk dikritik ramai pihak ekoran dasar keterbukaan Media Prima, Datuk Johan Jaafar menegaskan beliau sebagai pengamal media terpaksa berlaku adil di dalam membuat liputan. Beliau turut menyentuh tentang kebebasan media di pihak pembangkang yang lebih teruk dari media arus perdana. 


Buktinya berita tentang pemimpin Pakatan turut disiarkan oleh media di bawah Media Prima meskipun sepatah haram tidak ada sebarang perkara baik yang ditulis oleh akhbar pakatan kepada lawan mereka.


Bagi Panglima, mana-mana Media Massa atau media baru seperti kita perlu adil dalam membuat liputan. Sikap beginilah yang disukai rakyat tanpa kita menidakkan media massa juga perlu membantu kerajaan menerangkan perkara yang dikelirukan oleh Pakatan termasuk kes fitnah yang jelas cubaan kotor untuk menumbangkan kerajaan.


Pendek kata jika Kerajaan buat silap hari esok walau sudah ditegur oleh rakyat maka kita juga yang akan membetulkannya !


Terima kasih atas jemputan dan moga akan ada lagi peluang menambah ilmu di masa hadapan.




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam untuk semua saudaraku,

Diharap semua blogger(x kira pro manapun) berhenti bergaduh sesama kita. Kita semua tegar jadikan tema Gerakan Anti Komunis dan Kami Sokong Jais dlm blog masing2 sebagai tema perpaduan kita sempena bulan Ramadan mulia ini dan bulan Merdeka. InsyaAllah

Anony 3.28am
One Man Show

Cari Blog Ini

Translate