Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Ogos 2011

Video Asyraf Haziq Bertajuk - Malaysian Studen Mugged - Dirompak Ditonton 5 Juta Seluruh Dunia




Yang menyedihkan ketika ibubapa Asyraf Haziq meminta bantuan MARA tidak ada bantuan dihulurkan sebaliknya UMNO juga yang memberi bantuan tiket penerbangan kepada ibubapa pelajar kita yang ditimpa nasib kurang baik ekoran rusuhan di London tempoh hari.


Ahmad Maslan (dua dari kanan) melihat gambar Muhammad Asyraf Haziq Rossli dalam pertemuan dengan ibu bapa mangsa di Menara Datuk Onn, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Rossli Harun (empat dari kanan), Maznah Abu Mansoor (tiga dari kiri) dan Mohamad Fitri Rossl (tengah). 




Panglima harap jika perkara ini terjadi pada masa akan datang MARA sebagai agensi yang bertanggungjawab kepada pelajar kita perlu membantu dengan kaedah yang tertentu agar ibubapa pelajar dapat diterbangkan ke tempat pengajian anak mereka.

Bukan semua pelajar anak orang berada dan bukan semua orang mampu pergi sendiri ke tempat anak mereka belajar.

Sebelum beredar mari kita baca komen pembaca blog Panglima bernama Dazrul tentang isu bacaan al quran sebelum subuh di Pulau Pinang yang telah diharamkan.


Bacaan Al-quran / tahrim sebelum masuk waktu itu sebenarnya memberi kesan untuk orang yang beriman dan bertaqwa. Ianya memberi peringatan kepada kita untuk bersedia untuk kita bersiap sedia menunggu tibanya kedatangan jemputan Allah. 

Kerana orang yang mukmin itu malu dengan Allah, mereka menghadiri majlis-majlis / rumah-rumah Allah sebelum sesuatu acara bermula. Kalau hal rasmi keduniaan pun kita boleh datang awal 30 minit sebelum waktunya, spt temuduga, masuk kerja dan sbgainya, mengapa kita tidak boleh datang awal ke rumah Allah. 

Sedangkan Allah telah kurniakan kita pelbagai anugerah yang melebihi anugerah Datuk/Dato'. Dengan adanya tahrim/bacaan Al-Quran sekurangnya ia mengingatkan ibu ibu / bapa yang sedang sibuk bekerja untuk mengingatkan anak-anak mereka untuk bersiap sedia ke masjid. 

Tentang mereka yang tidak mengendahkan azan, adakah patut kita jadikan hujah untuk menidakkan kebaikan bacaan Al-Quran / tahrim. Orang-orang Cina di bandaraya KL sebenarnya mereka tidakmasalah dengan azan atau bacaan Quran sebelum azan subuh sebab mereka sudah bangun seawal 4 pagi, mereka pergi berjogging / bertaichi. 

Ianya sebenarnya memberikan isyarat bahawa mereka sebenarnya sudah terlewat dari aktiviti harian mereka. Kita sudah hidup di zaman di mana kebanyakan rumah sudah sound proof. 

Sampai jiran sebelah menjerit minta tolong pun tidak dengar, inikan pula suara bacaan quran yang sayup2 kedengaran. 

Pada zaman Salehuddin Al Ayubi Al Kurdi (Panglima Islam yang menguasai balik Al Qurd) beliau mengarahkan bacaan Nazam Aqidah - Allah tidak bertempat sebelum masuk waktu solat. Tidak pula kedengaran Ulama-ulama Hadith mempertikaikan nya. Itu bacaan nazam, mentelahan pula bacaan Qur'an lagi lah mendapat pahala. 

Sebenarnya tindakan segelintir masyarakat Islam yang berfatwa sedemikian adalah bertujuan menjatuhkan syiar2 Islam. Menjauhkan masjid dari generasi muda Islam. yang mereka pentingkan keselesaan orang bukan Islam, dan menyeru umat Islam untuk bangun lewat dan tidak berjemaah di masjid.




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate