Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Ogos 2011

Gempar : Blogger Keris 'tikam' Dr Asri !!!




Keris Lok Tujuh - antara blogger baru naik seangkatan dengan 1peluru dan double Y - telah 'menikam' Dr MAZA atau Dr Asri di blog beliau.


Kebetulan petang ini panglima sedang berehat menunggu berbuka terbaca pula kisah beliau letakkan di FB kelolaan Rio Rashid.


Maka sukacita disalin kembali tulisan Keris Lok Tujuh untuk dibaca oleh anda semua. 


Mohon juga dilinkkan blog beliau di blog sahabat sahabat semua. Terima kasih !!!






Keris dah lama ikuti perkembangan dari masa ke semasa mengenai Dr Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) ini. Semakin hari semakin banyak pula kenyataan-kenyataan yang beliau hujahkan mengelirukan serta membingungkan. Bermula dari 1Malaysia, Peguam Syarie Bukan Islam, Isu Kalimah Allah, Isu Masuk Masjid ,Isu Sebat, Perarakan Maulud dan terbaru Isu “Serbuan” JAIS. 

Ramai rakan-rakan Keris yang kusut dengan beliau sehingga ada bertanya pada Keris “ Dia ini orang ke lalang Keris?..bercakap ikut angin..mana dan dia tiup..pelik aku”. Tidak tahu pula jika dasar bahasa beliau terlalu tinggi untuk difahami oleh Keris dan rakyat marhaen yang lain tetapi nyata tidak jelas dan gawal. Mengikut sudut pandang Keris, apabila MAZA membincangkan perihal akidah, beliau akan mengisbatkan sesuatu yang dihujahkan secara fahaman zahir atau boleh Keris labelkan sebagai ‘Literalis Rasional’ yang mana golongan ini akan menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai sokongan hujah dan bukannya sebagai dokongan hujah. Kesan yang diterima selepas kenyataan-kenyataan beliau dikeluarkan, ramai telah menyalah tafsirkan hujah beliau sehingga ada pihak mengatakan bahawa Islam adalah agama hujah kerana MAZA yang selalu berhujah berbanding bertindak atau berbincang sesama ulama dan pemikir agama yang lain.

Pandangan MAZA mengenai isu penyerbuan JAIS ke DUMC boleh diambil sebagai contoh yang mengelirukan umat Islam.Dari kenyataan yang MAZA berikan, Keris terasa beliau telah dipengaruhi oleh fahaman luaran dimana beliau mengakui bahawa disebabkan toleransi dan pendekatan yang dilakukan oleh pihak Gereja menyebabkan ramai orang-orang Islam makan budi kepada agama Kristian dan diperkatakan itulah antara punca ramai menjadi pengikut Kristian. 



Pada Keris kenyataan ini lebih kepada menyalahkan umat Islam sendiri, inilah polemik yang sekian lama menular di kalangan ‘orang tengah’ yang suka masuk campur sesuatu isu dan dipolitikkan. Dari situ akan timbul kontroversi, juga disebabkan peranan 'pihak tengah' seperti pemimpin, tokoh agama dan media yang tidak mengarahkan permasalahan kepada penyelesaian. Sebagai seorang yang berilmu tinggi dan memegang Ijazah Kedoktoran Pendedahan Ilmu Islamik Dan Warisan (Al-Quran Dan Sunnah), tetapi sering membuat kontroversi dan melahirkan kenyataan bercanggah dengan pemikir agama yang lain, Keris nasihatkan berhentilah berhujah mengenai isu Islam.

Keris agak risau akan kenyataan-kenyataan gawal beliau kerana rata-rata zaman ini, kebanyakan umat Islam di Malaysia terutamanya akan mengambil pandangan para ulama dan pemikir Islam bagi menjawab persoalan yang terbuku di hati. Tetapi percanggahan demi percanggahan sesama pemikir atau ulama yang timbul boleh mengakibat kekeliruan mesej sebenar yang ingin disampaikan. Terutama buat segelintir masyarakat yang gemar memilih pandangan lain berbanding rujukan hadis walaupun pandangan itu lemah.

Konklusinya, MAZA ini terlalu menjurus kepada publisiti tanpa penyelesaian, hanya petah berhujah berbanding membuat tindakan. Jawapannya kepada beberapa persoalan juga kurang jelas. Maka lebih baik kita mengambil sudut pandang dari kata-kata Rasulullah s.a.w. kerana itu adalah sumber yang lebih utama untuk diikuti. Pandangan sarjana seperti MAZA pula terikat dengan sumber emosi, fahaman serta anasir luar. Sebarang penafsiran atau kefahaman harus telus dan jelas bukan mengelirukan. Akhir kata Keris berpesan sekali lagi. Berhentilah memberi pandangan yang mengelirukan ye MAZA. Islam bukan agama hujah kerana Islam berteraskan keimanan kepada Allah dan bersandarkan hadis dan Al-Quran.





Blog Keris7Lok boleh klik sini 

http://keris7lok.blogspot.com/2011/08/keris-hangin-dengan-dr-maza-dari.html


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan maza saja, puak2 dalam jabatan agama islam memang banyak yang macam maza ni.

eXception berkata...

WAHABI... Biasalah mana ada WAHABI yang guna pakai hadis Rasulullah...

Cari Blog Ini

Translate