Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Ogos 2011

PM Buktikan Slogan 1Malaysia Bukan Retorik Dengan Ganjaran Bonus Setengah Bulan Gaji RM 2 Bilion Kepada Rakyat !





Najib Tun Razak mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut hadir Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri Kabinet serta para pegawai kanan kerajaan. – BERNAMA


* Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini.

* Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada 590,000 pesara kerajaan.

* Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.





Info : Utusan Malaysia




Sebagai majikan Perdana Menteri telah buktikan beliau majikan yang terbaik. Di saat dunia sedang mengalami detik sukar termasuk kuasa besar dunia seperti Amerika, Malaysia masih lagi mampu memberi bonus setengah bulan gaji kepada pekerjanya melibatkan kos cecah bukan jutaan juta tetapi RM 2 bilion.

Pemberian ini sebenarnya akan meringankan beban menyambut Hari Raya dan kesannya juga akan melimpah kepada ekonomi negara.

Dengan itu Allah pasti akan mengganjari negara kita sebaik-baik ganjaran kerana dalam putaran wang bonus itu akan melimpah kepada anak yatim dan fakir miskin di kampung termasuk ibubapa penjawat awam sendiri.

Peniaga juga akan tersenyum lebar kerena hasil jualan mereka pasti meningkat apabila penjawat awam memiliki lebihan wang untuk mendapatkan persiapan hari raya samada pakaian, makanan dan lain-lain perhiasan.

Semoga semua yang menerima bersyukur atas budi baik negara ini yang diterima melalui Perdana Menteri. Sebagai balasan mari kita bersama-sama menjaga negara kita dari serangan pengkhianat yang menipu dan memutar belit cerita demi merosakkan perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia.

Jazakallahu Khairan Wahai Datuk Seri Najib Tun Razak atas keputusan bijaksana ini ! Kami menerimanya dengan penuh kesyukuran dan tidak akan sesekali menggigit tangan yang memberi kebaikan ini kerana Rasulullah saw juga berpesan dalam hadis qudsi " tidak bersyukur hamba kepada-KU sehingga dia bersyukur kepada orang yang memberikannya nikmat "

Last sekali mari kita hayati sabda Junjungan Nabi Muhammad saw :

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Tuhanmu telah berfirman: ‘Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk beribadah kepadaKu, maka Aku akan penuhi hatimu dengan rasa kaya dan Aku akan penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah kamu menjauhi Aku, maka Aku akan memenuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua-dua tanganmu dengan kesibukan’.”(H.R Imam Al-Hakim daripada Mu’aqqal bin Yassar r.a.)


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

1 ulasan:

Megat Alam Gempita berkata...

Bonus Raya BN ini merupakan nikmat ekonomi yang akan melimpah ruah kepada semua pihak selagi ia dibelanjakan atau disimpan di dalam negara, bukan pi nyopping sakan kat Bandung, Tanah Abang, Danok, Ho Chi Minh...Alhamdulillah terima kasih PM.

Cari Blog Ini

Translate