Pertama sekali tahniah kepada kawan-kawan yang telah berjuang tanpa henti di bulan Ramadhan ini. Satu persatu isu dikeluarkan dan nampaknya pihak lawan kita tidak sempat bernafas membalas 'serangan' demi 'serangan' yang dilontarkan.
Meskipun tidak berpusat di markas siber tertentu tetapi masing-masing dengan keinsafan yang tinggi bahawa negara ini diancam dan terancam maka masing-masing telah bekerja keras siang dan malam demi Islam,Melayu dan Malaysia tanpa sebarang kompromi.
Dulu, perjuangan Nabi dan sahabat di bulan Ramadhan semakin hebat sebenarnya seperti peristiwa perang Badar, bukan sebaliknya. Ini kerana kekuatan rohani yang dikurniakan Allah hasil dari ibadat puasa yang dibuat selama 30 hari menjadikan mereka hebat di mata lawan. Ketika itu hanya 313 pejuang Badar melawan 1000 tentera musyrik yang tiga kali ganda jumlah mereka dari pasukan tentera kita.
Tahniah kepada Papagomo yang telah berjaya memerangkap Pakatan Rosak yang telah melatah isu gereja HARAM (tidak diluluskan) DUMC dan menyerang Blogger Papagomo. Mereka yang pandai pusing fakta dan alih isu nampaknya cuba mematikan isu gereja haram DUMC ini.
Mereka tahu kes ini telah merosakkan nama baik mereka yang sudah sekian lama tidak pandai pun memerintah negeri. Lalu kejadian di DUMC 3 Ogos lalu semakin memburukkan situasi hingga terpaksa menyerang Papagomo semalam dan membiarkan isu status 'HARAM' Gereja yang dinamakan Pusat Komuniti DUMC tersebut, tenggelam dengan sendiri.
Maka rakyat yang ingin membuat bangunan haram selepas ini nampaknya boleh pergi ke Selangor kerana mereka tidak akan diganggu. Siapa sahaja pasti boleh memberi alasan kes DUMC yang jelas dibiarkan dan tidak diambil tindakan meskipun satu negara sudah tahu 'keharamannya' di sisi undang-undang, jika premis mereka disita.
Sila klik sini untuk melihat bukti Gereja Methodist DUMC tidak diluluskan pembinaanya :
http://sejarahmelayu.blogspot.com/2011/08/panas-operasi-sita-gereja-haram-dumc.html
dan juga jawapan Papagomo http://www.papagomo.com/2011/08/breaking-news-elizebeth-wong-khalid.html
Nota : Papagomo - terus bongkar jangan tak bongkar !!!
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
1 ulasan:
Kalau premis haram itu disita ia adalah satu tindakan berstatus hipokrit.
Ini kerana, sebuah pakatan haram masakan boleh mengambil tindakan keatas premis haram. Double standard tu.
Kalau dilakukan juga maka ia tetap akan dipertikaikan oleh dua belah pihak yakni 'telan mati enau luah mati bangau'.
Makanya ia satu yang mesti dielakkan dengan apa cara jua kalau impian 16 Seotember mahu dihidupkan semula.
Justeru pilihan yang ada buat pakan haram ialah mengurangkan bilangan pihak yang akan mempertikaian kredibiliti pakatan haram dari dua menjadi satu.
Atas sebab itu hanya satu pihak yang dipersoalkan sementara premis haram dipandang begitu saja.
Malangnya, pilihan mereka salah. Iaitu apabila pihak pengekang kemungkaran di persoalkan tetapi pemilik premis haram di bela, ia adalah pelik dan songsang.
Ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa pakatan haram sememangnya dalang di belakang percambahan lain-lain bisnes haram yang menyakitkan mata!
Kesimpulannya, kehipokritan pakatan haram hanya dapat diterima oleh satu-satu pihak saja.
Mengharapkan semua pihak menjadi hipokrit yakni bersetuju untuk menipu diri sendiri berhubung pandangan mereka terhadap pakatan haram pasti tidak akan berlaku.
Antihipokrit
Catat Ulasan