Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Ogos 2011

Wardina Safiyyah Perlu Hati-Hati Bertwitter dan Video Kisah Hijrah Wardina Di TV3




Kes Wardina Safiyyah yang baru sahaja kembali mengacarakan program MHI (Malaysia Hari Ini) beberapa hari lalu telah kembali menjadi bahan tulisan blogger. Kesnya kerana beliau membawa kata-kata Dr Asri tentang isu murtad yang melibatkan orang Islam pergi gereja yang sudah tentu dipersetujui oleh beliau. 



Setengah jam yang lalu sahabat Panglima turut menulis berkenaan Wardina di blog beliau di sini http://brojinggo.blogspot.com/2011/08/wardina-datang-bulan-pasal-gereja.html


Dalam hal ini sedikit malang yang Panglima kesalkan ialah Wardina telah membawa perkara tersebut di Offical Page beliau yang diikuti oleh seramai 105,613 follower (pada waktu 4.32 petang sewaktu artikel ini ditulis). Kesan status beliau tulis itu  sangat besar dengan jumlah tersebut Satu status beliau akan dibaca oleh ratusan ribu dan bahaya jika selepas ini beliau terus bawa pandangan DR MAZA di official page beliau. 


Ekoran pandangan beliau bawa agak berbeza dan merujuk kepada sumber dari DR MAZA maka saya cuba merungkaikan kekeliruan Wardina agar hubungan beliau dengan blogger dapat dijernihkan !


Sebagai blogger yang ada sedikit pengajiaan dalam bidang agama saya bersimpati dengan pencarian Wardina yang telah tersalah memilih Dr MAZA sebagai sumber ilmunya. Namun doa saya agar Wardina akan mendapat sumber lebih baik lagi pada masa akan datang selagi beliau membuka pintu akal dan hatinya kepada ilmu yang sahih dan bersambung salasilah keilmuannya kepada Rasulullah saw dan sahabat baginda.


Dalam hal di atas saya ada beberapa pandangan iaitu :


1. Wardina ketika ini melihat Islam melalui kacamata Dr Asri yang tidak berapa tepat setengah pandangannya. Kerana beliau (Dr Asri) tidak mengikut kaedah yang dipraktikkan ulama kita dalam memilih kaedah mengeluarkan pandangan agama. Tanpa ada sedikitpun niat untuk merendahkan kelulusannya yang berasal dari bidang Bahasa Arab. Banyak artikel tentang Dr Asri telah ditulis di sini dan harap anda orang yang rajin mencarinya.


2. Wardina adalah ikon besar. Maka sebarang kata-katanya perlu dirujuk kepada para Ulama yang tidak songsang dengan akidah yang sebenar. Ulama yang bukan berkiblatkan Arab Saudi / Wahabi tetapi ulama yang berkiblatkan kebenaran. Maka orang sekeliling Wardina perlu memberikan cadangan kepada Wardina nama Ulama yang warak lagi lurus salasilah pengambilan ilmunya agar ilmu yang dipelajari tidak menjadi 'toxic' kepada akidah dan iman beliau.


3. Wardina yang berubah perlu diberi teguran dengan baik agar beliau tidak merasa kecewa dengan kritikan dari bloggers kerana dikhuatiri beliau akan memandang bloggers mesra Kerajaan memusuhi perubahan dirinya sedangkan ia tidak seperti yang digambarkan. Maka kita perlu memberi panduan kepada Wardina agar perubahan beliau dapat digunakan untuk menjadikan umat Islam kita hari ini semakin dekat dengan Allah dan bersatu demi kasih kepada Rasulullah saw melampau batasan politik.




Sebelum pergi anda boleh menonton video Wardina Safiyyah yang terbaru yang saraf dengan nasihat dan pengajaran dari transformasi yang berlaku pada dirinya. Ia disiarkan di TV3 dalam rancangan Ini Kisahku dan baru dimuat naik dua hari lalu.




Tahniah kepada Wardina atas perubahan dirinya yang Panglima yakin membawa kesan besar kepada anak muda kita atas kapasitinya sebagai 'public figure'. Cuma diharapkan cukuplah untuk Wardina dari terus mengambil pendapat ahli agama kontroversi seperti Dr Asri dan eloklah didekati program Ulama Ahli Bait Nabi seperti Habib Afifuddin, Syeikh Fuad Al Makki Ar Rembawi, Syeikh Nuruddin Al Banjari, dll yang lebih jernih ilmu mereka.


Sebagai kata kunci - Yayasan Sofa dan Yayasan Jenderami selain Yayasan Warissen Trust boleh menjadi tempat beliau tuju dalam mencari jalan cahaya menuju Cinta Maha Esa !!!








Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate