Sahabat blogger Mat Kilau Penang dalam tulisannya di blog beliau http://matkilaupenang.blogspot.com/2011/08/dr-asriapa-hang-dok-mengarut-nie.html telah menyentuh tentang Dr Asri.
Kupasan panjang dan teratur baru sahaja Panglima selesai membacanya.
Alhamdulillah makin ramai blogger sudah nampak 'true colour' Dr Asri. Maka sepatutnya orang kita kena sedar siapa Dr Asri ini. Jangan kerana gelaran DR kita juga terpesona sehingga menelan bulat- bulat pandangan dan tulisan beliau yang tidak diterima oleh majoriti alim ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Pandangan agama perlu dinilai berdasarkan permuafakatan para Ulama demi mengelakkan kita sesat dan disesatkan oleh sebilangan kecil agamawan yang mengikut hawa nafsu dan syaitan dari pandangan suci Tuhan.
Terbaru di Facebook pagi tadi, Panglima turut menyalin skrin tweeter Timbalan Menteri KPT Saifuddin Abdullah yang memperlekeh Dr Uthman El-Muhammady lantaran keengganan Dr Uthman untuk 'buang masa' dengan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.
Tweet tersebut telah di Retweet oleh Dr Asri. Dendam benar nampaknya Dr Asri kepada Dr Uthman El-Muhammady.
Tanpa dirancang pagi ini GAP juga 'belasah' Saifuddin Abdullah di blog beliau di sini http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2011/08/saifudin-abdullah-biawak-hidup-najib.html selain Mat Kilau yang belasah kawan Saifuddin Abdullah bernama Dr Asri. Papagomo juga ada sentuh pasal twitter Saifuddin Abdullah dan anda kena klik sini untuk ke sana.
Pada pandangan Panglima, tindakan Dr Uthman El-Muhammady yang terkenal dengan keintelektualannya menolak undangan tersebut adalah wajar memandangkan sebelum ini beliau pernah berdebat dengan Dr Asri, juga sealiran dengan Dr Juanda sendiri. Dr Uthman mungkin tidak mahu mengulang dua kali pertemuan yang tidak membuahkan hasil.
Video pertemuan mereka berdua anda boleh klik sini http://www.youtube.com/
Maka jangan sesekali ada Timbalan Menteri atau Menteri bahkan mantan Mufti seperti Dr Asri sekalipun yang cuba memperlekeh Dr Uthman El-Muhammady yang gigih melawan sesiapa sahaja yang bersalahan ilmunya dengan pandangan majoriti Ulama Islam sedunia.
Kehebatan Dr Uthman El-Muhammady dapat dilihat apabila diberi anugerah Maal Hijrah yang ke-15 pada 1426 Hijrah - 6 tahun yang lalu - yang hanya diberi kepada orang yang berjasa besar kepada Islam dan Malaysia (butirannya di sini).
Akhir sekali mari kita baca bahagian yang paling menarik dalam tulisan 'maut' Mat Kilau di blog beliau :
Mungkin bagi Dr. Asri dan Pejabat Mufti Pulau Pinang, mereka setuju dengan fatwa bahawa bacaan Al-Quran sebegitu “HARAM” hukumnya. Jika begitu, apakah masjid-masjid di negeri lain di bawah kuasa pejabat mufti lain berpendapat bahawa ia “HARAM” juga? Bila pula mereka nak “HARAM”kan bacaan Al-Quran sebegitu di negeri mereka?
Menurut Dr. Asri, fatwa tersebut adalah “arahan Rasulullah SAW”. Begitu rupanya. Tapi mengapa baru sekarang Dr. Asri katakan ia adalah arahan Baginda Rasulullah SAW? Semasa dia menjadi Mufti Perlis dahulu, masjid-masjid di Perlis juga mengalunkan bacaan Al-Quran melalui pembesar suara sebelum azan.
Mengapa dia tidak “fatwa”kan tindakan itu sebagai “HARAM” ketika itu? Apakah kini Dr. Asri “baru terima” arahan tersebut dari Rasulullah SAW? Dulu dia “belum terima”
arahan Rasulullah SAW lagi? Begitu? Bila masanya Rasulullah SAW bertemu dengan Dr. Asri? Melalui mimpi saadiq?
arahan Rasulullah SAW lagi? Begitu? Bila masanya Rasulullah SAW bertemu dengan Dr. Asri? Melalui mimpi saadiq?
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
5 ulasan:
"Semasa dia menjadi Mufti Perlis dahulu, masjid-masjid di Perlis juga mengalunkan bacaan Al-Quran melalui pembesar suara sebelum azan."
bro ... gua duk kat Perlis .. memang ada pekeliling tu yang ditandatangan oleh Raja Muda ... cuma tak perlu heboh satu Malaysia je ... bagi aku takde masalah dengan larangan tu ... aku duk Perlis ni OK je ... ramai je pegi masjid berjemaah walaupun tiada bacaan al-Quran melalui pembesar suara .... tak rasa pun kat Perlis kurang Islamnya kalau tak baca al-Quran melalui pembesar suara masjid ...
jangan terkeliru dengan isu ni ... timbang guna hujah hadis dan sunnah, bukan ikut emosi ... kuat mana pun bacaan al-Quran melalui pembesar suara, adakah ianya dihayati oleh mereka yang dengar ? yang main bola kat padang tetap main bola, yang dok minum kedai kopi tetap minum kedai kopi ... cuma bila azan je baru orang respect berhenti bercakap, nyanyi dsbgnya ...
Mr Anon
cakap tak berfakta.....
Perlis dah lama mengharamkan cuma kitorang tak kecoh sebab kitorang beragama Islam....
cuba pi intai2 yang tukang pasang kuat2 lepas tu dia ke mana. Dengar atau bersembang ?
Bacaan Al-quran / tahrim sebelum masuk waktu itu sebenarnya memberi kesan untuk orang yang beriman dan bertaqwa.
Ianya memberi peringatan kepada kita untuk bersedia untuk kita bersiap sedia menunggu tibanya kedatangan jemputan Allah. Kerana orang yang mukmin itu malu dengan Allah, mereka menghadiri majlis-majlis / rumah-rumah Allah sebelum sesuatu acara bermula.
Kalau hal rasmi keduniaan pun kita boleh datang awal 30 minit sebelum waktunya, spt temuduga, masuk kerja dan sbgainya, mengapa kita tidak boleh datang awal ke rumah Allah. Sedangkan Allah telah kurniakan kita pelbagai anugerah yang melebihi anugerah Datuk/Dato'.
Dengan adanya tahrim/bacaan Al-Quran sekurangnya ia mengingatkan ibu ibu / bapa yang sedang sibuk bekerja untuk mengingatkan anak-anak mereka untuk bersiap sedia ke masjid.
Tentang mereka yang tidak mengendahkan azan, adakah patut kita jadikan hujah untuk menidakkan kebaikan bacaan Al-Quran / tahrim.
Orang-orang Cina di bandaraya KL sebenarnya mereka tidak masalah dengan azan atau bacaan Quran sebelum azan subuh sebab mereka sudah bangun seawal 4 pagi, mereka pergi berjogging / bertaichi. Ianya sebenarnya memberikan isyarat bahawa mereka sebenarnya sudah terlewat dari aktiviti harian mereka.
Kita sudah hidup di zaman di mana kebanyakan rumah sudah sound proof. Sampai jiran sebelah menjerit minta tolong pun tidak dengar, inikan pula suara bacaan quran yang sayup2 kedengaran.
Pada zaman Salehuddin Al Ayubi Al Kurdi (Panglima Islam yang menguasai balik Al Qurd) beliau mengarahkan bacaan Nazam Aqidah - Allah tidak bertempat sebelum masuk waktu solat. Tidak pula kedengaran Ulama-ulama Hadith mempertikaikan nya.
Itu bacaan nazam, mentelahan pula bacaan Qur'an lagi lah mendapat pahala.
Sebenarnya tindakan segelintir masyarakat Islam yang berfatwa sedemikian adalah bertujuan menjatuhkan syiar2 Islam. Menjauhkan masjid dari generasi muda Islam. yang mereka pentingkan keselesaan orang bukan Islam, dan menyeru umat Islam untuk bangun lewat dan tidak berjemaah di masjid.

Catat Ulasan