Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 September 2011

Mesti Baca : Hudud Dihentikan Oleh Saidina Umar Pada Tahun Kelaparan - Tranungkite


Pagi ini ketika sedang mengikuti sesi perbincangan tentang maqasid syaraiah bersama Dr Farid dari UIAM panglima mendapati ulasan menarik beliau yang selari dengan bahan yang ada di laman pro Pas di Tranungkite.

Dalam laman tersebut disebut bahawa saidina umar menggugurkan had(hukuman) mencuri pada tahun yang dinamakan tahun kelaparan. Kerana disitu adanya syubhat...

ini adalah ijtihadnya...... dan ijtihad ini adalah bersesuaian dengan bermaksub: elakkan hudud apabila wujudnya syubhat dan juga..... jauhkanlah hudud apabila kamu dapati padanya yang boleh menolaknya....

Anda juga perlu sedar dalam suasana perkongsian kuasa antara parti berbagai agama dalam BN adalah mustahil untuk Umno dibenarkan melaksanakan hudud oleh rakan dalam BN. Ini kerana perbezaan agama antara parti komponen menghalangnya.

Namun dalam masa yang sama maqasid syariah (tujuan syariah) tetap terpelihara sehingga agama,nyawa,keturunan, harta dan akal dijaga dengam baik hingga hari ini oleh Pemerintah.

Jika Pas ikhlas mahukan hudud mereka perlu bersama Umno dalam menerajui Malaysia bukan menentangnya.

Juga perlu ditanya kenapa Presiden Pas Hj Hadi pernah mengatakan hudud adalah 0.001 dari syariah Islam ketika menang pada tahun 1999?

Adakah perkataan beliau sudah dimansuh atau masih terpakai?

Akhir sekali jika hudud dijalankan maka kes zina pernah dikenakan hudud walaupun tanpa 4 saksi. Ia berlaku pada anak Saidina Umar ra bernama Abu Syahmah yang mati selepas disebat 100 kali sebatan.

Jelas ia membatalkan pandangan yang mengatakan tidak ada hudud jika tidak ada 4 saksi kerana kaedah lain seperti qarinah dan pengakuan juga diterima dalam perundangan Islam.

Pernah seorang perempuan turut dikenakan hudud walau tiada saksi selepas beliau mengaku melakukan zina kepada Nabi saw.

Dengan kemajuan teknologi zaman sekarang seperti DNA,CCTV dan Alat Kesan Penipuan boleh diguna dalam perundangan.

Bukan sekadar 'besi' seperti kata Hj Hadi.

Wallahu A'lam


Published with Blogger-droid v1.7.4










1 ulasan:

TYB berkata...

hahaha,

Lawak siut.Tuh la..lenkali baca buku.

1st Hudud mesti berjalan.Ia boleh dihentikan kalau ada syubhah.Tapi alasan majmuk tak logik sbb zaman rasullullah n seterusnya pon madinah ialah negara majmuk,Dlm keadaan sosial n jenayah sekarang malah lagi wajib buat hukum hudud.

2nd Wa betul sikit psl anak Saidina Umar.Hukuman berjalan sbb ada pengakuan dr Abu Syahmah tuh sendiri.Jadi bukti lain jatuh tak perlu.

Jgn memandai2 bro bila cerita pasal hukum allah ni sendiri.Jgn jadi sesat n menyesatkan mcm geng lu org theunspinner tu

Cari Blog Ini

Translate