Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Oktober 2011

ISU HANGAT - AMK BERNAMA ROSMAH


Oleh: GreenHood

Dalam iklim PRU 13 yang semakin bahang, apa juga perkara yang boleh diputarkan (spin) bagi mewujudkan persepsi buruk pasti akan dilakukan demi meraih kepentingan politik.

Demikian itu apabila Bernama melaporkan berita berkaitan Datin Seri Rosmah Mansor yang turut hadir dalam lawatan tidak formal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kementerian Kewangan sewaktu operasi terakhir persiapan Belanjawan 2012 baru-baru ini turut disensasikan oleh terutamanya pakatan pembangkang.

KeadilanDaily contohnya, menjadikan berita yang dipetik dari Bernama itu seolah-olah satu kesalahan besar yang termaktub dalam mana-mana undang-undang negara sedangkan kehadiran Rosmah yang mengikuti suaminya adalah bukan satu kesalahan jenayah pun.

Lebih hairan, ianya disensasikan oleh Ketua AMK PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin, seorang peguam yang sewajarnya mahir tentang perundangan negara.

Dalam kenyataannya yang berbunyi

Saya mendesak supaya Najib maklumkan apa peranan Rosmah? Apakah dia pakar runding? Atau Menteri Kewangan Kedua sebenar? Rosmah tidak perlu menyibuk kerana dia hanya isteri dan tidak ada kuasa eksekutif”.

Memang benar, kehadiran Rosmah adalah satu ‘unprecedented case’ namun kita sebenarnya tidak tahu sama ada isteri bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia sebelum Najib pernah turut hadir menemani suami mereka sewaktu operasi persiapan belanjawan-belanjawan negara terdahulu berlangsung namun tidak dilaporkan seperti yang dilakukan oleh Bernama kali ini.

Sebenarnya, berbagai andaian dan kebarangkalian boleh terjadi contohnya lawatan tersebut adalah di luar jadual Najib serta beliau mengambil kesempatan untuk singgah ke kementerian berkaitan sewaktu sedang bersama isterinya menuju atau pulang dari program lain. Bukankah ini juga satu persepsi?

Hanya kerana Shamsul Iskandar menyelar Rosmah bagi mewujudkan persepsi negatif, maka imej negatif lah yang terbentang dan ianya tetap dipandang negatif jika tidak dibalas dengan persepsi yang lain, dalam konteks ini, persepsi positif.
Sedangkan sebagai peguam, Shamsul Iskandar sewajarnya maklum bahawa dalam setiap ikatan perkahwinan, terwujud semula jadi imuniti perundangan antara suami-isteri dalam pengecualian yang dinamakan sebagai ‘marital privilege’. Atau sahaja mungkin Shamsul Iskandar bukanlah seorang peguam yang mahir serba-serbi tentang perundangan demikian itu hanya menjadi ahli politik?

Apakah bezanya Najib membawa isterinya melawat secara tidak formal persiapan Belanjawan 2012 tersebut sedangkan sebagai suami-isteri Najib juga pastinya berkongsi cerita termasuk berbagai perkara sewaktu di rumah? Bukankah itu pemakaian am dalam ‘exceptional in law between spouse in the case or marital privilege’?

Persoalannya, apakah yang mampu Rosmah lakukan bagi mengubah kertas Belanjawan 2012 hanya dalam masa kurang dari 1 jam di hadapan Menteri Kewangan Kedua, Timbalan-Timbalan Menteri Kewangan, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Gabenor Bank Negara?

Jika memakai kaedah ‘a reasonable and prudent man test’ sekali pun, andai anda turut merasakan Rosmah mampu melakukan sesuatu terhadap rang cadangan Belanjawan 2012 itu dalam masa kurang dari 1 jam di hadapan personel yang dinyatakan di atas, maka pastinya anda akan tergolong dalam kategori ‘unreasonable’ dan turut sama berakal cetek sebagaimana Shamsul Iskandar.

Justeru, sebagaimana yang saya nyatakan awalan di atas, pada masa iklim PRU 13 semakin  terasa bahangnya, setiap perkara yang mampu mewujudkan persepsi buruk pasti akan diambil kesempatan itu dan dalam hal ini Shamsul Iskandar tidak terkecuali!




sumber : http://www.kritis-online.com/

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate