Facebook juga bukan dunia sosial maya yang selamat. Dah terbukti pun banyak akaun facebook di hack atau kena virus. Korang mesti ada pengalaman, samada kena pada batang hidung sendiri atau rakan-rakan. So, boleh baca tips di bawah. Mungkin ada yang korang dah tahu, tapi aku harap dapat share dengan kawan2 lain supaya elak dari menjadi mangsa hackers.
- Gunakan password yang berlainan untuk akaun email dan juga facebook. Ini simple je, contoh kalau password emel qwerty , password email pula ghijkl . Elakkan password sama untuk kurangkan risiko kebocoran password korang.
- Hide @ sorokkan email di info profile Facebook korang. Caranya klik info di akaun facebook, lihat di contact information ada email. Disitu korang boleh pilih untuk remove email. Jangan risau takde effect kepada akaun facebook, just nak sembunyi email korang je.
- Kurangkan maklumat peribadi di profile facebook. Hanya letakkan maklumat yang ringkas, sebab risiko timbul pabila ada maklumat penting korang yang akan dimanipulasikan oleh orang lain.
- Jangan berkongsi laptop atau komputer dengan orang lain. Ini juga penting untuk elakkan maklumat korang bocor. Kalau boleh elakkan online facebook di cyber cafe sebab bimbang kalau ada sesiapa yang akan menggunakan kepakaran untuk mendapatkan maklumat seperti password
- Approve friend request yang korang kenal atau korang yakin bukan spammer. Maksud aku ada sesetengah user facebook sengaja create profile di Facebook dengan niat jahat. Pengalaman aku sendiri ” ter-approve ” orang yang add as friend semata-mata untuk post iklan di wall aku. Kesudahannya remove from friend list..hehe
- Tak perlu klik link yang diragui dalam facebook. Modus operandi terbaru menyebarkan virus adalah melalui chat/pm di facebook. Awas jika korang dapat message ” How are You ” dan terdapat satu link yang kononnya ada video korang. JANGAN klik kerana kemungkinan itu link yang menyebabkan akaun facebook korang di hack atau laptop/pc korang dijangkiti virus.
- Elakkan menggunakan nama korang, tarikh lahir, no.telefon, no.kad pengenalan, dan maklumat peribadi sebagai password Facebook.
- Install software firewall di laptop/pc korang untuk memberi amaran jika korang ada ancaman virus dan sebagainya. Juga selalu update firewall korang.
- Pastikan sentiasa log out selepas menggunakan Facebook.
- Akhir sekali dan paling penting JANGAN BERKONGSI PASSWORD DENGAN ORANG LAIN. Ini yang biasa aku perhatikan terutama couple yang suka berkongsi password. Waktu bahagia tanpa masalah ok la, tapi bila dilanda kemelut jangan menyesal jika ex-bf/ex-gf salah guna password tu.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan