Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 November 2011

Datuk Seri Hishammuddin Hussein Digelar Syaitan Oleh Cybertroopers Pembangkang !!!













Kerajaan perlu memandang serius isu ini. Perkataan 'syaitan' yang digunakan oleh portal pembangkang membuktikan tahap pemikiran yang terlalu kotor dan keji oleh penganut agama politik PAS.




Mereka inilah benih yang akan makin ekstrim ekoran merasa diri memegang kunci Syurga dan dekat dengan Ilahi sehingga sanggup mensyaitankan orang Islam yang tidak sependapat dengan mereka.




Sedangkan ketika Nabi Musa bertemu Firaun sekalipun baginda disuruh berkata dengan lembut dengan harapan Tuhan palsu bernama Firaun akan sedar dan takut kepada Allah Taala.




Tolong Pak SB dan MIO untuk mencari sehingga lubang cacing pihak yang berani kurang ajar sebegini.




Api perlu dicegah sebelah menjadi besar dan boleh membakar keamanan negara kita.




Baca pula Komen menarik dari kawan Panglima yang menyiarkan gambar di atas

Zamzuri Mohamed Tahir dalam Facebooker 1Malaysia

Iltizam YAB PM utk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri hanya akan menjadi kenyataan setelah suatu rang undang2 baru tentang keselamatan Negara dan ketenteraman awam dibentangkan di Parlimen seawal Mac 2012. Sehingga ke tarikh pemansuhan (di Parlimen dan direstui oleh DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong) maka ISA tetap sah di sisi perundangan Negara dan Perlembagaan Persekutuan. 


Justeru itu, pabila para pencacai dan pencaci memanipulasikan aspek keselamatan Negara dan penahanan 13 org pengganas di Sabah, mudah difahami sikap mereka memandangkan doktrin agama yg meresap ke dalam sistem nilai, sikap da pemikiran mereka yg mewajarkan untuk berkawan dengan syaitan. 


Menimbulkan keresahan masyarakat, kecurigaan, syak wasangka dan fitnah serta kebencian di kalangan masyarakat tehadap pihak berkuasa yg bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan Negara jua boleh dianggap sebagai mewarisi gerakerja nilai, sikap dan pemikiran jin, syaitan dan iblis sbgamana termaktub di dalam surat an-Nas.







Sekian, mohon disebarkan ke seluruh penjuru alam...




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

1 ulasan:

kakmidah berkata...

Ugama bila dicampur aduk dgn "kuasa politik" lambat laun akan menjadi 'toksik'. Selepas itu 'adunan' ini pula akan menjadi seperti sebuah 'doktrin' yg menuju kearah "fanaticism". Ini adalah suatu kenyataan tak kiralah ugama itu Islam ke atau pun Kristian (seperti berlaku semasa "christendom" dulu & skrg telah pun mula menular semula di Eropah dan juga "Judaism" di Israel. Menjadi pengikut fanatik adalah satu "by-product" drpd 'adunan' ini dan tidak ada ugama yg boleh dikecualikan drpd "penyakit" merbahaya ini! :((

Cari Blog Ini

Translate